42.

71 20 39
                                    

"Laju lagi ada 4 round," suara lantang Natasha cukup untuk sampai dan masuk ke dalam otak ahli Swing Warrios itu.

Disebabkan perlawanan hampir dekat dalam masa seminggu lebih, mereka terpaksa kerah diri berlatih bersungguh. Cukuplah selama ini dia orang melayankan drama pihak sekolah.

Kini masanya untuk mereka meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar yang nyata tanpa drama dicipta. Semoga tak ada lagi.

Aaraz dan Aiman terlentang di atas tanah setelah selesai menghabiskan beberapa pusingan. Masing-masing cuba mencari nafas.

"Bangun-bangun jangan nak baring. Bangun!" arah Natasha.

Aaraz dan Aiman sekadar menurut sahaja. Tidak ikut perintah lagi parah mereka kena hadap dengan latihan separuh mati itu. Mereka menganggapkan itu sebagai ujian sebelum antara dia orang cuba untuk masuk askar, bomba atau polis.

"Sekarang ni dari hujung padang sampai hujung padang pergi balik sebelum 40 saat dah kena sampai sini," arah Natasha.

Nak atau tidak mereka meneruskan latihan tanpa ada rehat yang lama. Perlawanan dah nak dekat ingat ada masa nak berfantasi seperti berada di tepi pantai ke apa? Memang tidak.

Melia datang mencemarkan suasana padang. Tak kali ni dia tak macam dulu. Datang dalam keadaan diam dan sergah sahaja. Natasha dan Laila hampir menampar muka cantik Melia itu.

Nasib baik sempat elak. Takut nanti arwah dibuatnya.

Satu kerja pula dia orang kena buat kenduri doa selamat 7 hari 7 malam.

"Ini aku ada belikan latte untuk kau," Melia menghulurkan secawan latte kepada Natasha.

"Thanks."

"Laila, nah. Kau minum kan tea? Tea ni bagus boleh tenangkan minda kau. Senang nak tidur," secawan tea panas diberikan kepada gadis insomnia itu.

Dia dapat tahu gadis itu insomnia bila Natasha buka cerita masa dia sendiri ajak membawang. Katanya nak kenal lebih lagi tentang Natasha dan Laila.

Mula-mula macam biasa mana adanya Natasha itu nak melayan karenah Melia, walaupun dah berbaik. Tapi atas desakan Sayf Qairil yang bising dekat telinga Natasha terpaksa gadis introvert itu membuka hikayat hidup.

Syukur juga hikayat dia tak sepanjang jalan cerita sejarah negara.

"Dah berapa lama dia orang buat latihan tu?" Soal Melia.

"1 jam 30 minit." Jawab Laila ringkas.

"Sampai sekarang tak rehat lagi? Gempak ini yang kita mahukan." Sokong Melia.

"Kau tak ada latihan netball ke?" Tanya Natasha.

Melia sekadar tersenyum nipis sahaja. Sebut pasal bola jaring dia agak sedikit tertekan sebenarnya cuma malu nak tunjuk. Tak naklah kena label 'pick me girl' dengan Aaraz.

"Ouh, hari ni tak ada latihan." Kalaulah Natasha tahu yang perempuan rambut ikal mayang ini tengah menipu. Confirm, kepala Melia botak.

"Oh, ingat kena campak keluar dari team sendiri."

Tanpa tersengaja, Melia tersedak bila dengar ayat Natasha yang makan dalam itu. Tak tahulah, tapi gadis Natasha ini lain. Apa dia cakap itu kadang-kadang semua berkait.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now