18.

157 33 6
                                    

Dhani memandang tajam wajah rakan-rakannya itu sebelum keluhan di lepaskan. Aniq sekadar tersengih sahaja kepada Dhani, rasa dia dah boleh faham yang Dhani tengah angin dengan mereka berempat sebab ikut serta datang rumah Natasha ini sekali.

Lepas sahaja habis solat Jumaat, Dhani dan Putra segera ke rumah Natasha setelah memberitahu yang mereka ingin datang singgah untuk bincangkan beberapa perkara. Tapi tidak dijangka oleh Dhani pun yang Aaraz, Aniq, Thaqif dan Sayf buat perangai ikut dari belakang. Tahu-tahu tiga buah motor ada dekat depan rumah Natasha sudah.

      "Jemputlah minum."

      "Susah-susah je." Kata Aniq dengan kening di garukan.

      "Tahu pun." Kata Dhani perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua.

Keadaan kembali diam, masing-masing membisu tidak tahu ingin memulakan perbualan bagaimana. Thaqif pandang Dhani, Aniq pandang Thaqif. Thaqif toleh melihat Aaraz. Aaraz melihat Sayf. Sayf melihat Dhani. Mereka memandang antara satu sama lain.

      "Kenapa akak 2 hari tak datang sekolah?" Putra yang dari tadi diam kini bersuara. Telinga dia dan mata dia penat tengok gelagat Thaqif dan kawan-kawannya. "Tak sihat sikit."

      "Sebenarnya kita orang datang ni ada benda nak di bincangkan." Putra mula membuka topik. Natasha yang duduk bersila di atas lantai melihat seorang demi seorang. "Bincang pasal apa?" Soal Natasha.

Mereka memandang antara satu sama lain. Dhani sekadar diam tidak mahu bersuara. Thaqif membetulkan kedudukan bersedia untuk berbicara mengenai topik yang menjadi sumber utama kenapa dia orang dekat sini.

      "Macam ni, Jumaat akan datang sekolah akan ada kan kem latihan ragbi. Buat dekat sekolah kita, jadi kita orang datang nak bincang lah dengan kau apa yang patut kita semua prepare masih hari kem tu nanti. Kita orang harap kau join lah nanti. Kalau pasal tak ada kawan jangan risau, Putra ada ajak kawan perempuan dia seorang teman." Kata Thaqif.

      "Kebetulan pengurus FIX highschool tu pun perempuan, jadi adalah kawan." Tambah Aniq.

      "Okay." Balas Natasha sepatah.

      "Serius lah? Mantap!" Jerit Aniq teruja.

      "Kena bagi alasan panjang macam karangan ke nak cakap setuju dengan program macam ni?" Tanya Natasha dengan kening di jongketkan. 

      "Tak adalah mana tahu kau tak nak join se-" belum sempat Aniq nak menghabiskan ayatnya. Awal-awal lagi Sayf dah sumbatkan kek ke dalam mulut Aniq. "Perempuan...," bisik Sayf perlahan.

Natasha menjongketkan keningnya sebelum telefon bimbitnya itu berbunyi. Dia mengangkat panggilan sambil meminta diri untuk ke luar rumah sekejap.

Swing Warrios memandang antara satu sama lain sebelum wajah Aniq di tenung tajam. "Kau ni buatnya si Natasha tu tak jadi sebab dengar nama Cikgu Man macam mana?" Soal Aaraz.

      "Tak sebut pun lagi." Aniq mencebik.

      "Tak sebut sebab Sayf sempat tutup mulut kau." Kata Thaqif.

Baru Aniq nak buka suara kedengaran dari luar rumah seperti ada tetamu yang lain datang hadir. Muncul seorang gadis yang sebaya dengan mereka sebelum kelihatan 2 susuk tubuh lelaki yang tersenyum kepada mereka.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now