2.

244 35 4
                                    

Burung-burung beriadah, mencari makan, mencari tempat untuk bertemu sesama sendiri. Haiwan-haiwan berbulu seperti kucing mencari tempat redup, mencari tempat sejuk, mencari tempat untuk tidur di waktu yang agak panas ini. Semut-semut mencari makanan untuk membawa ke sangkar mereka.

Gadis bertudung bawal hitam itu pula lebih selesa duduk di tempat penonton yang tersedianya bumbung. Padang ragbi menjadi tempat kegemaran dia untuk melepaskan kebosanan. Kadang-kadang dia lari dari orang yang dia tak berkenan ke padang ragbi ini.

Tiada siapa pun yang rajin nak singgah ke padang ragbi yang jauh dari bangunan akademik sekolah itu. Kedudukan padang ragbi boleh dikatakan paling seram sebab jauh dari kawasan sukan lain. Di sebelah kanan di penuhi hutan. Di hadapan padang pula terdapat sebatang jalan sahaja.

Itu pun sunyi dan jalan itu pun tak ada siapa boleh masuk. Lampu-lampu jalan pun tidak tersedia.

Natasha sekadar duduk disitu sambil mengambil udara segar. Cuba untuk dapatkan oksigen supaya otak dia boleh berfungsi dengan waras. Buku contengan yang penuh dengan tulisan-tulisan di keluarkan.

Helaian baru di buka, dia mula mengarang. Satu ayat ke satu ayat sehingga menjadi sebuah perenggan. Dari sebuah perenggan mula bertambah kedua, ketiga, keempat dan kelima.

Tanpa dia sedar sudah sejam lebih dia menghabiskan masa di padang itu. Tekun sangat menulis sehingga lupa nak tengok jam yang ada di tangan. Tekun dia pun sampai tak sedar ada beberapa susuk tubuh dekat padang ragbi itu.

Mungkin mereka tengah buat latihan ragbi. Lagi nak buat apa je kalau bukan berlatih dekat padang ragbi itu. Natasha mengabaikan sahaja kelibat yang ada di bawah sana.

Sedang ayat terakhir untuk sebuah perenggan difikirkan. Telefon pintarnya berbunyi tanda notifications masuk. Mula-mula rasa nak biarkan takut Twitter pasal BukiFixi atau live di Instagram oleh mana-mana artis yang keluar. Tapi makin lama telefonnya berbunyi tidak berhenti-henti.

Butang tepi di telefon di buka, notifications dari rakannya terpapar jelas di skrin telefon. Dia membuka telefonnya menggunakan fingerprints sahaja. Aplikasi berwarna hijau yang dinamakan Whatsapp di buka.

Syilla
15:30
Dekat mana?
Tak turun ke?
Aku tunggu ni.
Kalau datang roger, aku kat padang.

Mesej yang dipesan oleh rakannya itu di baca sebelum keluhan berat dilepaskan. Menghirup udara segar agak lama buatnya masa itu. Barang-barang dikemaskan masuk ke dalam beg galas.

Dia sekadar membalas pesanan ringkas sahaja buat rakannya iu. Cukup lah balas 'okay' dari bagi bluetick.

Dia meninggalkan padang ragbi dan terus menuju ke motosikalnya. Sempat juga dia menukar pakaian sebelum bergerak ke satu lokasi yang dia rindukan itu.

__________◇__________

Selesai membuat 10 pusingan satu padang ragbi itu, mereka membuat bulatan untuk melakukan senaman lain pula. Walaupun sekadar 8 orang sahaja di padang ragbi yang memang sedia sunyi sepi itu. Tetap riuh seperti pasar malam.

Aniq, Aaraz dan Aiman. Cukup sahaja ada tiga orang yang jatuh dari langit ini. Kawasan sunyi sepi itu pun boleh jadi riuh bila mereka bergabung. Aura apa yang mereka bawa kadang-kadang tak tahu buat burung-burung yang sentiasa perhati gelagat mereka.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now