6.

195 36 0
                                    

      "Rehat dengan kita orang sekali." Satu suara yang menegur Natasha itu di toleh. Natasha diam dan mengikuti sahaja langkah seorang pelajar lelaki yang tak pernah nak berhenti dari tersenyum.

Sebuah meja bulat yang terletak di bahagian hujung kantin itu menjadi pilihan buat 8 orang remaja lelaki yang boleh dikatakan terkenal. Natasha diam dan kekal berdiri memandang satu persatu wajah yang ada di situ.

Tak cukup semalam mengacau waktu rehat, hari ini ajak duduk satu meja bulat untuk apa pun dia tak tahu. Dia sendiri menafikan bukan dia yang 'guide' ahli Swing Warrios untuk latihan ragbi nanti.

      "Duduk lah, nak suruh kita orang  angkat kau ke baru nak reti duduk?" Pedas sahaja soalan sindiran yang keluar dari Sayf. Natasha kekal tenang dengan wajah dinginnya itu. Ruang antara Aniq dan Aaraz yang ada tempat kosong di duduki. Keluhan di hembuskan.

Kalau tahu jadi macam ini tak payah dia ikut langkah Thaqif yang ajak rehat sekali tadi. Menyesal terima untuk rehat dengan dia orang. Kalau tak disebabkan tempat duduk dekat kantin ini dah penuh tak ada masa dia nak terima untuk duduk dengan dia orang sesama ini.

      "Jadi, kau ke yang guide kita orang?" Aniq dengan berani membuka topik mengenai itu.

      "Tak." Balas sepatah dari Natasha. Air milo kotak itu di sedut.

      "Kalau tak kenapa kau suruh aku nyanyi dekat perhimpunan hari ni? Macam mana kau tahu aku kena nyanyi dekat perhimpunan kalau kalah dengan Dhani?" Soal  Aaraz yang masih tak berpuas hati.

      "Kau bercakap macam tertelan mic." Sindir Natasha.

Bukan dia tak dengar syarat yang diberikan oleh Aaraz kepada Dhani hari itu.

      "Kenapa kau selalu ada dekat padang ragbi?" Soal dari Thaqif pula kali ini.

      "Saja." Ringkas untuk kali kedua.

Makanan yang ada di depan mata lebih menarik perhatian dari suara-suara yang banyak tanya dari tadi. Ini bukan waktu belajar nak main soal jawab masa rehat macam ini. Jadi dia tak kuasa nak layan karenah dengan budak-budak yang baru dia kenal.

Sayf yang perhati perangai Natasha itu mula mencari jalan macam mana nak bagi si gadis itu mengaku. Sebuah buku berwarna coklat di keluarkan dari beg galasnya. Buku itu di campak ke atas meja. Natasha yang sedang menyedut air milo sekadar merenung tajam ke arah buku berwarna coklat dan wajah Sayf dengan bengang.

Pantang dia buku di campak gaya macam tak ada hari esok.

      "Kau tak ada adab ke?" Soalan yang di lontarkan dengan nada tegas.

      "Baik kau jujur, siapa kau sebenarnya?" Balas Sayf dengan soalan juga.

Buku berwarna coklat itu di ambil. Isi di dalam di selak sekilas. Patutlah selama ini dia cari tak jumpa, rupa-rupanya ada dekat tangan orang yang tak bertanggungjawab.

      "Pelajar baru."

      "Pelajar baru yang tak sampai sebulan tapi boleh tahu semua nama kita orang. Really?" Balas Sayf.

Kali pertama selepas 3 tahun sebelum ini, Sayf menjadi manusia yang banyak cakap. Tak tahu apa yang rasuk dalam badan dia sebenarnya.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now