49.

57 14 5
                                    

Sebotol 100 plus dihulurkan kepada Natasha sebelum dia baring untuk merehatkan badan seketika. Malam nanti akan ada perlawanan terakhir bagi Swing Warrios. Jadi sebagai pemain sayap dia kena ada energi yang banyak. Sejarah kembali terulang.

      "Mana yang lain?" soal Natasha kepada Sayf.

      "Surau."

Keadaan antara mereka berdua kembali menyepi. Laila awal-awal lagi sudah ghaib dari pandangan Natasha. Mungkin ikut tiga abdul merayap tengok ada apa dekat bahagian depan stadium.

Natasha sekadar duduk bersila bersebelahan Sayf sambil mata fokus melihat kawasan padang.

"Aku ada je nak dengar apa yang kau nak bebelkan," ujar Sayf secara tiba-tiba. Natasha sekadar memasang telinga tanpa menoleh ke arah rakannya itu. Cuma kepala sahaja menggeleng.

Entah, dia tak ada rasa benda untuk dibebelkan kepada Sayf. Senang cerita dia malas nak bercakap, walaupun dalam kepala banyak benda difikirkan.

      "Soal next game, jangan risau menang atau kalah adat tapi kita kena bangga dan bersyukur sebab boleh pergi sampai tahap macam ni," ujar Sayf.

"Bukan pasal next game," nafi Natasha.

"Pasal apa? Thaqif? Kenapa aku try hard nak pulihkan keadaan ni? Itu ke?" teka Sayf.

"Maybe..."

Sayf sekadar melontarkan senyuman nipis. Dia membetulkan posisi secara duduk supaya selesa untuk membawang dengan Natasha. Ini ialah satu peluang sekian lama.

Peluang meluahkan perasaan.

"Thaqif suka kau." Tiga patah perkataan itu cukup membuatkan Natasha faham apa yang dia cuba sampaikan selebihnya. "Tapi aku pujuk kau gunakan Melia bukan sebab tu. Sebab kita mulakan perkenalan bermula dari kawan bukan percintaan," sambung Sayf.

"Tapi aku fikir apa yang dia marah kan itu benda betul. Kenapa pertahankan?"

Sayf sekadar tersenyum. Ego betul Natasha Ilyani ini.

"Kau sahabat dia, kau lupa?"

"Tapi baru official tadi, bukan sebelum gaduh."

"Bagi aku, kauorang berdua official jadi sahabat aku dari kau mula masuk kelab. Start buat kerja gila bagi soalan macam-macam. Kita set buat drama untuk kena kan balik pihak atasan termasuk Cikgu Man. Kita semua sahabat."

Natasha diam tak membalas. Bagi peluang untuk Sayf luah semuanya.

"Kau pernah betulkan balik friendship kitaorang, Natasha. Tak salah kalau semalam aku try hard untuk betulkan balik friendship kau dengan Thaqif. Aku tahu, kau pernah sakit soal kawan sebelum ni. Jadi aku tak nak sakit tu datang lagi untuk orang-orang yang aku sayang," jelas Sayf.

Natasha tersenyum menahan sebak di dada. Aduh jangan lah waktu-waktu macam gini air mata nak mengalir. Dia terharu ada orang cuba mempertahankan dan tak ungkit segalanya.

"Terima kasih," ucap Natasha.

"Sepatutnya aku yang kena ucapkan terima kasih dekat kau. Kau korbankan segalanya untuk kitaorang. Kawan, sekolah dan kenangan. Terima kasih sudi datang dan terima kitaorang, walaupun menyakitkan."

"Kenapa Melia?" soal Natasha.

"Sebab dia mendesak kau, tak macam Laila. Jadi aku minta dia yang tarikkan balik jiwa kau datang sini. Hari ni," jawab Sayf.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Jun 01 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang