45.

75 18 1
                                    

      "Ba-YaAllah tak sangka kau orang makin power sampai dapat kalah kan kitaorang sekelip mata je!" Puji Puaka. Disebabkan Alim ada dekat sebelah dia, jadi dia kenalah berkata baik lagi-lagi bila ada gadis yang dia belum kenal secara mendalam. Apa yang dia tahu Natasha.

Umur dan pangkat gadis itu masih tidak dapat dirungkaikan. Tak apalah baru pertama kali berjumpa. Biasalah itu kehidupan.

Tahu-tahu Instagram menjadi kenalan buat mereka. Tapi kalau gadis itu melayan.

"Itulah semangat dan usaha yang harus kita perjuangkan. Tambahan pula main kena pakai otak," ujar Alim.

      "Okay-okay jangan puji kami. Kitaorang dah lama tahu kitaorang hebat cuba malas nak tunjuk." Bangga Aaraz.

"Tapi kalau riak takbur macam tu jangan hairan kalau kalah." Kata Haritz.

      "Syaitan betul mulut dia ni." Balas Aaraz tak puas hati.

Nak bangga sikit pun tak boleh. Senang cerita bukan senang nak kalahkan Haritz and the team. Setiap kali perlawanan pasti akan seri memanjang.

Mungkin kali ini rezeki berpihak buat Swing Warrios, jadinya seri itu pun dah bosan dengan perlawanan diaorang.

      "Sekejap lagi kau orang lawan TKS, betul kan?" Soal Puaka.

      "Haah." Balas Thaqif ringkas.

      "Hati-hatilah, diaorang dah tak sama macam dulu. Sekarang lagi kotor game diaorang- lagi tak boleh nak jangka sampai tak ada muka surat lebih untuk kita." Jelas Puaka.

Swing Warrios sekadar diam bila mendengar apa yang diberitahu oleh Puaka. Mereka faham apa yang Puaka terangkan. Bukan mereka tak pernah dengar bualan dari mulut-mulut pemain ragbi daerah diaorang baru-baru ni.

Boleh dikatakan trending kes TKS dengan game kotor diaorang.

__________<>___________

Putra terjatuh akibat rempuhan dari pemain bernombor 12. Pemain tersebut sekadar buat tidak endah sahaja sebelum dia mengambil jarak 5 meter. Putra cuba bagi diri sendiri cool. Walaupun dari tadi memang dah sakit, sakit hati dengan otak dibuatnya bila terasa game kali ini macam ragbi rempuh.

Sudahlah badan Putra bukan sasa mana. Ya lah, baru 15 tahun kut, expect akan ada six pack ke?

Tapi sekarang ada saja umur 13 tahun badan macam umur 19 tahun. Tapi bukan untuk Putra yang cuba untuk rasa diri itu masih kanak-kanak yang tak tahu apa-apa.

Kembali kepada perlawanan.

Permainan bernombor 12 itu sekali lagi menyentuh badan Putra (lagi tepat tolak.) dengan kuat sehingga lelaki itu hampir jatuh buat kali ketiga. Ya ini mungkin agak melampaui batas buat kesabaran seorang Putra.

      "Relaks lah bro! Ni bukan tackle nak main macam tak ada hari esok sial." Entah dari mana datang keberanian budak Putra ni. Tapi cukuplah buat Aiman yang ada dekat sebelah dia itu terkejut.

Bukan apa, Putra ni lebih kurang alim seperti Alim. Ya lah, nak menyebut perkataan yang unsur carutan itu sangat lah sukar.

Brader nombor 12 sekadar menjongketkan bahu. Tanda tidak peduli dengan pihak lawan.

Putra terus berubah reaksi wajahnya. Dari elok tak ada perasaan tukar ke reaksi lebih serius. Ya, dia tengah penuh dengan api kemarahan.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now