5.

192 35 3
                                    

Kaki lima yang memenuhi loker di kiri dan kanan jalan menjadi riuh bila lapan kepala mula bercampur. Bahan-membahan, kutuk-mengetuk, ketawa-ketawa dan lain-lain lagi. Kalau sebelum-sebelum ini kaki lima ini paling sunyi sebab tak semua pelajar rajin nak berdiri lama depan loker masing-masing. Cukup sekadar datang letak barang atau ambil barang dan kemudian beredar ke tempat yang ingin di tuju.

      "Senyum sikit Encik Sayf Qhairil, beku semacam je dia ni seorang." Ujar Aniq yang cuba untuk membahan Sayf pula kali ini.

      "Dia senyum bila Melia suruh je. Kalau kau suruh sampai kiamat pun belum tentu dia senyum." Tambah Aaraz dingin.

      "Yalah, siapa je kita ni kan? Dia lebih pilih Melia dari kita semua." Aniq mula berlakon dengan perwatakan dan perasaan yang sedih.

      "Jangan mengarut." Sayf bersuara tegas. Sebelun mata dibawa ke atas tanda menyampah bila nama 'Melia' di seru tak ikut masa dan tempat.

Dia kembali mendiamkan diri, tidak mahu berkata apa-apa. Diam buat dia itu lebih baik daripada bersuara.

      "Gurau je...," Aniq mencebik bila Sayf sekadar buat tidak tahu sahaja dengannya. "By the way, kau orang ada dengar tak pasal bu-" ayat yang belum dihabis ungkapkan itu terpotong bila ada satu suara menyampuk.

      "Wah ceria betul abang-abang ragbi kita ni walaupun semalam... dengar cerita kalah?" Satu suara menyampuk ayat dari Aniq itu mula menegur.

Langkah Swing Warrios terhenti bila mereka bertembung dengan sekumpulan pelajar dari kelab bola balimg tersebut. Swing Warrios sekadar menayangkan wajah menyampah mereka sahaja.

      "Berapa eh skor dia orang semalam?" Soal Remy kepada rakan-rakan pasukannya.

      "11-2." Jawab rakan sepasukkan Remy itu.

Remy Ali seorang pelajar yang anti dengan pemain-pemain ragbi di sekolah itu. Apa yang dia bencikan tak ada siapa tahu. Apa orang tahu dia cemburu dengan Sayf sebab lelaki itu lebih kacak dari dia.

      "Kau orang dapat 2 je? 40 minit main dapat 2 skor je? Alahai, bubarkan je lah kelab tu terus kan senang." Ujar Remy dengan ayat menyakitkan hati.

Telinga masing-masing mula berdesing. Hati makin lama, makin panas.

      "Ada masalah ke kalau dapat 2 skor?" Soal Thaqif dingin.

      "Ada, sebab nanti aku rasa kesian dekat kau orang ni semua."

      "Tak suruh pun kesian kan." Sayf bersuara.

      "Memanglah tak suruh tapi aku tengok kau orang ni tak layak pun main ragbi."

      "Siapa kau nak cakap layak ke tak layak? Kau main pun tak." Sampuk Danish dengan riak bengang jelas dilihat.

      "Apa kata kau angkat kaki pergi dari sini sekarang sebelum kepala kau pecah." Amaran tegas daripada Aaraz akhirnya disuarakan.

      "Uish... garang betullah abang ragbi kita berdua ini rasa macam rawr." Ujar Remy dengan gaya 'rawr' dia. Aaraz dan Danish pandang antara satu sama lain sebelum memutarkan bebola mata masing-masing.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now