9.

172 34 0
                                    

      "Saya ingin menanyakan satu soalan." Pinta Aiman kepada Natasha. 

      "Apa dia?"

      "Kenapa kita orang kena jawab semua soalan tadi tu?"

       "Saja, nak tengok betapa minatnya kau orang dengan ragbi ni."

      "Habis kalau tak tahu jawapan tu semua tanda tak minat lah?" Soal Aaraz dengan nada serius.

Apa kena mengena entah buat soalan semata-mata nak tahu betapa minatnya seseorang itu dengan satu benda. Tak logik.

Natasha melabuhkan duduk di tengah-tengah antara Shaqeen dan Miro. Kertas-kertas yang dah di tanda bersama-sama tadi di lihat satu persatu markah mereka.

Not bad.

Semua dapat lepasi target yang Natasha nak kan. Lebih dari 90 markah dah boleh jadi bahan. Natasha menatap wajah Aaraz yang nampak serius itu. Dari tadi gaya tak puas hati.

      "Kalau kau minat seseorang, kau akan terima dia seadaanya ke atau kau siasat latar belakang dia dulu?"

      "Siasat dulu."

      "Sama macam ini, kalau kau minat ragbi mesti segala pasal ragbi kau dah tahu. Orang tanya kau, kau boleh jawab. Sebab minat dengan ilmu dua benda yang penting dalam diri." Jelas Natasha.

Aaraz sekadar diam. Sudah faham kenapa gadis dekat depan mata dia ini buat soal siasat bagai. Sebab nak tahu minat dia orang macam mana je.

      "Bila kita minat sesuatu kita kena cari ilmu dari tu. Tak kesah lambat atau cepat selagi kau cuba untuk capai ilmu, orang tak boleh halang." Sambung Natasha.

Semua mengangguk kepala tanda faham.

      "So, Cik pengurus kami apa rancangan aktiviti anda untuk kita orang?" Soal Thaqif.

      "Banyak."

      "Seram je dengar, kau jangan bagi aktiviti pelik-pelik Natasha." Tegur Miro.

      "Tak ada bendanya yang pelik. Aku masih waras untuk tak bagi kau orang training yang teruk-teruk."

      "Kepala otak kau bukan betul selalu pun. Ada je swing ke mana. Risau je kita orang kalau kau suruh bermalam kat padang tu." Shaqeen bersuara.

      "Tak ada masa aku nak mohon pihak atasan benarkan kau orang tidur kat padang."

      "Cuba bagitahu apa latihan yang kita orang kena buat?" Soal Putra.

      "Benda basic yang kau orang dah selalu buat tapi maybe dari segi fitness kita ubah sikit. Then, setiap hari Rabu kau orang boleh gunakan gym sekolah."

Semua terasa teruja, bukan senang nak guna gim sekolah itu walaupun dia orang sendiri pelajar dekat situ. Memang setiap hari, sedia maklum ramai pelajar akan guna gim itu. Lagi-lagi pelajar lelaki atau pelajar yang tinggal dekat asrama.

Selalunya pelajar-pelajar tingkatan 5 yang ramai guna gim itu. Sebab ramai orang tahu yang tingkatan 5 sahaja di benarkan untuk menggunakan asrama. Dan pelajar-pelajar yang jauh tempat tinggalnya.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now