48.

74 13 27
                                    

"Eh, macam kenallah abang ni. Abe idola!" Haziq sengaja membarakan api yang belum marak dalam hati Aaraz. Aaraz yang sudah masak dengan perangai musuh sejati dia itu sekadar membiarkan sahaja.

Lantaklah mamat itu nak buat apa sekali pun, kali ini dia tak peduli langsung. Sekarang ini dia rela menahan sakit hati dengan Haziq daripada nak kena dengar mukhadimah Natasha Ilyani.

Perempuan itu punya membebel lagi pedih daripada perangai kanak-kanak Haziq anak istimewa.

      "Sombong dah abe idola kita ni sekarang ialah tahulah followers insta dah mencanakkan?" Haziq masih mencuba. Tapi hati dia terasa tercabar lagi bila melihat Aaraz Rayyan begitu tenang.

Tak ada langsung kepanasan antara dia dan Aaraz sekarang. Cuma dia sahaja yang terlebih dengki sekarang ini.

Wisel ditiup, tanda pemain-pemain sudah diminta untuk masuk ke dalam padang.

Aaraz dan Sayf kekal sebagai pemain sayap. Thaqif dan Miro sebagai pemain tengah, manakala Shaqeen dan Dhani sebagai pemain penyambung.

Mereka berenam memandang antara satu sama lain, menyakinkan sesama sendiri yang kali ini mereka akan lakukan lebih baik dan terbaik daripada game sebelum ini.

Tak ada drama. Tak ada emosi.

Lebih fokus dan tenang.

Itu apa yang Natasha Ilyani dan Cikgu Man nak kan.

      "Kau rasa kita boleh go?" tanya Aniq. Mata masih merenung kawan-kawannya yang sudah bersedia atas padang. Natasha mengangkat kepala daripada terus melihat ipad. Wajah Aniq dilihat sebelum dia membuang pandangan ke atas padang sana.

      "Kita dah usaha, kita dah berdoa, sekarang ini kita kena tawakal, kena redha. Rezeki tak pernah salah alamat, kalau Allah kata tak ada rezeki kita dekat sini, tak adalah jawapannya. Kita kena redha dengan keputusan tu," jelas Natasha.

Aniq sekadar mengangguk kepala. "Tapi aku takut... aku takut kita semua ni salahkan takdir satu hari nanti."

      "Buat sampai boleh dan jangan pernah salahkan takdir. Kuasa Allah kita tak boleh nak lawan Aniq. Kun Faya Kun," menyampuk Laila.

Aniq diam tidak membalas.

Perlawanan dimulai. Swing Warrios menggendali terlebih dahulu permainan. Mereka mengikut strategi yang sudah ditetapkan.

Miro berlari memakan tanah pihak lawan, kemudian dia melakukan dekoy dimana bola dilambung tinggi ke arah Aaraz yang sedia menjadi pemain Sayap.

Aaraz mengambil bola dengan kemas, dia turut memakan tanah pihak lawan. Side step tidak henti dia lakukan, kemudian dia melakukan aksi manipulate pihak lawan seolah bola di berikan kepada Shaqeen malah ianya diberikan kepada Thaqif.

Thaqif melakukan side step dan dia melakukan aksi touchdown.

Percubaan pertama mereka akhirnya berjaya!

      "Ceh, kitaorang bagi peluang je tu tadi." Haziq sedikit cemburu bila dia sedar yang corak permainan Swing Warrios yang sekarang agak cantik dan susah diagak, berbanding dua bulan yang lepas.

      "Kitaorang cuba, Allah yang nak bagi," balas Aaraz. Lama-lama dia atas padang dengan Haziq ini boleh naik darah.

Sekejap lagi ada saja lepas perlawanan dia bawa mamat itu pergi gelanggang tinju. Bertumbuk terus atas sana macam rancangan WWE.

Dan sekarang giliran Ace pula yang mulakan permainan setelah tamatnya touchdown daripada pihak Swing Warrios.

Swing Warrios mengambil langkah berjaga-jaga dengan corak permainan Ace.

SWING AND WING [NEW VERSION: S.U]Where stories live. Discover now