HADI 53

123 1 0
                                    

Dr. Rai urut belakang tengkuknya sambil bercerita tentang pelajar seliaannya yang tak pakai PPE di dalam makmal dan akibatnya, spesimennya dah tercemar dan dia terpaksa ulang semula kajiannya dari awal.

"A waste of time I tell you, Hadi." Keluh Dr. Rai geram dengan sifat tak bertanggungjawab pelajarnya. Tak pasal-pasal kena panjangkan lagi semester.

Aku menepuk belakangnya sebagai tanda simpati. Pelajar-pelajar aku takkan berani langgar peraturan asas macam tak pakai kelengkapan PPE dalam makmal. Semua orang tahu betapa bernilainya makmal aku.

"I envy how your students always adhere to your rules." Dr. Rai menyiku aku seperti boleh membaca apa yang bermain dalam fikiran aku.

"They fear you." Tambah teman sekerja aku tu. Aku mengangguk.

"They call my lab The Nazi's Nest." Aku ketawa teringatkan desas-desus pelajar-pelajar mengelar makmal aku dengan pelbagai nama.

"I thought they call it The Hell's Pit?" Dr. Rai tergelak sekali bila aku mengiyakan tekaannya.

Tawa aku surut saat mata aku menangkap kelibat isteri aku di kafe fakulti.

"Are you coming?" Dr. Rai menoleh bila dia menyedari aku dah berhenti melangkah.

Aku mengalihkan mata aku ke wajah teman sekerja aku tu. Aku dan dia dalam perjalanan menuju ke dewan 1 untuk menghadiri seminar anjuran pusat kajian universiti.

"Yeah. I think I left my phone in my office. I'll catch up with you later." Aku meraba-raba poket seluar aku sebelum mengerutkan hidung, meminta maaf dan menyuruh teman aku tu gerak dulu.

"Alright. See you there." Dr. Rai mengangkat tangan kanannya dan berjalan pergi.

Aku kembali menala pandangan ke arah kafe sambil mengurangi jarak antara aku dan kafe fakulti. Akira aku lihat sedang duduk bertentangan dengan Ben. Atas meja mereka penuh dengan nota-nota dan buku-buku setebal tiga inci.

Hati aku terusik bila menyedari air mata yang membasahi pipi isteri aku. Apa dah jadi ni?

Aku berjalan lagi dekat. Aku nak dengar butiran perbualan mereka, dan apa yang menyebabkan isteri aku sedih.

"Benji, kau tahu aku sayang kau kan?"

Langkah aku terhenti. Dada aku bagai direntap dan diracik saat mendengar pengakuan dari bibir isteri aku.

Hati aku bertambah remuk bila Ben mengangguk dan tersenyum sambil balas, "Tahu."

Aku terasa dunia aku berkecai.

Malam tu aku luahkan segala perit dan sakit yang mencengkam dada aku bersama isteri aku. Belum pernah aku seagresif itu bila bersama dengannya.

Kalau Akira terkesan dengan kekasaran aku malam tu, dia tak berkata apa-apa. Dia hanya menerima dan merangkul aku erat-erat, seolah aku dunia dia, seolah aku satu-satunya yang buat dia bernafas dan hidup.

Bila dia tanya aku okay tak, sungguh aku nak beritahu dia apa yang aku saksikan siang tadi, apa yang aku dengar sebab aku perlu tahu konteks keseluruhan perbualan dia dengan Ben.

Mungkin aku salah faham. Mungkin hati dia betul berubah...

Tapi lidah aku kelu. Aku tak mampu nak tanya dia. Aku tak sanggup nak dengar kebarangkalian cinta dia pada aku menyurut. Aku tak ada kekuatan nak dengar dari bibir dia yang aku tak lagi menghuni hati dia.

Jadi aku leraikan dinding ego aku sebagai seorang lelaki dan beritahu dia nilai dia dalam hati aku, yang dia udara, tanpa dia aku lemas, dia cahaya, tanpa dia aku kegelapan, dia nyawa aku dan tanpa dia aku kaku.

KITAWhere stories live. Discover now