AKIRA 37

167 3 0
                                    

Aku tersentak bila bahu aku digoncang seseorang.

"Kau okay tak?" Ben bertanya bimbang. Wajah dia berkerut-kerut tengok aku yang masih melentokkan kepala di atas meja. Pelajar lain sudah lama keluar dari kelas. Aku terlalu letih dan mengantuk untuk bangun, jadi aku pejamkan mata dan tunggu sehingga segala kepenatan meruap keluar dari rongga badan aku.

"Nak aku panggil Hadi?" Ben tanya lagi. Dengarkan nama suami aku, terus aku geleng kepala. Ada nanti aku diharamkan ke kelas. Hadi bukan boleh percaya. Dah berapa kali dia nasihatkan aku tangguh semester. Kerja gila.

"Aku mengandung Benji, bukannya sakit tenat." Keluh aku datar.

Mata aku kembali terpejam rapat. Ben tarik kerusi dan duduk di sebelah aku. "Mana lenguh? Nak aku urut?" Tanya dia perlahan. Suara dia bersalut bimbang. 

"Nak kena rejam sampai mati dengan Hadi, sila kan la pegang aku." Balas aku tanpa apa-apa perasaan. Aku seakan boleh dengar Ben menelan air liur. Tahu takut.

"Never mind." Balas dia laju. Aku buka mata tengok dia. "Benji, Noah ada tanya pasal aku lagi?" Tanya aku. Ben angguk. "Habis kau cakap apa?" Terus aku tegakkan badan dan hadap dia. 

"Aku cakap kau dah kahwin la." Balas Ben seolah aku ni bodoh bebal.

Aku ketap gigi. "Aku tahulah. Kau beritahu dia siapa laki aku tak?" Aku menarik nafas lega bila dia mengeleng kepala. 

"Taklah. Dia tak boleh terima kau dah kahwin dan mengandung." Tambah Ben. Aku julingkan mata. Baru kenal aku beberapa bulan dah suka. Lepas tu nak sibuk pertikaikan status aku. Merepek betul.

"Lantaklah dia. Weh, Sarah kenapa? Sejak dua menjak ni dia macam distant je dengan kita." Tanya aku, beralih topik. Ben menjungkit bahu. 

"Biasalah, busy dengan projek." Jawab dia acuh tak acuh. Aku terus kerut dahi. Macam ada selindung sesuatu je daripada aku.

"Semua orang busy dengan projek. Aku busy, kau busy tapi kita boleh je lepak sama. Kau cakap betul-betul Benji. Dosa tau tipu ibu mengandung." Aku meluruskan jari telunjuk ke batang hidung dia, mengugut. Dia menjulingkan mata ke atas. 

"Kau petik hadith mana ni?" Perli Ben skeptikal.

"Cakaplah Sarah tu kenapa!" Aku mula hilang sabar. Ben memandang aku lama sebelum dia mengeluarkan dengusan seperti hembusan nafas naga. "Benji." Aku memberi amaran.

 "Yelah nak cerita la ni. Tak ada apa-apa pun, Sarah confess kat aku je." Beritahu dia tanpa nada. Aku tergamam.

Sarah suka Ben? Wah!

"Serius la? Lepas tu, kau cakap apa?" Tanya aku tak sabar nak dengar ending cerita dia. "Aku cakaplah aku tak ada feeling kat dia. Lepas tu terus dia jauhkan diri." Cerita Ben tanpa perasaan bersalah. Aku tak terkata tengok dia. Macam tu je dia balas?

"Kau reject dia? Ya Allah Benji! Kau ni dah kenapa? Kau ingat senang ke nak dapat perempuan macam Sarah tu? Dahlah cantik, pandai, baik, suka tolong orang, pandai lukis. Kau ni, fikirlah sikit. Tak faham aku apasal kau reject dia!" Aku menjegilkan mata. Sebal hati dengan kebodohan Ben.

"Dia bukan kau faham tak!" Herdik Ben dengan dada turun naik.

Nafas dia celaru dan mata dia tajam memandang aku. Beberapa saat kemudian, riak wajah dia berubah, seolah dia baru tersedar keterlanjuan dia. Ben terkelip-kelip tengok aku sebelum dia meraup wajah beberapa kali dan melepaskan satu keluhan berat.

"Dia bukan kau." Keluh dia lemah. Aku mengetap bibir. Raut serabut yang menyelubungi wajah dia aku pandang lama. "Dalam perut ni, anak Hadi tau." Aku berkata datar. Ben memandang perut aku sekilas sebelum menjeling aku tajam. 

"Aku tahulah." Desis dia perlahan. Aku tahu apa yang berlegar dalam kepala dia.

Kalaulah tu anak aku...

"So move on boleh tak?" Marah aku kasar. Sebelah tangan aku cekakkan ke pinggang. "Tengah cubalah ni." Balas dia sama tahap kekasaran. 

"Macam mana nak move on kalau asyik melekat dengan aku?" Aku menengking sambil pakai riak bosan di wajah.

Ben menjulingkan mata. "Aku risau kau tu ibu mengandung. Apa-apa jadi nanti laki kau nahaskan aku julak." Balas dia sambil tunding jari telunjuk ke dada sendiri. Aku tergelak besar. Yelah, aku terpaksa akui. Hadi memang akan penggal kepala si Ben ni andai apa-apa berlaku kat aku.

"Dahlah. Tak kuasa aku nak cakap pasal hal ni lagi. Jom makan. Aku lapar." Aku bangun dan menarik beg galas tapi Ben terlebih dahulu capai beg aku dan disangkutkan ke bahu kirinya. Aku memandang dia dengan hujung mata. 

"Ni bajet gentleman ke sebab feelings kau kat aku ni?" Duga aku tanpa selindung.

Ben tergelak sebelum jawab, "Sebab kau ibu mengandung."

Jawapan selamat. Kalah jawapan artis. Ceh. 

A/U notes:

I love Benji.

Do you?

Vote & Comment

KITAOnde histórias criam vida. Descubra agora