HADI 48

164 3 0
                                    

Aku berkerut lihat riak terkejut yang menghiasi wajah pucat Akira. Air mata yang sarat bertakung di tubir sepasang mata hitam pekat milik dia aku pandang lama. 

"Did you think I'd left?" Tanya aku tanpa menyembunyikan kekecewaan yang bersarang pada suara aku. Akira tak berkelip membalas pandangan aku yang sarat dengan persoalan yang aku tahu Akira tak mampu rungkaikan.

"A-Awak marah?" Dia balas soalan aku dengan pertanyaan. Aku mengambil tuala baru dan mula mengeringkan rambut dia dengannya. 

"Hadi, awak marah—" Akira tak jadi mengulangi persoalan dia bila aku memotong, "Were you trying to escape?" 

Akira berkerut dengar kekasaran yang membalut suara aku. Terus dia pegang tangan aku, menggenggam erat jari-jari aku, sekaligus membantutkan usaha aku mengeringkan rambut dia. Aku perhatikan wajah pucat dia membentuk kerutan di dahi.

"M-Maksud awak?" Terketar-ketar bibir rekah kebiruan dia menutur soalan. 

"Do I have to spell it out?" Aku masih lagi mengekalkan oktaf suara aku—rendah dan keras. Akira menambah kerutan di dahi dia.

"Awak ingat saya..." Akira menarik nafas sebelum menyambung, "...Saya nak bunuh diri?" Membulat mata dia merenung aku.

"Sakit sangat ke hidup dengan saya, Akira? Benci sangat ke awak kat saya sampai awak buat macam ni? Derita sangat ke kongsi hidup dengan saya sampai awak tak nak hidup lagi dah?" Aku teruskan bertanya dengan suara yang tebal dengan duka.

"Hadi, saya tak—" Kelu lidah dia bila aku leraikan genggaman tangan dia dari tangan aku. 

"Hadi..." Rintih dia. 

"After that night, I swore to you that I would never leave you, never again. But you didn't even hesitate to leave me. You didn't hesitate at all. Saya sakit jugak Akira!" Aku menepuk dada aku beberapa kali. 

Air mata yang sarat memenuhi tubir mata mengaburi pandangan aku. Tapi aku tak kisah. Akira perlu dengar ni. Akira perlu tahu apa yang bersarang dalam hati aku.

"I lost my little girl too, don't forget that. And for your information, I didn't just lose my daughter, I lost my wife!" 

Turun naik rusuk aku menahan hempasan jantung yang semakin kasar berdegup. Kesakitan yang selama ni aku pendam kian bernanah dan aku tak tahu berapa lama lagi aku mampu menahan.

Aku menoleh dan berkira mahu pergi. Aku tak boleh berada dalam radius yang sama dengan isteri aku sekarang. Aku tak boleh tengok muka dia sekarang. "Hadi!" Akira menangis menyebut nama aku. Aku berhenti bergerak sebelum aku paksa diri aku toleh perlahan-lahan.

Runtun hati aku lihat wajah pucat lesu isteri aku berjurai-jurai dengan air mata. Bibir rekah membirunya menggigil menampung sendu yang menguasai diri dia. Akira menarik tangan aku kembali dan perlahan-lahan bibirnya menabur ciuman pada segenap telapak tangan aku. Bibirnya tak henti mengucap ampun, merayu keampunan aku.

Aku lantas memegang kedua-dua bahu isteri aku dan merapatkan wajah kami. Hidung aku dan dia berlaga, nafas kami kongsi sama, mata emas aku dan mata gelap dia bersatu, membisik semua kata-kata yang tak mungkin segulung lidah mampu tuturkan.

"Wallahi, I didn't try to kill myself. I swear I didn't. I fell asleep. The meds..." Bisik Akira parau. Aku merenung anak matanya yang sarat dengan air mata sebelum aku buang jarak antara bibir aku dan dia. 

Aku muntahkan segala rindu yang terpendam, segala cinta yang tersekat, segala isi hati yang terbenam ke dalam ciuman yang aku lekatkan ke bibir dia. Aku pejam erat mata aku. Terlalu lama aku tak rasa sulaman cinta Akira. Terlalu lama aku kering tanpa basahan kasih isteri aku.

Aku lepaskan bibir Akira sebelum membenarkan hati aku berenang ke dasar hati dia. Aku gesel hidung kami sebelum menghadiahkan kucupan halus di situ. Akira memegang pipi aku, jari lembut dia mengusap jambang yang tumbuh di serata rahang aku. 

"Saya mintak maaf Hadi." Ucap dia perlahan. Aku melembutkan renungan mata aku. 

"What for?" Gumam aku tanpa mengalihkan mata aku dari wajah sempurna isteri aku. Jari dia masih mengusap helaian jambang aku.

"I'm not strong enough. I dream about her every day. Losing her means I've lost a big part of me." Bisik Akira, sedikit demi sedikit dia meruntuhkan dinding yang selama ni dipahat tinggi keliling hati dia.

Aku mendengar tekun. Aku beri dia ruang dan kebebasan untuk ambil masa sebanyak mana dia mahu. Dia sedang bagi aku laluan ke sudut paling dalam dan paling jauh dalam di sanubari dia. Aku tak nak sia-siakan peluang ni.

"I—I'm sorry. I was selfish. I forgot you're suffering too. I'm sorry you have to go through this alone." Akui Akira perlahan. Tangan dia mendarat dari rahang aku ke dada. Aku renung wajah dia dalam-dalam.

"Akira."

Aku mulakan bicara dengan menyebut satu nama, nama kegemaran aku, nama yang sentiasa terpahat dalam sanubari aku. Dia tak berkelip tengok aku. 

Aku tekup kedua pipi dia sebelum melekatkan satu kucupan di pipi kanan dia, di pipi kiri, di bibir, di hidung dan aku biarkan tanda cinta aku tertinta di dahi dia beberapa detik. Tidak semena-mena setitis demi setitis air mata jatuh dari tubir mata dia. Aku seka setiap satu.

"Akira.. Sayang..."

Aku merangkul tengkuk dia, menarik dia ke dalam dakapan erat, dekat di hati aku. "I'm sorry too." Aku bisik ke telinga dia. 

"Hadi, I can't just let her go. Saya perlukan masa." Akira mohon aku menerima diri dia seadanya—rapuh hati dia dan kekuatan jiwa dia. Ya dia perlukan masa. Dia dan aku perlukan masa, untuk bangkit, untuk belajar menerima realiti kehidupan dan bersyukur dengan ketetapan.

"Take as much time as you need tapi satu saya minta." Aku bubuh jarak antara kami. Aku lihat dia menjungkit kedua kening, mata dia melimpah dengan sekelumit harapan. 

"Let me hold your hands every step of the way." Rayu aku jujur. Akira menarik nafas dalam-dalam. Aku tahu dia dengar ayat yang tersembunyi di balik rayuan aku tadi.

Don't shut me out...

Perlahan-lahan Akira menyulam jari dia bersama jari aku. Aku balas sulaman jari dia dengan menggenggam erat tangan halus dia. "Don't let go." Pinta dia. Aku kucup pipi dia sebelum bisik, 

"Never, no matter what." Sumpah aku hingga mati. 

A/U notes:

Writing this chapter feels so personal, I don't know why. 

For Akira to open up, it's not easy. And for Hadi to accept, God.

Vote for them. Comment for me.

KITAWhere stories live. Discover now