HADI 11

153 5 0
                                    

Aku melihat Akira pergi menaiki Grabcar. Beberapa minit aku duduk di meja di hujung kafe sambil memandang waffle yang suku berusik. Aku melepaskan hela nafas panjang sambil meraup rambut ke belakang. Perlahan-lahan fikiran aku melayang ke memori beberapa minggu yang lalu.

Aku baru menapak keluar dari mall selepas busking bersama pelajar Muzik bila seorang mak cik berusia lebih kurang 50-an sedang menjinjit beg plastik penuh berisi dengan barang-barang lalu di hadapan aku. Langkahnya laju tapi bukan yang dipaksa. Langkah laju yang dah terbiasa.

Aku baru saja belok ke kiri, ke tempat kereta aku terparkir bila beg plastik mak cik itu terkoyak di bahagian bawah dan segala isi dalamnya tergolek ke atas jalan tar. Tanpa membuang masa, aku terus ke arah mak cik tu dan bantunya kutip barang-barang yang dibelinya. Aku menarik troli yang berada tak jauh dari situ dan masukkan semua barang ke dalam.

"Saya ada beg recycle lebih dalam kereta. Mak cik tunggu sini kejap ya. Saya pergi ambil." Aku memandang wajahnya sekilas dan sebelum dia berkata apa-apa aku terus berlari ke kereta.

Beg kitar semula di dalam but kereta aku keluarkan dan kepit di celah lengan. Aku kembali ke wanita separuh abad tu tadi dan menyimpan semua barang-barang dapur di dalam troli ke dalam beg kitar semula tu. Dah selesai semua aku bertanya di mana kereta dia dan mak cik dengan senang hati bawa aku ke keretanya.

Aku tahu mata mak cik tu sejak mula-mula aku bantu dia tadi tak berganjak dari wajah aku. Atas bawah dia memerhatikan dan meneliti seolah aku ni tikus makmal yang perlu disahkan dulu sebelum diluluskan untuk diuji.

"Tak ada barang cicir lagi kan mak cik?" Aku tanya setelah meletakkan beg kitar semula yang sarat berisi barang-barang ke dalam but keretanya.

"Anak ni namanya apa?" Tanyanya lembut. Matanya tidak lagi memerhati aku rakus.

"Hadi, mak cik." Balas aku sambil menarik kolar baju aku yang terasa mencekik leher. Bahang matahari terasa membakar hingga ke lapisan ketiga kulit.

Jarang aku perform pakai baju berkolar. Tapi sebab dipaksa budak-budak Muzik tu, kena ikut tema katanya, aku ikutkan saja kerenah mereka.

"Hadi, marilah ikut mak cik. Kita minum." Pelawa mak cik tu, sudah mengunci keretanya dan berjalan ke sebuah restoran berdekatan. Langsung tak bagi aku peluang untuk kata tidak.

Aku memandang jam di tangan. Belum Asar lagi. Bolehlah. Orang dah pelawa. Rezeki jangan ditolak.

Mak cik tu memesan air sirap ais dan aku pula kopi-o ais. "Mak cik ada beg recyle sebenarnya. Tapi anak mak cik angkut bawa masuk dalam kereta dia. Itu yang mak cik terpaksa guna beg plastik." Mak cik tu memulakan perbualan.

Aku mengangguk dengar. Lega hati aku bila dia memulakan dulu. Aku sejenis yang kekok untuk memulakan perbualan. Aku lagi senang memberi ruang orang lain memulakan dulu. Spesis Introvert.

"Mak cik ambil je beg tu. Saya ada banyak kat rumah." Ujar aku sebelum menyedut air sejuk. Terasa damai tekak saat air dingin membasahkan rongkong yang kering dibakar bahang suria.

"Terima kasih Hadi, tolong mak cik." Mak cik tu menghadiahkan segaris senyuman manis. Mak cik tu mengingatkan aku dengan mama. Senyuman manis keibuan. Sama.

"Tak ada apalah mak cik. Tak susah pun." Aku membalas senyumannya sambil meletakkan gelas minuman aku ke atas meja.

"Hadi duduk dekat area sini ke?" Tanya mak cik tu. Mata dia tak jemu menatap wajah aku.

"Dalam 30 minit dari sini." Balas aku cuba mencongak dalam kepala jarak dari sini ke rumah aku. Lebih kurang 30 ke 40 minit bergantung pada keadaan trafik. Mak cik tu aku lihat terangguk-angguk.

"Dah berpunya?"

Tersentak aku dibuatnya. Nasib baik aku tak minum air. Buat aku sedang bahagia menyedut air, tak ke percuma aku sembur muka mak cik ni dengan air?

"Kenapa mak cik tanya?" Aku cuba mengelak dari jawab pertanyaannya.

"Cincin tak ada. Tapi berbudi bahasa dan beradab. Jarang orang baik hati macam kamu tak berpunya lagi." Teka mak cik tu sambil matanya meliar ke jari-jari aku.

Aku melepaskan tawa kecil. Terasa macam disoalsiasat pula. "Jadi, Hadi ni dah berpunya ke?" Aku memandang wanita tu lama.

Aku tahu aku takkan dapat lari dari soalan dia. Pusinglah dua tiga empat kali, dia takkan berganjak.

"Belum mak cik. Mak cik nak recommend kan saya kat kawan mak cik ke?" Seloroh aku tanpa berfikir panjang.

"Bukan untuk kawan mak cik. Untuk mak cik." Mak cik tu menepuk dadanya. Aku dah jatuh rahang. What the—

"Anak perempuan mak cik belum ada sesiapa lagi. Kalau Hadi sudi, mak cik nak kenalkan Hadi dengan dia. Nak kenal?" Potong wanita tu sebelum sempat hati aku menyumpah seranah.

Oh anak perempuan. Berderau darah aku. Kalau untuk dia sendiri, mahu terkeluar balik kopi-o aku ni.

Aku jadi serba-salah. Aku niat memang nak membantu, bukan sebab nak mengurat dia atau anak dia. Aduhai. Pucuk dicita ulam mendatang pula. Aku meraup rambut yang terjuntai di dahi ke belakang.

"Anak mak cik tak kisah ke mak cik—" Sekali lagi kata-kata aku dipotongnya.

"Anak mak cik ada bagi mak cik senarai untuk cari calon bakal suami dia. Mak cik rasa Hadi menepati banyak ciri-ciri yang dia nak. Cuba tengok ni." Mak cik tu mengeluarkan sekeping kertas yang dilipat empat dan membukanya.

Aku tergamam membaca senarai ciri-ciri calon suami yang diingini anak perempuan amk cik tu. It's literally...

"Hadi musician kan? Mak cik nampak Hadi main gitar tadi dengan budak-budak band tu." Mak cik tu melempar pandangan ke gig bag yang terikat melintang di belikat aku.

"Takdalah level musician, mak cik. Tahu main gitar sikit-sikit je." Aku cuba mengingati wajah-wajah manusia yang menyaksikan persembahan kami tadi. Aku tak perasan pula kehadiran mak cik tu tadi.

"This list is you." Wanita separuh abad tu memandang aku dari atas ke bawah ke atas semula.

Aku tak terkata. Tak ada satu perkataan atau kosa kata dalam kepala aku sekarang. Kosong. Aku hanya mampu terkebil-kebil tengok mak cik tu.

"Tinggi, ada dimple, wavy hair, ada facial hair, suka tolong orang, and.. You're a musician. Hadi tak pervert kan?" Duga wanita itu serius. Dikecilkan mata sepetnya, mamanah renungan tajam ke muka aku. Terbeliak mata aku dengar.

"Sumpah tak mak cik." Kedua tangan aku diangkat kat depan dada macam ada polis tengah tala mulut pistol kat muka aku.

Mak cik tu ketawa senang. "Mak cik tahu Hadi bukan pervert. Mak cik pandai baca orang." Dia menepuk bahu kanannya beberapa kali sambil mengenyitkan sebelah mata. Aku menarik senyum takut-takut. Sumpah orang tua ni menakutkan.

Mana ada lelaki dalam dunia ni tak ada syahwat. Dominan pulak nafsu yang tuhan kurniakan dalam naluri seorang lelaki. Tuhan tu kan adil. Dia bagi syahwat, tapi dia bagi juga tali pengikatnya, iman.

Macam kuda. Kalau dibiar liar tanpa tali pengekang, berderap laju kakinya memalu tanah dan sudah pasti penunggang akan jatuh terhumban, silap-silap terseret sekali. Tapi bila kuda dipasang tali pengekang, erat dan ketat tapi tak menyiksakan, selalu dirapi dan diuji keteguhannya, dah pasti kuda tu mudah dijinakkan, bijak, patuh dan takkan sekali ia biar kita jatuh.

"Silap-silap.... Hadi kenal anak mak cik tak?" Pertanyaan mak cik tu memadam jiwa filosifikal aku yang baru nak berfalsafah.

Aku menala pandangan aku ke wajahnya. Mak cik tu membesarkan matanya sebelum mengeluarkan telefon dan mula mencari sesuatu. Aku menelan air liur. Ah sudah. Jangan-jangan aku kenal tak. Classmate aku dulu ke? Aduh, ni yang aku semak ni.

"Ha ni anak perempuan mak cik." Skrin telefonnya ditunjuk kepada aku.

"Allahuakbar."

Hanya itu saja yang terlahir dari mulut aku. Pujian untuk Tuhan. 

A/U notes:

Teka siapaaaa...

Bayangkan kalau Hadi berjodoh dengan mak cik tu. Muhahahahaa. Komen komen.

KITAWhere stories live. Discover now