AKIRA 49

237 6 2
                                    

Setelah beberapa bulan berlalu, tiba bulan Ramadhan, bulan meraikan al Qur'an. Mama, Hidayah dan Hamzah sambut kedatangan bulan puasa di UK. Seminggu selepas insiden tab mandi tu, mereka semua pulang ke UK. 

Kata Tom, Harriet dan Henry dah sampai demam rindukan mummy diaorang. Aku syak Tom yang dah tak boleh tahan jaga si kembar double-trouble tu. Ah rindu pulak kat budak dua orang tu. Video call diaorang la.

"Tengok apa tu?" Suara dalam Hadi betul di telinga.

Tersentak aku dibuatnya. Telefon di tangan aku terlepas jatuh ke lantai. Hadi ketawa sambil bongkok mengutip telefon aku. Dibelek telefon aku sesaat dua nak pastikan dia tak perlu ganti baru. Setelah puas hati dia pulangkan balik telefon aku.

"Awak ni kan, suka tau terkejutkan saya." Aku mengambil telefon aku dari tangan dia sambil menayang muncung sedepa. Hadi menarik muka jelik. 

"Eleh kata kita. Awak tu lagi suka terkejutkan saya. Saya ni level jalanan je tau bandingkan dengan awak." Balas dia sebelum menarik aku rapat ke dada.

Aku ketawa besar. Memang aku suka terperanjatkan dia pun. Aku paling suka kenakan dia bila dia baru keluar tandas. Masa itulah terkeluar segala ilmu pertahankan diri dia. Hadi yang tak pernah belajar silat pun tiba-tiba boleh bersilat cekak bagai. 

Aku jungkit sebelah kening bila tangan dia mula merayau melingkari pinggang aku. Dah kenapa nak skinship bulan puasa ni?

"Tak puasa ke bang?" Soal aku sambil meratakan telapak tangan aku ke dada bidang dia.

 Aku biarkan tangan aku rehat betul di atas jantung dia. Bukan main laju lagi jantung dia berdegup. Aku tahan senyum yang menarik-narik pangkal bibir aku. Sungguh, aku masih tak sangka aku mampu beri impak besar kat Hadi. 

Sampai ke hari ni, setelah macam-macam benda yang dah berlaku, apa dah kami lalui, dia masih berdebar-debar setiap kali berada dalam satu radius dengan aku, dan aku juga setiap kali berada dalam proksimiti yang dekat dengan dia.

Hadi tergelak kecil sambil merapatkan hidung dia ke pelipis aku. "I love you." Ucap dia tiba-tiba. Kali ni aku tak dapat tahan senyuman yang meronta mahu berbunga di bibir. 

"Wow lain macam je ni. Okay awak nak saya masak apa untuk buka hari ni? Western? Kampung? Chinese? Indian? Japanese? All your favourite food?" Seloroh aku sambil melunakkan suara aku, berlagak termakan dengan sifat romantis dia.

Pecah lagi tawa Hadi. "I'm serious, sayang." Desis Hadi sambil melekatkan lagi aku ke dada dia. Aku mengetap bibir bila dia menaburi wajah aku dengan kucupan-kucupan halus. 

"Seriously awak tak puasa ke?" Aku cuba menjauhi wajah dia yang terlalu rapat. Lain macam betul laki aku ni. Risau pulak.

"Awak ni kan, cuba duduk diam-diam." Tangan kanan dia yang tadi melekat di pinggang aku dibawa ke belakang kepala aku, menghalang aku daripada menjauh. 

"Hadi!" Aku ternganga. 

"Shut up and kiss me." Tanpa menunggu reaksi aku, dia terus menyatukan bibir kami. Aku pejamkan mata dan biarkan suami aku menuntut hak dia.

Beberapa detik kemudian, Hadi melepaskan aku. Senyuman puas hati terpampang di wajah berjambang dia. "Baik awak cakap betul-betul. Awak puasa ke tak?" Aku meluruskan jari ke hidung pasak dia. 

"Saya puasa la. Apa la awak ni. Ada ke patut tanya soalan macam tu." Akui dia sambil menjeling aku.

"Dah tu. Dok peluk-peluk cium saya ni kenapa?" Giliran aku pula menjeling dia. "Awak isteri saya kot. Siapa lagi saya nak peluk-peluk cium?" Dia balas bijak. Aku gigit bibir bawah. Ni yang payah kahwin dengan lelaki cerdik.

KITAWhere stories live. Discover now