HADI 13

161 3 0
                                    

Sekarang

Segala pujian untuk Tuhan langit dan bumi.

Sekali lafaz. Sekali lafaz dan aku terasa belikat aku terletak satu tanggungjawab yang selamanya akan aku kendong. Aku menoleh ke kanan, ke arah Akira yang berbaju putih susu, berhijab ivori dan berveil menutupi kepalanya hingga ke punggung, sedang tunduk sambil mengesat tisu ke matanya. Dia menangis. Titisan air mata membasahkan pipi kemerahan dia.

Aku menahan diri dari meluru bangun dan pergi ke dia untuk mengesat air mata yang pertama kali mengalir kerana aku. Walaupun air mata gembira, entah kenapa hati aku menjerit tak mahu lihat pipi kemerahan dia basah dengan air mata.

Dia patut senyum, ketawa. It's her day. It's all for her.

Seolah dapat mendengar bicara hati aku, Akira mendongak, dan mata kami bertemu. Serta-merta aku merasakan berjuta-juta arus elektrik mengalir ke setiap urat saraf dalam tubuh aku menyusur ke jantung, menggetarkannya, menyuntik sesuatu yang menghangatkan, yang buat jantung aku terhenti sedetik, yang buat aku tak mampu berfikir. Otak aku seperti lupa nak berfungsi. Perhatian aku hanya satu, isteri aku.

Aku menarik nafas dalam-dalam dan aku lihat dia buat aksi yang sama. Bagus. Dia rasa apa yang aku rasa. Aku tarik senyum nipis sebelum bangun dan berjalan perlahan-lahan ke arah dia. Mata kami masih bertaut.

"Ada wudu'?" Tanya aku sebaik saja aku duduk melutut di hadapan dia. Akira aku lihat mengangguk sekali.

"Kita solat sunat sama? Sujud syukur sekali." Ajak aku lembut. Aku tengok dia berpakaian menutup aurat sepenuhnya. Stokin juga tak jarang. Jadi tak perlu dia pakai telekung.

Akira seperti memahami isi hati aku mengangguk sekali dan berdiri. "Awak lead la." Pinta dia malu-malu. Aku tersenyum senang. Suaranya sedikit serak barangkali sebab menangis.

"Mestilah sayang. Kalau awak yang lead, awaklah jadi suami saya." Aku memandangnya dengan ekor mata nakal.

Dia menjulingkan mata. Julingan pertama dia sebagai isteri aku. Tak sampai dua minit sah jadi milik aku dia dah tunjuk rasa menyampah. Cis. Aku sekadar tergelak kecil sambil berjalan ke saf paling hadapan. Setelah bersedia, aku menoleh ke belakang, ke kanan, ke wajah isteri aku.

"Okay?" Aku mengangguk.

"Okay." Dia mengangguk.

A/U notes:

I love watching, listening and reading about this moment. The nuptial. The nikah. 

Beautiful. 

Okay vote & review. I wanna hear your thoughts.

KITAМесто, где живут истории. Откройте их для себя