AKIRA 10

180 2 0
                                    

Dia ketawa dan aku tak mampu alihkan mata dari terus menikmati kedalaman lesung pipit parentesis yang terbenam di kedua belah pipinya.

Ya Allah Aki, dia pensyarah kau kot. He's the bloody Sir McGrumpy! Takkan ada spark kat mamat grumpy ni kot?

Aku menarik getah rambut dan membiarkan rambut aku mengurai melepasi bahu. Dalam kelas tadi, seperti dijangka, dari Hadi the busker, dia berubah jadi Sir McGrumpy.

Aku berdengus meluat lebih sepuluh kali. Satu kelas kena soal, kena maki dan kena jentik kepala, dan kali ni dia bagi soalan betul mencabar keimanan.

Can fish have a fever?

Kepala bana dia tanya soalan KBAT macam ni. Apa kena mengena ikan demam dengan biomolekular? Markahnya 30 markah pulak tu! Wargh betul rasa nak nangis. Lagi seronok, dia suruh hantar esok pagi pukul 7 tepat di pigeon hole dia. Aduhai. Haru dapat pensyarah zalim macam ni.

Sejurus selepas dia bagi assignment gila ni, sempat dia menghantar pandangan 'kata-aku-SirMcGrumpy-lagikan-sekarang-rasakan!' ke arah aku.

Sabar, sabar.

Tapi ada satu benda luar alam berlaku dalam kelas tadi. Hadi langsung tak soal Ben. Semua orang ditargetnya kecuali Ben. Musykil. Lagi memusykilkan adalah bila Ben diam dalam kelas.

Langsung tak berbunyi. Kalau tak, ada saja bunyi dia hasilkan. Kentotlah, kaki kerusi menghentak lantai (sebab dia suka jungkit kerusi), pen tergolek atas meja dan paling selalu, bunyi dengkuran.

Tapi kelas kali ni, Ben pelik. Satu ayat saja lahir dari bibir dia, itu pun di awal kelas bila dia tanya, "Hadi nak apa dengan kau?" Itu saja. Lepas tu dia terus menyepi.

Aku mendongak apabila pintu bilik aku terkuak dan umi berjalan masuk ke dalam. Memori dalam kelas semakin kabur dan akhirnya kembali tersimpan jauh dalam peti memori. Penuh santun umi melabuhkan punggung di atas katil, menghadap aku yang sedang bersila di atas kerusi di meja belajar.

Bedak sejuk yang tertepek di serata wajah umi aku pandang sekilas. Rahsia umi kekal jelita, bedak sejuk. Kata umi, bedak sejuk ni yang ikat ayah. Jadahnya. Bedak sejuk je pun. Bukan susuk ke nasi kangkang ke apa.

"Banyak homework ke?" Umi memulakan perbualan. Aku angguk sekali. Aku tahu apa butir bicara umi. Apa lagi kalau bukan projek mencari jodoh dia tu.

"Aki." Panggil umi lembut.

"Hm." Sahut aku pula.

"Mana yang berkenan di hati?" Tak bertapis, direct terus umi tanya. Aku sebenarnya awal-awal lagi dah sedia nak hadap pertanyaan umi ni tapi aku tak jangka umi akan selancang ni. Betul-betul tak sabar nak bermenantu.

"Umi, Aki sayang umi. I really do but your choices stink." Komen aku jujur, tanpa tapis tanpa ihsan. Tangan kanan umi terlekap ke dada.

"Seorang pun tak berkenan?" Mata sepet umi terbuntang luas. Aku menggeleng.

"Umi tanya Fyn. She was there. They were all.... Entahlah umi. Semua tak boleh pakai." Dalam diam aku bersyukur umi pakai bedak sejuk setebal alam. Sekurang-kurangnya aku tak nampak riak kecewa yang sering umi tampal untuk mencairkan hati anak-anak dia.

"Takpa. Umi tapis lagi ya."

Okay, itu aku tak jangka. "Umi, please." Aku hampir melutut atas lantai. Wajah umi aku tatap lama. Assignment 30 markah di atas meja dah dilupakan.

"Aki, umi risau. Aki tak pernah bercinta, kawan lelaki bersepah tapi semua kawan. Cakap dengan diaorang pun bro sana bro sini. Aki, biar umi tolong Aki ya nak?" Pujuk umi beriya. Aku melepaskan satu keluhan berat.

KITAWhere stories live. Discover now