HADI 28

173 3 0
                                    

"Don't forget to submit your draft next Friday." Pesan aku pada Liam, pelajar seliaan aku yang juga merupakan pelajar tahun akhir Biomedikal, selepas satu jam berbincang tentang perkembangan kajiannya. 

"Would you like a hard copy or should I email it to you?" Tanya dia sambil mengemas jurnal dan artikel rujukan dia ke dalam sebuah fail plastik sebelum disimpan fail itu ke dalam begnya. 

"Both." Balas aku pendek. Dia terangguk-angguk faham.

"One more thing doc, would you like me to inform Siti Nur and Preeti as well?" Dia berdiri sambil menggalas begnya ke bahu. 

"I already informed them. Thanks L." Aku menggeleng. Senang hati dapat pelajar bertimbangrasa dan pandai berdikari macam Liam ni. Tak menyusahkan.

"Okay Dr. See you next Friday. Selamat berbuka." Liam menghadiahkan aku segaris senyuman nipis sebelum keluar dari bilik. Ingatkan bulan puasa, jadual aku tak akan padat, makin sibuk lagi ada. 

Aku tutup laptop dan capai telefon bila notifikasi Whatsapp aku berbunyi. Aku buka Whatsapp dan serta-merta bibir aku membuah senyum sejurus lihat pemberi mesej. Arij. Lama tak dengar khabar perempuan ni.

Ir_Chanel: Moshi-moshi doc, are you there? 😁 😁 😁

Hadi: Still alive. Puasa tak?

Ir_Chanel: Doc, you shouldn't ask a girl that question

Hadi: My bad. Sihat Arij?

Ir_Chanel: Fantastic. Doc, I ada good news!

Hadi: Dah nak kahwin ke?

Ir_Chanel: Bukanlaaaa. I kan tunggu you pinang I 😝 😝 😝

Hadi: OK bye

Ir_Chanel: Oh chill out. Doc, I balik Malaysia tak lama lagi. Yayyyyy!!

Hadi: After raya or before?

Ir_Chanel: After la. Lepas tu you terus hantar rombongan tau

Aku menjulingkan mata. Tak habis-habis mengusik menggatal macam ni. Kalau dia tahu status dan identiti aku, tak tahulah reaksi dia macam mana.

Hadi: Rombongan Grab car jemput you kat airport? Haha

Ir_Chanel: Kejam!

Hadi: How come boleh balik awal? Kata hujung tahun ni

Ir_Chanel: Aww... You ingat. So sweet 💓 💓 💓

Hadi: I've photographic memory remember?

Ir_Chanel: Cocky git. Dari dulu sampai sekarang, tak ubah ubah

Ir_Chanel: Mentang-mentang doktor

Ir_Chanel: I wonder bila tuhan nak hentak your big head dengan langit 😵

Aku ketawa baca sebelum balas laju. Jarang Arij mencarut atau mengeluarkan kata-kata kesat. Bila aku mencarut pun dia dah bising. Jadi bila dia sendiri yang mencarut, satu benda yang luar biasa.

Hadi: Where did you learn to curse like sailors?

Ir_Chanel: I learned from you la

Hadi: Bila balik sini?

Ir_Chanel: Surprise! 😜😜😜

Aku menjulingkan mata. Baik tak payah cerita kalau nak buat kejutan.

Ir_Chanel: Unless kalau you dengan rombongan meminang datang jemput I

Hadi: Banyaklah you. Btw, I pun ada surprise for you

Ir_Chanel: Really? Apa dia???

Aku sengaja ambil masa untuk balas, mendera perasaan dia. Aku tunggu beberapa minit sebelum Arij menghantar mesej, menggesa aku bagi respons pada persoalan dia.

Ir_Chanel: Oi doc. Apa dia? Don't you dare run away! 😠

Ir_Chanel: Doc! I'm gonna drop the F bom if you didn't tell me now

Aku ketawa besar baca amaran daripada gadis itu. Mental punya kawan.

Hadi: I gotta go. You'll get your surprise when you get here. Bye!

Aku terus tutup data sebelum ketawa lagi. Dapat aku bayangkan wajah berang Arij sejurus dia baca mesej terakhir aku tu. Aku tak terkejut kalau dia betul sembur bom F berkajang-kajang. Aku simpan telefon dan menyorotkan pandangan ke kalendar di atas meja. 

Hm, sejak beberapa hari ni aku dan Akira masing-masing terlalu sibuk dengan jadual sehinggakan kami tak ada masa nak duduk luangkan masa bersama.

Akira sibuk dengan sorting serangga dia, tambah pula dengan lambakan tugasan dan projek, aku pula sibuk dengan viva pelajar tahun akhir. Sampai rumah, selepas berbuka dan berterawih, kami berdua dah kepenatan, terlalu letih untuk curi masa bersama. Aku membelek kalendar lagi.

Hari ini hari presentation kelas Molecular Biology. Tujuh orang pelajar, tujuh presentation. Kelas aku mula pukul 2.30 petang. Aku kerling jam yang membelit pergelangan kiri aku. Pukul 12.30 tengah hari. 

Terus aku keluarkan semula telefon dan mendail nombor Akira. Aku tersenyum saat mendengar suara lunak dia memberi salam. 

Aku jawab salamnya sebelum bertanya, "Kat mana?" Dia tak balas. 

"Hello? Sayang?" Aku menjarakkan telefon dan lihat skrin. Masih berhubung. Kenapa dia diam?

"Are you there?" Rasa bimbang mula merangkak ke dalam hati aku. "Ya, ya saya dengar. Sorry. Kenapa sayang?" Akira bertanya setelah beberapa saat dia tidak bersuara. 

"Kat mana tu?" Aku bertanya lagi. 

"Library. Kenapa?" Balas dia pendek. "Library fac?" Aku dapat bayangkan dia mengangguk bila dia sekadar balas, "Hm." Bibir aku menggulum senyum. Dah faham perangai isteri aku. Kalau dia dah hadap kerja, jangan mimpilah dia nak pandang kiri kanan.

"Okay tak nak kacau awak. Jumpa nanti." Aku terus mematikan talian sebelum sempat dia balas apa-apa. Beberapa saat selepas aku menekan butang merah, telefon aku berbunyi dan nama Akira terpapar pada skrin telefon. Aku membiarkan senyuman kemenangan tergantung di pinggir bibir aku.

"Sayang, kenapa awak call?" Suara dia sarat dengan tumpuan hanya untuk aku. Kerjanya dah ditolak tepi sebentar. Rasa bersalah la tu. Aku tersenyum lagi. 

"Saja. Rindu." Balas aku sambil menjungkit bahu. Akira tidak berkata apa-apa untuk beberapa saat. Hanya deru nafas dia saja kedengaran.

"Rindu awak jugak." Bisik dia akhirnya. Aku membiarkan senyuman nipis bermain di bibir aku. "Takpalah. Awak sambung buat kerja. Bye love." Kali ni aku tunggu balasan dia. 

"Bye, sayang." Ucap dia sebelum menamatkan perbualan.

Dekat perpustakaan? Hm. Aku tersenyum panjang.

A/U notes:

I love the naughty Hadi.

Do you?

Komenlaaaa. and vote

KITAWhere stories live. Discover now