HADI 30

197 2 0
                                    

Aku menyandar pada kerusi sambil melempar pandangan takjub ke arah isteri aku yang sedang asyik menyumbat makanan ke dalam mulut munggilnya. 

Daripada kurma tujuh biji, waffle (kegemaran kami) sebagai pembuka selera, briyani kambing (kegemaran dia) sebagai menu utama, sampailah apam balik (kegemaran dia juga) sebagai pencuci mulut. 

Sekarang ni dia sedang leka menikmati fruit salad, selepas dah telan semua makanan aku sebut tadi. Kebulur betul isteri aku ni.

"Slow down tiger. Ada nanti orang ingat saya tak bagi bini saya makan sebulan." Sebelah kening aku lengkung ke atas dan aku biarkan senyuman menyakat menghiasi bibir aku. Akira berhenti menyuap buah ke dalam mulut dia. 

"Apa? Saya puasa tau." Rengek dia persis budak kecil.

Mengadanya. Aku perasan sejak dua menjak ni perangai manja dia semakin menjadi-jadi. Cepat sangat tersentuh hati. Sensitif bukan main. Dah tu emosi berkecamuk. Baran bukan main. Ada saja benda dia tak puas hati. 

Lepas tu sekejapan ketawa pulak. Lima minit kemudian, menangis. Pening kepala aku nak melayan mood swing dia. Boleh kata hampir setiap hari aku dengan dia akan bertikam lidah, sesaat kemudian, berbaik semula.

"Saya tahu awak puasa. Saya tak larang pun awak makan. Saya just mintak awak kunyah perlahan-lahan sikit. Kalau tercekik nanti siapa susah? Saya juga." Aku tergelak kecil bila raut wajah dia berubah ceria sejurus dengar kata-kata aku. 

"You love me." Dia menyebut fakta yang dia tahu takkan pernah berkurangan.

Aku perhatikan dia menyumbat buah kembali ke dalam mulutnya. Tengok, sekejapan mood dia berubah elok. Aku mengusap jambang yang tumbuh di serata rahang aku sambil memerhatikan dia lama.

Ada sesuatu yang berlainan tentang Akira. Aku mendorongkan tubuh sedikit ke hadapan sebelum menongkat dagu atas telapak kanan, memerhati lagi. Ah, pipi dia makin chubby, dan wajah dia yang sedia bulat semakin bulat. Berat dia makin bertambah ke?

Bulan puasa ni memang selera dia makin tinggi. Sekejap-sekejap dia ke dapur cari makanan. Malam-malam mengunyah biskut cicah Milo suam sambil baca buku sebelum tidur. Siap tak offer biskut pada aku pula tu. Bila aku minta, dia suruh aku ambil sendiri di dapur. Hampeh punya bini. Kedekut tahi hidung masin.

Mata aku mendarat pula pada lehernya dan ke bawah. Baru-baru ni aku perasan perubahan biologi tubuh wanitanya. Bahagian dadanya bertambah isi, pinggulnya sedikit melebar dan tubuhnya dia semakin sensitif dengan sentuhan aku daripada biasa. 

Sejujurnya, aku sangat berbesar hati dengan perubahan tubuh dia jadi sama sekali aku takkan merungut atau lontar kritikan. Aku tak suka perempuan aku kurus kering macam tak cukup makan.

Lagi apa yang lain tentang dia?

Muka dia nampak berseri-seri dan kemerahan. Ya, satu macam aura terpancar dari wajah polos dia. Aku mengerutkan dahi. Aku tahu dia suka bulan Ramadan, tapi siapa tak suka bulan penuh sakti ni? Apa sebenarnya yang buat dia bahagia sangat? 

Aku dan dia jarang meluangkan masa bersama. Takkan sebab tu dia bahagia? Mustahil. Aku menggeleng kepala, cuba menafi. Tak mungkin Akira bahagia tak dapat luangkan masa dengan aku.

Aku dan Akira masih mengamalkan rutin harian kami walaupun jadual agak padat. Solat Subuh dan Isya' masih dilakukan secara berjemaah, sama-sama berterawih di masjid, sahur dan berbuka puasa pun masih semeja. Malah, setiap minggu aku dan dia bersama secara intim. 

Aku menelan air liur. Setiap minggu aku dan dia bersama. Setiap minggu—manja, selera makan tinggi, berseri-seri, mood swing, perubahan tubuh dia, setiap minggu bersama....

Aku menarik nafas dalam-dalam. "Sayang." Panggil aku perlahan.

Ketegangan yang menyalut suara aku membantutkan selera makan dia. Akira mendongak, memandang aku pelik. 

"Kenapa?" Soal dia sambil meletakkan garfu di atas meja, sebelah mangkuk fruit salad. Wajahnya tercalit sedikit riak kebimbangan tengok wajah aku yang berubah putih.

"Bila last awak period?"

A/U notes:

Hadi seorang yang observant and attentive sangat. 

Both husband and wife kena ambil berat pasal women cycle. Setiap perempuan ada kitaran dia sendiri.

Generally kita ambil masa 28 hari kitaran. Kenapa husband pun kena tahu? Sebab we share lives together. And, if you're trying, lagilah kena tahu ya.

1st day period / menses marks the first 1st day female cycle, as shown in the cycle below.

1st day period / menses marks the first 1st day female cycle, as shown in the cycle below

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Contoh atas ni tunjuk tempoh masa period around 7 days. During menses, our uterine lining breaks down and sheds blood, hence you have to wear pad.

Day 8 onwards, you stop bleeding, dah boleh solat, your uterine lining starts to repair itself and thicken.

Around day 11 - 16, this is when you're most fertile. So kalau nak buat anak, during this period is the best to be filthy bunnies okay >_< (sorry, I can't help being crude, haha). Highest chance to be knocked up, I tell ya.

Your uterine lining will keep on thickening and maintaining its thickness to prepare for potential pregnancy. 

If a sperm (or multiple) has successfully seduced your egg(s), then the thickened uterine wall is prepared for a potential pregnancy.

If no egg being seduced, la tahzan, you can always try again and again. So eventually, when your body realizes, confirm memang takkan ada potential pregnancy, the thickened wall is no longer serving its purpose, so it'll be shed as your period. 

The cycle resumes again and again.

Vote and komen.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

**PIC above is adorable, can't help it. It's probably how Hadi watches Akira eats. LOL

KITAWhere stories live. Discover now