AKIRA 58

163 6 3
                                    

*Updated 18/10/2022*

Belum pernah aku rasa kesakitan seteruk ni. Setiap contraction seperti ada pisau yang mencakar rahim aku. Sakitnya tak terperi, seperti period pain tapi beratus kali ganda. 

Aku tarik nafas dalam-dalam bila contraction berhenti menyerang. Aku menarik senyuman nipis saat terasa bibir Hadi tak henti membaca ummul kitab di telinga aku.

Hadi langsung tak panik. Aku dapat rasakan dada dia berdebar-debar tapi dia masih kekal tenang, tak pernah tinggalkan aku walau untuk ke tandas sekalipun. Tangan dia setia mengurut pinggang dan bahu aku, cuba melegakan peritnya contraction yang menyerang otot dan sendi-sendi aku.

What did I do to deserve this man?

Aku tahu dia tersentak bila aku minta maaf kat dia. Aku nampak di mata perang dia, emosi yang bergelut, menahan dirinya dari berderai di depan aku. Bila dia ucapkan dia redha akan aku, hati aku terasa ringan. Bila bibir dia mengucup dahi aku, ketika itu, semua sakit yang mencarik tubuh aku hilang. Aku damai dalam dakapan cinta suami aku.

"I love you." Bisik aku, memejamkan mata. Hadi tak balas dan dia tak perlu luahkan hati dia pada aku. Dia tunjuk kat aku dan tu lebih dari segalanya.

~*~

"Doktor, I can't... Sakit doktor. Saya tak larat... Saya tak boleh..." Aku menggeleng kepala. Segala kudrat yang aku ada habis aku gunakan untuk meneran dan menahan kesakitan yang semakin berganda. Aku sandarkan tubuh aku ke bantal. Aku tak larat dah nak meneran lagi.

Hadi memujuk aku. Dia tarik aku duduk, tangan dia berbirat aku kerjakan tapi dia masih tak lepaskan aku. Bila dia cakap dia boleh nampak kepala anak kami, satu perasaan aneh meresap ke dalam dada aku. Anak aku.

"Akira, push now. The longer you wait, the higher the risk of your baby suffocating."

Amaran yang lahir dari mulut Dr. Hanisah buat aku tersedar. Anak aku lemas? No, no, no. Aku rela korbankan diri aku dari anak aku lemas kerana kelemahan aku. Aku kumpulkan segala kudrat yang masih berbaki dan aku teran sekuat hati.

"Alhamdulilah, congratulations Akira. It's a healthy baby girl."

Healthy baby girl? 

Aku tersandar pada bantal. Anak aku, anak perempuan aku, sihat dan selamat. Aku tak mampu tahan air mata bila doktor meletakkan anak aku di atas dada aku. Kulitnya berkedut dan bersalut vernix, pipinya bulat dan kemerahan. Rambutnya hitam dan lebat. Bibirnya juga kemerahan. 

Hati aku jatuh cinta serta-merta. Hilang segala kesakitan yang menyusutkan nyawa aku. Aku tahu ketika itu, aku sanggup buat apa saja untuk bahagiakan anak aku. Ya Allah, aku sanggup korbankan seluruh isi dunia untuk anak aku ni.

"Assalamualaikum sayang, anak ibu." Aku kucup hidung butang dia. Bau bayi baru lahir semerbak harum mendamaikan hati aku yang sarat dengan rasa cinta dan mahu melindungi si kecil dalam dakapan aku ni.

"She's beautiful." Hadi berbisik sambil mengucup pelipis aku. Aku tersenyum bila dia ucap, "You did it." sebelum menyatukan bibir kami. Aku menyeka air mata di pipi dia. 

"We did it." Balas aku sebelum kembali menatap wajah indah anak kami. Beberapa saat kemudian, anak aku diambil untuk diperiksa dan dibersihkan. Aku berkerut bila terasa sakit yang mencengkam abdomen aku saat jururawat menekannya untuk membantu mengeluarkan uri dari dalam rahim aku.

"Keras abdomen patient doktor." Beritahu jururawat. Nadanya bersalut bimbang. Aku terasa kepala aku berpinar. Sakit di abdomen aku semakin berganda dan nafas aku terasa berat. Aku tercungap-cungap, cuba menarik bergelen oksigen ke dalam paru-paru aku yang berusaha keras mengembang dan mengecut.

Aku melihat anak aku dalam dakapan Hadi, sedang diazan dan diqamatkan. Perlahan-lahan bibir aku mengukir segaris senyuman nipis. Setiap detik hidup aku bersama Hadi terimbas di balik mata aku.

Pertemuan kali pertama kami di kolam fountain, Hadi dan beanie hitam dia. Sir McGrumpy dalam kelas, mencuri-curi pandang aku. Hadi dan aku berkongsi hangat di atas barcalounger, menikmati keindahan langit malam. Hadi memeluk aku saat aku tak mampu tampung diri aku sendiri. Hadi menaburi wajah aku dengan kucupan halus dia. Hadi menyeka air mata aku. Hadi menangis dalam pelukan aku.

Hadi, suami aku.

"Allah..." Aku pejamkan mata.


A/U notes:

Vote and komen, kalau mampu...

P.S The next chapter will be the final one. 

Terima kasih banyak korang sudi pegang tangan I dan lalui sama-sama perjalanan cerita hidup Hadi & Akira. I am truly humbled and I appreciate each of your votes and comments.

Rajin-rajinkan la share cerita ni kat orang ya. I dalam  proses mengedit manuskrip nak hantar ke publisher. Hopefully ada rezeki ya. Mohon doa korang semua.

I'll update the ABHT & Hilang insha Allah tapi tak janji anytime soon sebab I kena prepare proposal nak daftar next month. Wish me the best.

Again, thank you all. <3

XOXO

KITAWhere stories live. Discover now