HADI 47

162 3 0
                                    

"Is my sweet Akira alright? Where is she?" Mama yang sedang menuangkan air masak ke dalam gelas bertanya bila aku masuk ke dapur. Gelas tu dihulurkan kepada aku. "Dia tengah mandi." Balas aku sebelum meneguk air.

"She's getting better. I promise she'll come around soon, insha Allah." Pujuk mama sambil menempel satu ciuman ke dahi aku. Aku tak berkata apa-apa, sekadar mengamin dalam sanubari. Aku belum sedia untuk bercerita tentang insiden positif tempoh hari. Aku tak nak melangit tinggi berharap.

"Masak apa, ngah?" Aku melempar pandangan ke arah Hidayah yang sedang mengacau sesuatu di dalam kuali, mengalih topik. 

Dia baru sampai dari England dengan Hamzah semalam. Tom jaga anak-anaknya di England. Aku bersyukur dapat adik-adik yang mengutamakan keluarga dari segalanya. Hari tu dia dah cuti sebulan. Ni untuk beri sokongan moral kepada aku dan Akira, dua-dua adik aku ambil cuti lagi.

"For my dear ayong, I'm making my signature dish." Balas Hidayah sambil mengenyitkan mata. Aku menarik senyuman separuh. 

"Bubur ayam Maccy?" Usik aku sambil jalan merapati dia sebelum menjengah ke kuali. Bau macam bubur ayam McDonalds.

"Kepala kau long bubur Maccy. I wouldn't step that low." Hidayah menjeling aku dengan ekor mata dia. 

"Lain macam je bau." Aku mengerutkan hidung, masih lagi dalam mode menyakat. Terus Hidayah menyiku perut aku.

"Hey rasa dulu baru judge okay!" Adik aku menolak aku jauh dari hasil karya dia. "Poyo." Aku menjulingkan mata. 

"Dia dah improvise bubur dia long. Sejak-sejak jumpa Jamie Oliver like 3 seconds hari tu, dia rasa diri dia apprentice mamat tu. Did you know she's started growing her own greens in her yard?" Hamzah muncul dengan mulut penuh dengan tart nenas.

"It's organic and cheap, so shut up about it." Hidayah berdesis sambil mengacah mahu pukul Hamzah dengan senduk di tangan dia. 

"Kau beli ni?" Aku jeling beg plastik penuh dengan kuih raya di tangan adik bongsu aku. Hamzah mengangguk.

"Puasa pun belum cik." Mama buat bunyi 'tsk' sambil geleng kepala, jelas tak berkenan dengan tingkah anaknya memborong kuih raya. 

"My friend's a baker. I'm just helping a friend." Balas Hamzah cuba berlagak selamba.

Aku, Hidayah dan mama saling berpandangan. "Helping a friend, my arse." Cemuh aku selamba. Aku menarik pinggir bibir, mengusik nakal. 

"Language long." Mama menegur sambil kerling aku dengan ekor mata biru-kelabu dia. Aku sekadar ketawa kecil sambil mengangkat kedua tangan.

"So cik, does this baker of yours has a name?" Mama bertanya sama nakal sambil bermain kening. "She's only a friend. Bugger off nosy people." Hamzah menjulingkan mata bila mama dan Hidayah pasang muka jelik dengar kenyataan yang keluar dari mulutnya. Jawapan artis.

"Kawan je konon. Hey carrrot head, money can't buy love. Setakat beli kuih raya berbalang-balang, kau ingat kau boleh beli hati dia?" Tegur Hidayah sambil menjegilkan mata. 

"Sod off ngah." Desis Hamzah sambil meletakkan balang kuih raya yang dibelinya di atas meja. Mata dia mengimbas sekeliling.

"Where's ayong?" Tanya dia tiba-tiba. 

"Kata dia tengah mandi. Eh long, tak rasa macam dah lama sangat ke ayong mandi?" Hidayah melontar pandangan penuh bimbang ke arah aku. Aku mengangguk setuju. 

"I'll go check on her." Aku pegang tangan mama untuk beberapa saat sebelum berjalan ke bilik.

"Akira?" Aku tolak daun pintu dan mata aku menangkap katil kami yang kosong. Masih dalam tandas lagi ke? Aku melangkah ke bilik air dan perlahan-lahan aku ketuk. 

"Sweetheart? Are you done?" Aku bertanya kuat. Bila tiada jawapan dari dalam, aku mula rasa tak sedap hati.

Ya Allah... Janganlah peristiwa malam tu berulang lagi. Aku memaksa denyut jantung aku ke kadar normal sambil perlahan-lahan aku tolak pintu bilik air. Kosong. Eh mana isteri aku pergi? 

Aku masuk ke dalam bilik air dan menjengah ke dalam tab mandi. Lega hati aku lihat Akira sedang berendam di dalam air.

"Akira." Aku panggil nama dia. Bila dia masih tenggelam di dalam air, tidak bergerak, tidak menyahut, tiada buih-buih di permukaan air dengan mata terpejam, jantung aku serta-merta berombak kencang. 

Sepantas kilat aku tarik tubuh dia ke udara sebelum menggoncang kasar bahu dia.

"Akira!" 

A/U notes:

Please don't hate me. HAHAHA

vote and comment kat bawah.

KITAWhere stories live. Discover now