AKIRA 11

176 4 0
                                    

Masa berhenti. Aku berani bersumpah, masa berhenti. Angin berhenti bertiup. Burung berhenti berkicau. Ikan di kolam berhenti mengocak air dengan ekornya. Air berhenti mengalir. Manusia berhenti makan.

Dan aku, aku berhenti bernafas. Aku berhenti berfikir. Aku berhenti menafikan perasaan aku pada lelaki yang sedang duduk setentang dengan aku. Dada aku terasa hampir meletup. Aku yakin dia boleh dengar kerakusan jantung aku menghempas tulang rusuk. Mustahil dia tak dengar. Mustahil dia tak tahu aku...

"Dah hilang dah." Ujar Hadi tiba-tiba.

Serta-merta mengembalikan detik kepada masa. Aku terkelip-kelip memandang dia.

"Apa dia?" Aku menyoal hairan.

"The great big vein on your forehead." Dia menala jari telunjuknya ke arah dahi aku. Refleks tangan aku terus memegang dahi. Hadi ketawa kecil melihat tindakan aku tu.

"Dah tenang dah?" Tanya dia lembut. Suara dalam dia dilembutkan. Ya Allah...

Jantung aku semakin rakus menghempas rusuk. Aku menarik nafas dalam-dalam. Tanpa aku sedar tangan kanan aku melekap ke dada, cuba menenangkan segumpal otot itu.

"It's the spark isn't it?" Hadi aku lihat sedang memandang tangan yang melekap di dada aku. Aku menelan air liur. Kenapa dia ni cerdik sangat? Boleh baca aku macam baca buku.

"Saya tahu awak rasa spark dengan saya. Macam mana awak rasa spark masa awak nampak skirt kelabu awak tu, macam tu awak rasa dengan saya. Kan?" Anak mata dia bergerak ke atas, ke arah mata aku.

Skirt kelabu? Dia ingat...

"Make me the happiest man, Akira. Grow old with me. Share your life with me. What do you say?" Hadi masih mengekalkan renungan lembut dia.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Dia melamar aku. Dia betul-betul melamar aku. Kat The Mad's Lab Kafe pulak tu!

"Jumpa ayah dengan umi saya dulu." Aku tak mahu mengiyakan apa yang dia kata. Jadi aku cakap apa yang aku rasa boleh beritahu dia jawapan aku secara tak langsung.

Hadi aku lihat mengoyak senyum lebar. "Kenapa senyum-senyum ni?" Aku mengecilkan mata, memandang dia penuh sangsi.

"Dah jumpa pun." Kata dia selamba.

Apa dia? Apa dia cakap?

"Apa awak cakap?" Aku tak berkelip tengok dia.

"Saya dah jumpa ayah dan umi awak." Dia mengulang tanpa rasa bersalah. Aku mengesat manik peluh yang mula mengalir di pelipis dengan hujung lengan baju.

"A-Awak.. Awak dah jumpa a-ayah dan u-umi saya?" Tergagap-gagap lidah aku membentuk perkataan. Hadi mengangguk.

"They've given us their blessings. Sebab tu saya berani tanya awak." Ujarnya tenang, tenang macam anak sungai.

Aku pula dah bergelora macam tsunami, ribut, gempa bumi bagai. Aku terkebil-kebil tengok dia dengan mulut ternganga luas.

"Ha? Umi.. Umi dengan ayah bagi blessing?"

Ya Allah.. Ya Allah...

Aku serius tak boleh hadam apa-apa dah. Belum sempat dia balas apa-apa, aku dah menggoyang kedua tangan sambil menggeleng kepala.

"No, no, no, awak.. Saya kena... Saya nak...."

Dan aku terus bangun meninggalkan dia dan waffle di kafe.

A/U notes:

Hadi is an opportunist. He'll make sure he always gets what he wants.

Vote & write your heart content down below. I wanna read them.

KITAWhere stories live. Discover now