AKIRA 35

173 2 0
                                    

Bila dia kenyit sebelah mata, hati aku masa tu berbunga riang. Tak sia-sia aku kendong anak dia dalam perut. Sepanjang tiga jam kelas, aku tak boleh berhenti menahan bibir aku dari mengerekot ke atas, tersenyum sampai kebas pipi. Pujian Hadi tadi betul buat aku terbang ke langit, ke pelangi dan bermain dengan unicorn.

"Tak cramp ke mulut kau Aki?" Ben menyiku aku dari tepi. Terus berlipat leher aku tengok dia. 

"Apasal pulak?" Soal aku bersama kerutan tebal di dahi.

"Yelah tersenyum-senyum macam orang gila dari tadi. Lepas tu dok usha laki kau tak habis-habis. Aku tak terkejutlah weh kalau satu kelas tahu pasal kau dengan dia." Komen dia sinis. Aku berdesis kuat sambil mengacah mahu pukul dia.

"Kalau kau tutup mulut tempayan kau tu, tak ada la orang tahu ngok!" Marah aku. Ben menarik muka jelik.

"Aku nasihat je. Jangan obvious sangat. Nanti kantoi, kau yang susah." Pesan dia lagi. Aku baru nak balas bila Hadi menegur dari depan kelas.

"Am I not entertaining enough for the both of you?" Setajam parang kesinisan yang membalut lontaran soalan dia. Aku dan Ben saling berpandangan. 

"Sorry Dr." Jawab kami serentak. 

"Focus Akira. Being pregnant shouldn't make you one lazy brat." Perli Hadi bersama jelingan tajam.

Aku menahan sebal yang mula tumbuh dalam hati aku sebelum memaksa diri mengangguk sekali. "I'm focused, Dr." 

Hampir aku menyumpah Ben yang dah separuh mati menahan gelak di sebelah. "Diamlah bodoh. Nanti kita kena lagi kau nak tanggung ke?" Desis aku rendah di sebalik gigi yang diketap rapat.

"Kau mengandung anak dia pun dia still layan kau macam tahi kan?" Komen Ben jujur dan ikhlas. 

Aku mengetap luat gigi. Ada makan kaki ibu mengandung aku ni kang budak ni. "He's Sir McGrumpy, what do you expect?" Desis aku lagi.

"Aku cakap je." Balas Ben malas. Bahunya dijungkit ke atas.

"Tak payah cakap. Aku tak nak dengar kau cakap." Bentak aku. 

"Fine." Ben memeluk tubuh sambil mula menjungkit kerusi. 

"Fine!" Aku nak jungkit kerusi juga, tapi aku takut kaki kerusi patah dalam cubaan aku nak menjungkit. Jadi aku toleh muka aku ke depan, ke arah Hadi yang sedang merenung aku dan Ben tajam.

"Dah habis?" Soal suami aku dingin macam ais. Satu kelas senyap, takut jadi mangsa amarah Hadi. 

Aku tarik senyum tak bersalah. "Dah, Dr."

"Can I proceed?" Sinis. Sangat sinis. Nyaris bernanah telinga aku dengar.

"Silakan Dr." Balas aku cuba berlagak selamba.

Dan aku dibalas dengan jelingan maut oleh Hadi. 

A/U notes:

I found pleasure writing about their banter. LOL

Vote vote vote!

Komen komen komen!

KITAWhere stories live. Discover now