HADI 26

202 4 0
                                    

Lepas ke pasar, aku dan Akira ke rumah ayah dan umi, nak beri sedikit lauk-pauk yang kami beli di pasar tadi. Sementara Akira dan umi berpadu tenaga memasak di dapur, aku, ayah dan Naufal pula bertukang di laman rumah.

Ayah pasang angan-angan besar nak bina satu lagi gazebo from scratch. Katanya kudrat empat kerat masih mutu, buat apa nak bazir-bazir upah orang lain binakan. Aku dan Naufal iyakan saja. Walhal gazebo yang dah sedia ada ni dia upah orang. Kayu untuk jadikan platform sudah ada. Hanya tinggal untuk disambung, dipakukan dan ditinggikan sebelum dipasang atap.

Sejam setengah berpanas terik, Naufal akhirnya menyerah kalah. Dia bagi alasan nak buang air sebelum cabut masuk ke dalam rumah tanpa toleh ke belakang. Sampai sudah batang hidung Naufal tak kelihatan. Ayah hanya mampu geleng kepala tengok perangai tak semegah anak lelaki dia.

"Tak boleh pakai punya anak." Gumam ayah sambil mengesat peluh di dahi dengan tuala Good morning yang tergantung di lehernya. Aku sekadar ketawa kecil mendengar luahan hati ayah mertua aku.

Tak sampai setengah jam kemudian, aku dan ayah serentak menoleh bila Akira keluar sambil tatang sedulang jag berisi air sirap ais. Embun air sejuk yang menitis di luar jag, tambah pula dengan bunyi ais berlaga, fuh, mencabar keimanan sungguh. 

Terus kami berhenti bertukang untuk melegakan kekeringan tekak. Masha Allah. Nikmatnya teguk air sejuk bawah terik matahari ni. Aku terus teringat doa Nabi Daud as yang sering ditadahkan kepada Pemilik segala cinta,

'Ya Allah, jadikan cinta aku kepada-Mu melebihi cinta aku pada harta, keluarga dan air yang dingin.'

Tengoklah betapa nikmatnya pekena air dingin, nak-nak masa matahari mencanak naik atas kepala. Peh. Boleh buat gaduh kalau tak dapat. Betapa dahsyatnya intipati dan hikmah di sebalik doa Nabi Daud as ni. Nabi Daud as terlalu inginkan mencintai Allah lebih daripada nikmat-nikmat dan keperluan hidup sehingga dia mohon pada Allah supaya suburkan cinta pada-Nya dalam hati dia melebihi segala-galanya termasuk air yang dingin. Dalam doa ni jelas tak nafikan kejadian manusia yang cenderung pada harta, keluarga dan nikmat yang memenuhi perut.

Aku tersenyum bila isteri aku menghulurkan sehelai tuala bersih kepada aku dan sehelai lagi kepada ayahnya. "Umi masak apa?" Ayah mulakan bicara dengan pertanyaan. "Lauk favorite menantu dia la ayah." Balas Akira sambil ekor mata dia mengerling aku. 

"Masak lemak daging salai?" Aku tak mampu sembunyikan kegembiraan yang menyaluti suara aku.

"Yelah. Apa lagi?" Akira ketawa tengok aku berseri-seri dengan senyuman. 

"Lauk favorite ayah tak ada ke?" Ayah dah jauh hati dengan umi. Asal aku dengan Akira datang melawat, mesti ayah dan Naufal dipinggirkan. Dibuatnya dua beranak tu macam tak wujud. Umi akan layan aku kalah anak raja dan aku tanpa rasa bersalahnya ambil kesempatan menikmatan layanan kelas pertama umi.

"Ada ayah, don't worry. Selagi Aki ada, ayah jangan risau pasal favourite food ayah ada ke tak. Aki masak terung sambal goreng ikan bilis tau." Bisik Akira betul di telinga ayah dia. Serta-merta membunga senyuman di wajah orang tua tu. Terus Akira dirangkulnya erat-erat.

"That's my girl." Bisik ayah sebelum mencium dahi anak dia lama. Akira aku lihat mengekek ketawa. Aku tahu apa yang bermain di fikiran dia. Sukalah tu ayah sayang dia lebih dari yang lain. Ni kalau Naufal dengar ni mahu kecil hati budak bertuah tu.

"Lama lagi ke nak siap yah?" Akira bertanya sambil melempar pandangan ke rangka gazebo yang sudah terpacak atas tanah laman, bersebelahan dengan gazebo pertama. Terjungkit kening aku dengar suara dia. Bukan main manja lagi. Betul anak ayah dia. 

"Esok boleh siap. Kamu datang sini esok Hadi?" Ayah bertanya dengan makna tersirat. Aku menahan sengih. Orang tua ni bangsa penyegan nak minta bantuan.

"Hadi dengan Akira tidur sini ayah. Rasanya boleh kita siapkan esok insha Allah." Aku akhirnya tewas dan sengih sumbing terbentuk di pinggir bibir aku. "Kesian suami Aki. Tak pasal-pasal dikerah jadi buruh binaan. Bayar la ayah. Ingat free ke setiap titisan peluh Hadi? Mahal tau." Meledak tawa Akira bila ayah berdesis geram.

"Tolong, bukan paksa! Ada ayah paksa kamu Hadi?" Ayah memandang aku tajam. Terus aku geleng kepala. "Tanya macam nak telan, memanglah Hadi takut nak mengaku. Apa la ayah ni." Lagi kuat tawa Akira bergema sampai ke belakang tubuh dia.

"Ha eloklah tu gelak macam tu. Nasib baik dah kahwin. Kalau tak, tiada siapa nak kamu tau tak? Dengan gelak setan macam ni. Ish!" Ayah menepuk pipi Akira sebelum akhirnya dia juga tergelak sama sambil mengusap-ngusap kepala anak dia dengan penuh kasih sayang.

"Dahlah. Ayah nak buang air. Lagi lama melayan kamu, mahu terpancut kat sini. Sana." Ayah bangun dan menepuk kaki Akira, menyuruhnya memberi laluan. Akira pasang muka jijik sejurus dengar ayah menyebut 'terpancut'.

"Ee tak senonoh betul ayah ni. Hilang selera." Menggigil bahu dia menahan geli. "Awak anak emas ayah kan?" Aku mencubit pipi gebu kemerahan dia. "

Aha." Akira angguk tanpa rasa rendah diri. Terus aku julingkan mata. Langsung tak ada sifat tawaduk.

"Awak memang plan nak tidur sini ke sayang?" Dia mengambil tuala yang dihulurnya tadi dari tangan aku dan dikesatnya manik-manik peluh yang mengalir dari pelipis ke leher aku. Aku tersenyum lihat gelagat manis dia. 

"Tak pun. Kalau plan, dah lama saya minta awak packing baju siap-siap. Saya kesian tengok ayah." Balas aku sebelum meneguk segelas lagi air sirap. Ya Allah, segarnya.

"Baju 'tie a knot' tu ada kat sini. Bolehlah kita pakai. Confirm berbulu je Nao tengok kita nanti." Akira ketawa bila dia membayangkan wajah jelik adik dia setiap kali kami pakai baju t-shirt putih tertulis 'tie a' dan gambar tali bersimpul di bawahnya yang aku beli beberapa hari sebelum kami bernikah. 

Naufal cukup menyampah dan alergik kalau aku dan kakak dia menayang kemesraan di publik.

"Sayang..."

Meremang satu badan aku saat mendengar suara lunak manja Akira betul di telinga. Aku toleh tengok dia dengan beberapa lipatan terbentuk di dahi. Lagi berganda kerutan di dahi aku bila dia merapatkan wajah dia inci demi inci, sampai nafas aku terhenti, sampai hidung dia bersentuh dengan hidung aku, bibir kami berlaga. Tangannya yang mengusap-ngusap dada aku langsung tak membantu.

"What are you doing?" Bisik aku, menahan gelora perasaan. Aku menjarakkan sedikit wajah sambil menelan air liur. 

"Saya rasa saya dah ready." Bisik dia malu-malu. Suara dia masih lunak dan menggoda. 

"Ready for what?" Aku menyoal hairan. Tiba-tiba perangai jadi lain macam. Pelik ni.

Akira menjilat bibir bawah. Mata aku tersorot pada bibir merah hati dia. Aku telan air liur yang terasa makin pekat. "Are you trying to seduce me?" Duga aku sambil mengecilkan mata aku, memandang dia dengan penuh sangsi. 

Perlahan-lahan jari Akira mengusap lembut jambang yang tumbuh di serata rahang aku.

"Is it working?" Dia bertanya nakal. Aku menelan air liur lagi. Mata Akira mendarat pada biji halkum aku yang bergerak setiap kali aku telan air liur. 

"It's working isn't it?" Senyuman megah menghiasi wajah polos dia. Aku menambah jarak antara aku dan dia sebelum berdehem beberapa kali. Gazebo tak siap lagi, jangan macam-macam. Mahu makan penyepak sulung daripada ayah.

"Awak dah ready untuk apa?" Aku tak dapat tahan rasa ingin tahu yang membuak-buak dalam dada. Apa yang dia dah bersedia nak buat?

"Jadi mummy." 

A/U notes:

Akira really is a little vixen. A minx. Hahaha. Kesian Hadi tengah-tengah bertukang kena goda macam tu kan.

Drop your voices down below and vote!

KITATahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon