AKIRA 50

141 5 0
                                    

Dari satu kedai ke satu kedai dalam Aeon mall ni, aku berjalan tanpa hala tuju hinggalah mata aku tertancap pada satu kedai. Aku berdiri tegak di depan pintu kaca Baby Spa

Mata aku terpaku pada baby perempuan yang terlilit di lehernya pelampung angin, terapung-apung dalam bekas putih seperti tab mandi segi empat, sedang ketawa mengekeh bila diagah ibunya. Aku berjalan masuk ke dalam kedai tu dan berdiri di sebelah wanita aku kira ibu kepada bayi tu.

"Berapa bulan anak akak?" Tanya aku tanpa mengalihkan mata dari anaknya. "Leya lapan bulan dah. Semalam birthday Leya kan?" Balas wanita tu sambil mencubit pipi gebu anak dia. Leya. Aku tersenyum bila Leya ketawa halus diagah ibunya. 

"Saya Mira." Wanita tu hulur tangan, perkenalkan diri. Aku menyambut sambil kata, "Akira."

"Awak dah kahwin?" Tanya Mira ramah. Aku angguk sekali. Perhatian aku kembali pada Leya dalam kolam. Pipi gebu dia. Sinar mata buntang dia. 

"Dah ada berapa orang anak?" Tanya Mira lagi. Aku memandang dia untuk beberapa detik sebelum menyorotkan mata semula ke Leya. 

"Belum ada rezeki lagi." Balas aku perlahan. Bibir Mira membuahkan segaris senyuman menyenangkan dada.

"Insha Allah, satu hari nanti datang rezeki tu. Saya nak dapat Leya pun lambat. Macam-macam dugaan. Sebelum dapat Leya, saya pernah gugur. Alhamdulillah, Allah bagi kesabaran, akhirnya dapat budak bertuah ni." Cerita Mira sambil memandang Leya lama. Berlipat leher aku merenung dia. Aku menelan air liur.

"G-Gugur?" Tanya aku tersekat. Dia mengangguk.

"Stillborn. Tali pusat belit leher dia, bekalan oksigen tak cukup, tahu tahu je doktor tak detect heartbeat. Bila buat ultrasound, confirm baby dah tak ada." Mira tersenyum mengimbau kenangan pahit dia. Aku tak terkata lihat dia yang tenang berbicara.

Macam mana dia boleh bercerita tentang kematian anak dia tanpa berderai air mata? Macam mana dia boleh bercerita tanpa pitam dan kebas dari dunia? Macam mana dia mampu tersenyum jujur sebegini?

Mira seolah dengar pertanyaan yang bermain di benak aku menyimpul senyum manis di wajah bersih dia. 

"Orang selalu tanya, macam mana saya move on, teruskan hidup? Saya jawab apa yang Nabi saw cakap—'anak yang mati dalam kandungan nanti akan heret ibu dia dengan tali pusat ke syurga, kalau dia bersabar dan cari pahala atas kehilangan anak dia', dengan izin Allah. Itu motivasi saya. Sebab saya yakin anak saya tengah berlari-lari dalam syurga sekarang ni, tengah tunggu saya."

Aku tak berkedip memandang Mira. "Dia tengah berlari-lari dalam syurga?" Tanya aku perlahan. Suara aku pekat dengan sebak yang didukung dada. Mira angguk yakin. 

"Dia bahagia dalam rahma—" Mira terhenti berkata-kata bila dia toleh, melihat aku.

"Akira..." Terus bahu aku dipegangnya.

Tanpa aku sedar, pipi aku basah dengan air mata yang luruh berjurai-jurai. Dan bila hangat tangan Mira memegang bahu aku, baru aku sedar yang seluruh tubuh aku bergetar, bergetar kerana menahan sebak yang tak pernah surut mencengkam hati aku.

~*~

Aku tenung tubuh rapuh bak kaca anak aku. Jururawat hulurkan dia pada aku sambil bisikkan munajat halus di telinga aku. Anak aku diam. Anak aku tak pandang pun aku. Dia tak boleh. Aku selalu angankan pertemuan kali pertama aku dan anak aku—mata perang dia bulat renung aku seolah sedang mencari identiti aku.

Tapi bukan macam ni yang aku bayangkan pertemuan kali pertama kami. Anak aku sepatutnya menangis, teriak sekuat hati dia sampai merah berkedut dahi, sampai doktor keluh berat, sampai aku jadi tak senang, sampai Hadi jadi kalut dan cemas. Anak aku sepatutnya buka mata dan balas renungan aku.

Aku tertanya, adakah aku masih bergelar ibu, walaupun anak aku dilahirkan tanpa nafas. Aku cuba bersabar, bertabah, cuba meniti hari-hari aku seperti biasa, cuba letakkan Ahlam Nadyne di belakang dan aku cuba pandang ke depan.

Wallahi, demi Allah, aku betul-betul cuba. Tapi setiap kali aku lalu depan bilik hijau-kuning, kaki aku seperti digam dan aku tak mampu tahan mata aku dari menjamah setiap isi bilik tu—baju, baby crib, diapers, mainan... semua ada kecuali anak aku.

Anak aku.

Depresi—mungkin pakar sakit jiwa akan nobatkan aku dengan terma tu. Kemurungan. Tapi sesiapa pun akan jadi murung bila susu keluar dari dada tapi lengan dingin tanpa anak untuk disusukan. Itu aku rasa setiap hari, setiap detik.

Aku tahu Hadi tahu keadaan aku dan aku bersyukur dia tak bangkitkan. Aku tahu dia juga sebenarnya sedang bersedih. Aku tahu aku dah langgar janji aku pada dia. Tapi aku tak sanggup kongsi beban ni dengan dia. Terlalu banyak duka menghimpit hidup suami aku. Aku tak nak nanahkan lagi jiwa dia.

Mira, wanita aku jumpa di Baby Spa beri aku satu tips untuk mengalihkan tumpuan fikiran aku, supaya aku boleh lupakan sebentar luka yang masih berdarah, supaya aku boleh kembali bernafas. 

Kata dia, 'Do what we do best. Kemas rumah.'

Jadi, sekarang aku pandang satu rumah dan dalam kepala dah tersusun itinerary sesi bergotong-royong aku, langkah demi langkah, kawasan demi kawasan.

~*~

Ruang tamu aku dah sapu dan mop. Bilik aku dan Hadi aku dah kemas. Tandas aku dah berus sampai kilat. Dapur aku dah sental dan bersihkan segala daki dan kotoran. Stor aku dah susun elok-elok. Baju aku dah basuh dan ampai. 

Kipas aku dah lap sampai sebesar zarah habuk pun tiada. Aku pandang satu rumah. Semua aku dah buat tapi aku belum rasa puas. Aku kena buat sesuatu. Hati aku masih tak senang. Aku kena buat sesuatu. Tapi apa?

Aku memandang sekeliling rumah. Apa lagi yang aku belum buat? Apa lagi? Apa la—Mata aku mendarat pada pintu berwarna hijau-kuning di sebelah pintu bilik aku, serta-merta tubuh aku kaget, terbeku. Aku menarik nafas dalam-dalam.

Ya, aku tahu apa aku kena buat.


A/U notes:

Our Akira is finding herself back. Yayy

Vote and write me your thoughts. What are you feeling now that you have been this journey with me for 50 chapters! 

50 chapters man! That's huge! 

I'd never imagined anyone reading my stuff so you have no idea how much it means to me that you are amongst the people who actually read each word I written and ride this journey together with me.

My deepest gratitude to you.

Salute.

KITAWhere stories live. Discover now