AKIRA 20

244 3 0
                                    

Lain rasanya mula-mula duduk di rumah Hadi, atau bak kata Hadi, rumah kita. Kali pertama aku sampai memang terasa canggung habis. Tak senang duduk aku dua, tiga hari tapi sekarang aku dah mula rasa selesa, dah rasa homey. Aku belum pindahkan semua barang-barang aku. Hanya yang penting saja macam buku dan baju.

Hadi ni sejenis minimalis. Aku tak rasa dia akan hargai aku angkut segala harta karun aku masuk rumah ni. Biarlah dulu barang-barang aku yang selebihnya di rumah umi dan ayah, bukan rumah orang lain.

Mulanya memang aku berat hati nak duduk jauh dengan umi, ayah dan Naufal tapi bila difikirkan balik, aku bukan budak lagi nak duduk bawah ketiak orang tua. Dah jadi isteri orang. Silap hari bulan, jadi mak orang. Nak tak nak aku ikhlaskan hati juga untuk ikut saja rancangan suami aku.

Lamunan aku lenyap bila satu tangan melingkari bahu aku. "Ayong!" Hidayah sergah dari belakang. Aku memejam mata sambil mengurut dada dengan sebelah tangan. "Angah! Terkejut ayong la!" Tegur aku sambil menjelingnya dengan ekor mata. Dia dengan abang dia sama je. Suka terperanjatkan orang. Sejak bernikah dengan Hadi, lebih 60 kali aku disergahnya. Nasib baik jantung aku sihat. Kalau tak, niaya je.

"Haa mengelamunkan siapa tu sampai tak dengar angah masuk dapur? Rindu along la tu." Hidayah melompat ke atas meja kaunter dapur di sebelah aku. Keningnya dimain-mainkan ke atas dan ke bawah, mengusik. Aku ketawa kecil. "Jadahnya nak rindu ngah. Setiap hari jumpa dia. Kat rumah jumpa dia, kat kelas jumpa dia." Bebel aku sambil menyambung basuh pinggan dalam sinki.

Teringat pula masa kali pertama aku dan dia berada dalam kelas selepas bergelar suami isteri. Aku macam nak gila rasa canggung, cemas dan takut andai orang perasaan kelainan antara kami. 

Sepanjang kelas aku tak henti goyang kaki dan gigit kulit mati di sekitar kuku ibu jari aku sampai Ben dan Sarah tendang kaki aku, suruh aku berhenti kalut. Diaorang ingat aku tak tahan nak buang air kecil tapi sebab takutkan Hadi, aku tahan diri dari ke tandas.

Aku juling mata dengar. Kalaulah diaorang tahu perkara sebenar.

Hadi aku lihat macam biasa dalam kelas, sama je macam sebelum kami kahwin. Masih lagi firaun, tegas dan tak bagi muka. 

Ada satu masa, dalam kelas, dia lancarkan renungan membunuh bila Ben duduk di sebelah aku dan mula rapat-rapat, aku tahu dia tak suka. Andai hidup aku ni dalam dunia kartun, dah lama asap keluar dari telinga Hadi macam kereta api Hogwarts tu. Terus aku minta tukar tempat dengan Sarah.

"Yelah tapi kan dah tiga hari tak jumpa along. Takkan la tak rindu?" Hidayah merapatkan wajahnya sambil mencucuk bahu aku. Kening masih dimain-mainkan. 

Aku menggigit bibir. Bohonglah tak rindu suami aku. Tiga hari cik abang tu pergi International Conference on Molecular Biology & Biotechnology (ICMBB). Kelas pun terpaksa ditangguhkan. Katanya akan balik esok.

Nasib baik ada mama, Hidayah, Tom dan anak-anak comel mereka ada menemani. Hamzah pergi outstation di Singapura. Pagi semalam dia terima email daripada bos dia. Nak tak nak terpaksa dia book tiket flight dan dia dah pun selamat terbang ke Singapura. Esok pagi dia balik semula ke Malaysia. Fuh, mesti dia letih.

"Kuat beranganlah ayong ni." Suara Hidayah memecahkan lamunan aku sekali lagi. Aku sekadar tertawa kecil. Nasiblah kau angah dapat akak ipar kuat berangan. 

"Mama dengan budak-budak buat apa ngah?" Aku beralih topik.

"Mama bagi diaorang minum susu. Tiba-tiba tadi angah check, diaorang dah tidur dah. Pelik gila. Angah syakkan mama bubuh restoril dalam susu diaorang." Celoteh Hidayah sambil melompat turun dari kaunter dan buka peti sejuk. Susu segar dikeluarkan dan dituang ke dalam gelas. 

KITATahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon