HADI 6

196 4 0
                                    

Aku berhenti ketawa bila mata dia merenung aku. Dalam. Lembut. Menusuk. Lama sepasang mata hitam dia cuba menyelami hati aku, cuba mengintai, cuba mengusik, cuba memprovok.

Bila aku gerakkan tangan, melambai di hadapan muka dia baru dia mengerdipkan mata beberapa kali. Lagak seperti orang baru sedar dari dipukau. Api kemarahan kembali membara di matanya.

"Apa lagi yang awak sorokkan dari saya?" Akira bertanya sinis. Buku Molecular Biology dipegang erat ke dada, dibuat seperti perisai. Aku memandang dia sekilas.

"Apa yang awak nak tahu?" Soal aku balik. Akira menjulingkan mata ke atas.

"Dari awal lagi ke awak dah tahu saya student sini?" Dia memandang aku penuh syakwasangka. Aku menggeleng kepala.

"Masa saya nampak awak kat kafe fakulti tadi baru saya tahu awak student sini." Balas aku jujur.

Akira mengerutkan dahi. Syakwasangka masih tertampal di wajahnya. "Saya ada kat kafe fac tak semestinya saya student sini." Bidasnya tak puas hati. Entah kenapa dada aku terasa penuh dengan rasa bangga dengan reaksi bijak dia.

"I saw that freakishly thick book and your student ID." Balas aku masih mengekalkan nada lembut. Buku yang dipegangnya aku ambil dan belek.

"Do you honestly read this book?" Aku mengangkat buku itu dan menggoyangnya. Akira menggeleng.

"Mestilah tak. I just wanted to impress my Molecular Biology professor." Jawabnya sinis. Perkataan 'professor' ditekannya kuat dan padu. Aku tergelak besar.

"Well, I was impressed. Why did you want to impress me? Did you feel the sparks?" Aku masih lagi senang menikmati keelokan wajahnya.

"You'd wish! Saya nak impress pensyarah Molecular Bio saya. Bukan awak!" Akira menjeling aku tajam. Aku membeliakkan mata.

"Sayalah lecturer Molecular Bio awak." Tegas aku sambil menepuk dada. Akira mengecilkan mata, memandang aku tajam sebelum tawa akhirnya pecah dari bibirnya. Tawa yang sebenar, yang ikhlas, bukan yang bersalut sinis.

"Oh ya Allah. Saya masih lagi tak percaya awak pensyarah saya. Garang gila pulak tu! Adoi masak aku." Akira memegang pelipisnya sambil memejam mata.

"Saya tak makan oranglah. Jangan risau." Pujuk aku sambil membiarkan senyuman terbentuk di wajah.

"Yeah but you were like constipated Professor Snape dalam kelas tadi tahu tak!" Herdiknya geram. Aku pasang muka tak bersalah. Constipated Professor Snape? What the h–

"Tanya soalan dalam kelas pun salah ke?" Tangan aku depakan. Akira menjeling tak puas hati.

"I have only one rule. Don't f— screw up! What are you waiting for? Raya?" Dia mengajuk percakapan aku dengan suara sengau dan garau yang dibuat-buat.

"Hey good woman, I didn't sound like that!" Aku membesarkan mata memandangnya.

"Yes you did. Dahlah mencarut dalam kelas. Poyo pula tu. Saya nak panggil awak Sir McGrumpy mulai hari ni." Tekadnya bersungguh-sungguh. Aku menjulingkan mata ke atas.

"Saya tak grumpy. Saya happy. Awak patut panggil saya Sir Happy Hadi." Protes aku sungguh-sungguh.

"Are we naming dwarves or what?" Seloroh dia sambil ketawa meleret. Aku ketawa sekali.

"By the way Akira, kalau awak boleh ingat setiap apa yang saya ajar dalam kelas macam mana awak ingat apa yang saya marah awak tadi, confirm awak A subjek saya ni." Aku kagum sebenarnya bagaimana dia boleh ingat dan mampu mengajuk makian aku tadi dengan sempurna.

"Hadi..."

Hampir jatuh terkehel rahang aku dengar bibir munggilnya menyebut nama aku. Namun aku paksa otot muka aku tetap statik, jangan tersengih macam kerang busuk. Aku menjungkit sebelah kening, bertanya.

"Awak tahu nama semua orang dalam kelas. How come awak tak perasan nama saya dalam list name student?" Akira memandang aku dengan sepasang mata bersinar penuh harapan.

"Saya dapat list name students dah lama. Nama awak takda dalam list." Memang dah jadi kewajipan bagi aku untuk kenal pelajar-pelajar aku sebelum semester bermula.

Aku buat background research. Nama mereka, keputusan mereka, asal mana, semua aku tahu. Sebab tu aku tak pernah suruh budak-budak buat ice-breaking. Itu luar kelas sepatutnya dah buat. Bukan dalam kelas baru nak berkenalan lepas tu berborak macam kat pasar malam.

"Saya daftar masuk lambat." Akui Akira. Wajahnya tampak lega.

"Figured. Awak ada kelas lain ke lepas ni?" Aku memulangkan semula buku tiga inci itu kepadanya.

"Tak. Dah boleh balik. Awak ada kelas lagi ke?" Dia kembali mengepit buku itu di celah lengan.

"Sampai petang." Balas aku pendek. Suara aku kedengaran jengkel. Akira ketawa kecil.

"Good luck la Sir McGrumpy." Ucapnya sinis. Perkataan yang terakhir ditebalkannya.

"Good luck juga siapkan assignment saya tu." Kata-kata aku itu terus kesat kegembiraan yang baru sesaat mewarnai wajahnya. Hari pertama kelas aku dah beri mereka assignment membunuh. Rasakan.

"Bencilah awak ni." Desis Akira geram.

"Saya akan deduct 5 markah asessment awak kerana menghina pensyarah." Aku menayang lima jari ke muka dia. Akira menjulingkan mata sambil berjalan pergi.

"Lima markah lagi sebab tak ucap selamat tinggal kepada pensyarah." Jerit aku lagi. Akira mengangkat tangan kanan, menayang penumbuk. Aku ketawa besar. "Another 5 points Akira for being rude!"

"Baliklah Sir!" Jeritnya tanpa menoleh.

A/U notes:

Writing them bantering is the highlight of my day.

Hope it lights up your day too. Don't forget to VOTE & drop some love in the comment section. Thanks!

KITAWo Geschichten leben. Entdecke jetzt