HADI 33

175 4 1
                                    

Belakang Akira aku urut-urut. Rambut kerintingnya yang mengurai aku genggam ke atas dengan sebelah tangan, menghalang helaian rambut dari terkena muntah. 

Akira mengeluarkan lagi isi perut dia. Bau masam bercampur peluh dan asid memenuhi tandas tapi aku masih tak berganjak. Belikat dia aku urut lagi dan rambutnya masih aku genggam ke atas.

"Lega dah?" Aku bertanya sambil bantu dia bangun dari lantai, dari mencengkam toilet seat sehingga berubah putih buku ruas dia. 

Seluruh tubuh dia menggigil dan kalau bukan kerana aku papah dia berjalan ke sinki, aku yakin dah lama dia tersembam ke lantai. Akira mengumur mulut beberapa kali sebelum mengangguk.

Dia kemudian mengambil berus gigi dan terus menggosok gigi, mahu menghilangkan perit asid di tekak dan bau masam yang memenuhi rongga hidung dan mulutnya. 

"Tak payah pergi fac la sayang. Nak hantar draft tesis je pun kan? Bagi kat saya. Biar saya check. Nanti saya pass kat Diyana." Pujuk aku sambil mengurut tengkuk dia. Aku tahu dia tak ada kelas hari ni.

Rasa bersalah menggunung di dada aku. Walaupun bukan salah aku dia terpaksa hadap morning sickness tapi tak sanggup aku tengok dia menderita macam ni. Akira memandang pantulan wajah dia di cermin. Eye bag tebal di bawah mata dia, bibir dia kering mengelupas dan kulit wajah dia pucat lesu. Aku tahu apa yang bermain dalam kepala dia.

"You're beautiful." Puji aku sambil menolak helaian rambutnya ke belakang telinga. Aku tak nak dia cemuh dirinya sendiri. 

"I look like shit." Balas dia dengan suara serak. Aku hanya mampu bayangkan betapa peritnya tekak dia. Pagi ni saja sudah tiga kali dia berlari ke tandas dan muntahkan segala isi perut sehingga yang keluar hanyalah asid yang membakar salur gastro dia.

"A really beautiful one." Seloroh aku, tapi bila mata dia tajam merenung aku melalui pantulan cermin, terus aku matikan niat nak terus mengusik. 

"Kenapa saya teruk sangat morning sickness? Orang lain takda pun teruk macam ni." Akira merintih sambil memegang erat sinki. Aku memaut pinggang dia dan bantu dia berjalan keluar dari tandas menuju ke katil. Perlahan-lahan aku membaringkan tubuh lesu dia atas tilam.

"Setiap orang badan lain-lain sayang. Physiology kita berbeza. You're special sebab tu awak muntah-muntah teruk. Tuhan nak bagi pahala lebih." Pujuk aku, cuba nak sedapkan hati dia. Bonjolan pada perut dia yang semakin ketara aku usap lembut. Minggu ke 16 dah. Sekejap masa berlalu.

"Baby ni better inherit all your beautiful genes or I don't want to get pre—" Aku tahu apa dia nak cakap, tapi aku tak nak dengar kata-kata yang bukan dari hati dia, jadi aku terus lekatkan bibir aku pada mulut dia. Akira memandang aku dengan mata yang membulat besar. 

"What?" Aku bertanya pelik.

"I smell like a tank of vomit and crap." Beritahu dia dengan kerutan tertampal di dahi. Urat sebesar ibu jari juga menampakkan diri. Aku ketawa kecil. 

"You could smell like a river of rotten crap-filled baby diapers, I'd still kiss you and ravish you, my love. I honestly don't give a damn." Akui aku jujur sambil mengusap lembut urat yang terbonjol di dahinya.

Aku tak pernah kisah bau, rupa atau keadaan Akira. Dia hidup aku, dia ada di sisi aku, korbankan segalanya untuk aku, mengandungkan anak aku, semua tu buat aku buta pada kekurangan dia. Otak aku macam dah program seluruh jasad aku untuk puja setiap inci Akira, luar dalam, nampak tak nampak, cela dan bukan cela.

"I hate it when you're being sweet." Gumam dia datar namun bibir dia perlahan-lahan menggulum senyum nipis. Aku ketawa lagi. 

"Shut up. You love it." Dahi dia pula jadi mangsa kucupan aku. Akira menolak pipi aku jauh.

KITAWhere stories live. Discover now