AKIRA 39

263 2 0
                                    

"Aki!"

Serentak, aku, umi, ayah, Naufal dan Hadi berpusing. Kakak sedang berlari laju ke arah kami. Dada aku serta-merta dihujani perasaan sebak. Wajah yang sangat aku rindui kini di depan mata. 

Ya Allah, terima kasih ya Allah! Air mata mencurah-curah turun tanpa perlu dipaksa. Kakak terus meluru ke arah aku dan menarik aku ke dalam dakapan erat.

"I miss you sooo much!" Bisik kakak sambil mencium pipi aku berkali-kali. "I miss you too kakak." Balas aku dalam sendu. Kakak berhenti cium aku bila dia terasa ada sesuatu mencucuk perutnya. Mulut kakak ternganga. 

"Are you...?" Kakak melepaskan aku dan matanya terbuntang luas saat melihat perut aku yang membulat.

"Ya Allah! Kakak akan jadi aunty!" Jerit kakak gembira.

Ditariknya aku semula ke dalam dakapan. "Tahniah Aki! I am so happy for you!" Beritahu kakak sungguh-sungguh. Aku ketawa geli hati. Seronok aku tengok wajah terkejut campur gembira kakak. 

"Pandai he tak beritahu kakak?" Kakak mencebik sambil mencubit manja pipi aku.

"Surprise!" Aku sekadar ketawa tak bersalah.

"Sihat kakak?" Umi bertanya sambil meleraikan pelukan kakak pada badan aku dan mengambil giliran dia untuk memeluk cium kakak sepuas hati. Bertahun lamanya umi tak jumpa anak sulung dia, rindu mendendam dilepaskan ketika itu juga.

"Anak ayah ni makin sihat ayah tengok?" Giliran ayah pula memeluk erat kakak. 

Tawa aku hampir tersembur bila melihat gaya kakak yang takut-takut nak balas pelukan ayah. Kakak dan ayah memang tak sebulu. Jadi tak mustahil bila kakak kelihatan kekok bila ayah melawak dengan dia.

Hadi menyiku aku. "Apa yang lawak sangat tu?" Dia menarik lengan aku dekat dengannya. "Kakaklah. Janggal gila dengan ayah." Aku cuba sedaya upaya nak sembunyikan gelak. Muka pucat kakak betul menggeletek perut aku.

"Diaorang tak rapat ke?" Tanya Hadi sambil menyengetkan wajah dia, mahu lihat aku dengan lebih jelas. Aku geleng kepala. 

"Langsung tak. Saya je anak ayah. Kakak dengan Nao dua-dua socially awkward dengan ayah." Balas aku sambil memerhatikan Naufal dipaksa jalan merapati kakak oleh umi.

"Kakak, welcome back." Suara Naufal menegur antara dengar tak dengar.

Muka lima kupang tu juga dia tampal. Kot iya pun tak click dengan kakak, sekurang-kurangnya tunjuklah muka bahagia plastik jumpa kakak. 

"Nao, come here, give your sis the biggest hug!" Naufal ditarik kakak selamba.

Mula-mula Naufal bermati-matian tolak daripada menjadi mangsa cium kakak, tapi bila ayah melontar pandangan tajam, Naufal pasrah. Dikejungkan badannya macam robot dan dibiarkan wajahnya dicium kakak. 

Aku dah mengekeh ketawa melihat aksi adik dan kakak aku tercinta ni. Kakak dan Naufal umpama kutub utara dan kutub utara. Saling bercanggah.

"So you're like a buffer dalam adik-beradik." Perhati Hadi. 

"That I am." Aku angguk sekali. 

"I wonder when you sister will realize my existance." Beritahu dia sambil melihat keletah kakak dan Naufal. "Bila-bila masa dari sekarang. Mata kakak tajam kot bila ada lelaki handsome." Balas aku tanpa fikir dahulu.

"Oh you think I'm handsome? Sebab tu ke awak kahwin dengan saya? Because of my irresistible look?" Hadi menolak bahu aku dengan bahu dia. Aku juling mata ke atas. Menyesal aku tak fikir dahulu sebelum balas tadi. Aku baru nak balas dengan ayat sarkastik padu bila suara kakak bertanya kedengaran.

"So, where's my brother-in-law?" Kakak memandang ke kiri dan ke kanan, mencari. Aku dan Hadi saling berpandangan sebelum aku tolak lengan dia, menyuruh suami aku ambil beberapa tapak ke depan. 

"Hi. Remember me?" Hadi di sebelah aku berjalan beberapa langkah menghampiri kakak sambil melambai dengan sebelah tangan.

Kakak ternganga memandang dia. Lama matanya yang berkanta lensa biru merenung Hadi tanpa berkedip. 

"Hadi? Hadi Ibrahim? Dr. Hadi Ibrahim?" Kakak berjalan mengelilingi Hadi, memaksa aku undur ke belakang. Kakak bertawaf sambil matanya menjamah wajah Hadi tanpa rasa letih. 

Aku dan Naufal saling berpandangan.

They knew each other?

"Well, no matter how many times you orbit me Arij, I'm still Hadi. It's really me." Hadi menjungkit bahu. Bibirnya menggulum senyuman lebar bila kakak melompat-lompat teruja sambil menepuk tangan.

"My God! Hadi, it's really you! I can't believe this! You—You dah berubah! You look so.. Different! You're—Wow! Pandai he tak beritahu I you datang jemput I sekali?" Kakak memandang Hadi penuh kagum. Senyuman kakak melebar hingga tampak gusi dia. 

Aku tak berkelip tengok reaksi kakak. Gembira betul dia jumpa Hadi. Macam teman rapat yang dah berpuluh tahun tak bersua muka.

"You look different too. Look at you all dolled up." Senyuman Hadi masih belum cair. Dipandang kakak atas bawah. Kakak yang berbaju dress biru cair tersipu malu sambil tergelak kecil.

"Pandailah you ni doc. My God, Hadi, I still tak percaya you ada kat sini." Kakak memeluk lengan Hadi selamba. Aku dan Naufal jatuh rahang. 

"Habislah kaki, kakak dah sangkut kat abang Hadi." Bisik Naufal tanpa mengalihkan pandangan dari kakak dan Hadi.

Aku menelan air liur. Merepeklah Naufal ni. Kakak dah berapa tahun duduk negara orang, dia mesti dah biasa tak menjaga batas antara lelaki dan perempuan. Lagipun kakak memang sejenis social sikit dari zaman sekolah lagi. Aku cuba buang rasa tak sedap hati yang muka menular dalam dada aku.

Aku menghela lega bila Hadi meleraikan pelukan kakak di lengannya dengan guna alasan untuk angkat beg. Satu kaedah halus yang halus dan bagus. Dapat jaga hati kakak dan tak aibkan dia dan dalam masa yang sama dapat mengelak dari berpegangan. Sekurang-kurangnya suami aku tahu batas dia.

~*~

Aku memerhatikan Hadi dan kakak yang rancak berbual dan bergurau senda di depan rumah sambil minum teh-o. Sepanjang perjalanan, dalam kereta kakak tak henti berceloteh panjang tentang persahabatan dia dengan Hadi.

Rupa-rupanya mereka kenal sejak zaman belajar lagi. Kata kakak, mereka jarang jumpa tapi selalu berhubung melalui email dan Whatsapp. Kadang-kadang Skype. Jadi sebab tu kakak teruja betul dapat bersua muka dengan Hadi. Lama mereka tak jumpa walaupun dah kenal lama.

Aku perhatikan lagi mereka. Apa agaknya yang dibualkan mereka? Aku faham sekarang kenapa Hadi enggan beritahu kakak tentang identiti dia sebagai suami aku, nak beri kejutan pada kakak rupanya. Memang kakak terkejut. 

Bukan kakak je terkejut. Dengan aku sekali terkejut, tapi kenapa Hadi tak beritahu aku tentang persahabatan dia dengan kakak?

Kenapa dia rahsiakan?

Aku memandang mereka buat kali terakhir sebelum aku masuk ke dalam bilik. Kepala aku terasa berat dan denyutan semakin menggila memaksa aku untuk pejamkan mata. 

Aku perlu tidur dan aku perlu lari dari persoalan yang kian menggigit benak aku.

A/U notes:

Yes, Ir_Chanel is Arij, kakak Akira! Dia la insan yang Hadi occasionally Whatsapp. 

Wuhu makin dramatikkan?

Nantikan. Vote dan komen please.

KITAWhere stories live. Discover now