AKIRA 22

204 1 0
                                    

Aku menelan air liur buat kali ketiga. Ben dan Sarah masih belum berkata apa-apa. Masing-masing terkedu melihat aku seolah aku tumbuh belalai di kepala. 

"Dengan siapa?" Ben memecahkan ketegangan yang menyelubungi kami.

"Tu tak penting, yang penting sekarang korang dah tahu status aku." Balas aku cuba kedengaran tenang walaupun dada aku berombak kencang. Sarah melepaskan satu keluhan berat. 

"Aku nak marah kau Aki, sumpah aku nak maki kau tapi aku rasa kalau aku jadi kau pun aku takkan hebohkan. So... Tahniah?" Perlahan-lahan bibir Sarah menyenget, membentuk segaris senyuman memahami.

"Thanks Sarah." Aku memeluk dia erat.

Sarah membalas pelukan aku sambil berkata dengan nada acah marah, "Kau kena belanja aku Dubuyo sebab tak jemput aku pergi wedding kau." Aku ketawa kecil. "No problem." Angguk aku beberapa kali. Mata aku mendarat pada wajah tegang Ben pula.

"Aku bukan tak nak beritahu awal-awal Benji tapi aku tak nak kecoh-kecoh, kau tahu aku macam mana kan?" Aku memberi lagi satu alasan atas tindakan aku merahsiakan status aku sebagai isteri orang. 

Walaupun Ben suka menaikkan suhu aku, tapi dia seorang kawan yang baik. Dia dan Sarah orang pertama yang tegur aku masa aku mula-mula daftar dulu. Diaoranglah banyak tolong aku sepanjang aku belajar di sini jadi memang aku serba-salah merahsiakan perkara ni.

"Sarah, boleh kau gerak dulu? Aku ada benda nak cakap dengan Akira kejap." Ben memandang Sarah dan memintanya meninggalkan kami. Sarah angguk sambil pandang aku sebelum dia bangun dan pergi. Sebaik saja Sarah hilang dari pandangan, Ben terus mengajukan satu soalan yang aku paling takut nak dengar.

"Suami kau... Hadi?"

Nafas aku tersekat di anak tekak. "A-Apa kau cakap ni Ben? Tak masuk akal betul. Benji, dia lecturer kita. Takkan la aku—" Aku terkedu bila Ben menumbuk meja. "Shit. It's really him." Ben meraup wajahnya beberapa kali. 

"Benji..." Aku memandang wajah kusut dia lama. Berdebar-debar dada aku melihat reaksi dia.

"Aku suka kau Aki." Luah Ben perlahan. Aku telan air liur. Dada aku berdegup kencang melihat matanya yang sarat dengan emosi yang tak terluah. "Aku suka kau. Aku suka kau dah lama, sejak aku first time jumpa kau lagi. Aku tak main-main bila aku push kau cakap nak jadi calon suami kau. Aku plan lepas kita graduate, aku terus nak hantar meminang."

Dia meraup wajahnya lagi sebelum menyembunyikan wajahnya di balik telapak tangan. Aku tak terkata dengar luahan hati dia. Selama ni pernah terdetik sekali di hati aku tentang perasaan Ben kepada aku tapi aku ingat dia main-main. Jadi aku tak ambil pusing. Tak sangka pula dia sebenarnya jujur.

"Benji, aku betul-betul minta maaf." Bisik aku sarat dengan rasa serba-salah.

Dia menjatuhkan tangan dan memandang aku lama. "Sebab kau dah kahwin atau sebab kau tak rasa apa aku rasa?" Duga dia tanpa mengalihkan mata dari wajah aku. 

"Dua-dua." Jawab aku jujur. Aku tak mahu bagi dia harapan. Ben kawan baik aku, dia berhak tahu realiti hati aku kepunyaan suami aku.

Ben mengetap bibirnya sebelum menarik nafas dalam-dalam. Selepas dia menghela panjang, dia kembali memandang aku. 

"Hadi, dia layan kau elok tak?" Tanya Ben perlahan, seolah dia tak tertahan lagi derita dengar pengakuan aku. Aku menarik senyum nipis. Aku tahu hati dia koyak terobek tapi dia masih ambil berat tentang aku. Memang kawan sejati.

"Sangat." Balas aku.

"Good." Ben terangguk-angguk. "Though he still treats you like shit in class." Tambah dia cuba melegakan suasana tegang yang tadinya menyelubungi kami. Aku tak boleh nak nafikan kata-kata Ben tu. 

KITAWhere stories live. Discover now