AKIRA 41

205 2 0
                                    

Lama aku dan Hadi menyepi di dalam bilik. Sepanjang perjalanan dalam kereta tadi dari rumah ayah ke rumah kami, tiada satu perkataan pun yang keluar dari bibir aku mahupun dia. Masing-masing melayan perasaan masing-masing.

Aku masuk dulu ke dalam bilik dan terus duduk di birai katil tanpa berkata apa-apa. Hadi masuk tak lama kemudian. Dia perhatikan aku untuk beberapa saat sebelum dia melepaskan satu keluhan berat dan menuju ke tandas. Bila dia keluar dari tandas, aku dan dia masih lagi dingin tanpa kosa kata.

Selepas aku menangis sehingga terlelap dalam pelukan Hadi sewaktu di rumah ayah, aku tak sedar pun Hadi keluar dari bilik. Aku hanya terjaga bila raungan kakak bergema dari dapur. Meluru aku berlari mencari kakak. Namun langkah aku mati sejurus aku lihat kakak memukul-mukul dada Hadi sambil menuduh Hadi penipu. Hati aku remuk saat tubuh kakak terjelepuk ke lantai.

Aku melangkah setapak. Aku nak peluk kakak. Aku tak sanggup tengok kakak derita sakit. Pilu hati aku lihat air mata kakak merembes keluar tanpa henti membasahi pipi, dagu, leher dan peha dia. Aku nak tiupkan kekuatan ke telinga kakak. Aku nak janjikan apa saja untuk kakak. Asalkan kakak berhenti menangis, asalkan kakak tak lagi dalam kesakitan.

Aku kaget bila Hadi mencangkung di hadapan kakak.

"I'm so sorry..." Hadi meminta maaf.

Aku dapat lihat betapa tegangnya belakang tubuh suami aku. Aku tahu dia sedang bergelut dengan perasaan yang berkecamuk. Perlahan-lahan kakak mendongak. Lama mereka bertentangan mata. Setiap saat berlalu, nafas aku tarik terasa makin sesak.

"Kenapa you tak terus-terang dari dulu lagi? Kenapa you bagi I harapan? Kenapa you mainkan hati I?"

Aku mengerutkan dahi. Mainkan hati kakak? Hadi?

Hadi menggeleng sekali. "I tak mainkan hati you." Jawab suami aku lemah.

"She's my sister Hadi. My bloody sister!" Jerit kakak sarat dengan derita yang menggigit batin dia."I thought you'd feel the same about me. I thought you loved me." Rintihan kakak menjerut batang leher aku.

Aku menarik nafas dalam-dalam sambil memejam erat mata. Dua insan yang paling aku cinta, yang aku sanggup korbankan nyawa sendiri sekelip mata, dua insan ni terperangkap dalam belitan perasaan.

"I did love you and I still do but-" Aku terpana dengar pengakuan dari mulut suami aku.

"Y-You do? Y-You... love me? Marry me then."

Kakak menyulam tangannya dengan tangan Hadi, tangan suami aku, tangan cinta hati dia. Tanpa aku sedar, air mata aku menitis gugur. Aku tak sanggup untuk terus menjadi saksi pengakuan cinta dua orang yang aku puja. 

Aku tahu aku dah tak mampu menampung beban yang menyekat nafas aku di rongkong, menyesakkan dada, tapi aku perlu dengar. Aku perlu tahu. Aku perlu beri suami aku hak dia. Aku pasakkan mata aku pada mereka. Aku lihat Hadi meleraikan tangan kakak dari terus bersulam dengan tangan dia. Dada aku bergoncang hebat.

"I do love you but not the kind of love you'd expect me to have for you. I love you as a good friend Arij, I love you like a sister. Nothing more."

Aku pejamkan mata sebelum memusingkan tubuh dan meninggalkan Hadi dan kakak.

I've heard enough.

Masih pekat lagi insiden di rumah ayah dalam ingatan aku. Aku tak boleh berhenti fikir pasal hal kakak dan Hadi. Aku tak boleh berhenti mengulang-tayang apa yang dah jadi antara mereka berdua. 

Wallahi aku buntu. 

Aku tersepit di antara nyawa aku dan tulang belakang aku. Aku sayang kakak sepenuh hati aku. Kakak tulang belakang aku. Andai dia mahukan seisi dunia sekalipun, aku takkan teragak-agak untuk tunaikan permintaan dia, tapi kakak tak mahu dunia, kakak mahu Hadi, suami aku, nyawa aku.

KITAWhere stories live. Discover now