HADI 1

355 4 0
                                    

Refleksi wajah aku di cermin aku tenung bagai nak tembus kaca. Less than an hour, I'm going to be someone's husband. Husband. Terasa berat bahu ni saat satu perkataan itu bergema dalam kepala. Suami. Satu jawatan aku rasa lagi tinggi pangkatnya dari CEO, lagi besar amanah yang perlu dipikul dari Perdana Menteri, lagi dahsyat tanggungjawabnya dari seorang Imam. Dah bersedia ke aku nak galas semua itu? Mampu ke aku nak jadi seorang suami, pelindung, dan pencinta serentak?

Aku tarik nafas dalam-dalam. Sampin yang tersemat kemas membaluti pinggang, aku perkemaskan lagi.

"Hei, nervous break down ke mate?" Bahu aku dipegang erat. Aku menoleh. Senyuman kera sumbing Ridhwan menghiasi pandangan. Keningnya terjungkit-jungkit menyakat. Aku menjulingkan mata.

Ridhwan, teman sebilik sewaktu belajar di Ireland dulu. Hari pertama kami berjumpa di lapangan terbang Dublin, berborak-borak, makan sama, kemudian bila aku dan dia, dua-dua sedar yang kami belajar di universiti yang sama, terus perjanjian brotherhood termeterai.

Ridhwan budak Medikal tapi perangai sedikit pun tak macam tipikal budak Medikal. Prinsip 'belajar dan terus belajar' tiada langsung dalam kamus hidupnya. Perangai dia dulu, masha Allah. Setan pun terinspirasi dan termotivasi. Tapi tu dulu, sekarang dia dah berubah 360 darjah. Dah jadi manusia.

"Tak nampak aku tengah sengsara ni?" Balas aku sinis sambil kembali memandang refleksi wajah aku di cermin.

"Aku faham, zaman solo memang best mate. Memang sedih nak tinggalkan zaman kegemilangan kita. Nak nak orang macam kau, jeling je, beratur awek datang kan? But believe me mate, being a husband and later, a father, you couldn't ask for more." Suara Ridhwan bergema dengan rasa bangga dan syukur.

Aku memeluk tubuh, memandang dia lama. Teringat perjalan hidup dia semasa di Ireland dulu. Macam-macam dia tempuh. Fuh, Allah saja yang tahu betapa dahsyatnya dia dulu. Dan sekarang, alhamdulillah, hidup dia senang, boleh dilabel berjaya. Kerja sebagai seorang pakar bedah dan dah pun berkahwin dengan, bak kata Ridhwan—bidadari bermata cantik dia, Iman. Isteri dia junior kami masa belajar dulu. Sekarang Iman tengah sarat mengandung anak kedua mereka.

Tanpa aku sedar, bibir aku menguntum senyum. "Apasal kau pandang aku macam tu? Tak sanggup nak tinggalkan aku? Kau jangan macam-macam. Aku straight." Usik Ridhwan sambil menjungkit sebelah kening.

"Banyaklah kau. Weh, Iklil mana? Rindu aku dengan si kenit tu." Aku dah terbayang pipi tembam anak sulung Ridhwan yang baru menginjak usia 2 tahun lebih. Nur Iklil. Cahaya bunga.

Serta-merta wajah Ridhwan berseri. Senyuman melebar di bibir dia. Ridhwan memang pantang kalau nama anak dia dipetik. Dia punya gembira, melangit. Iklil memang ratu hati, intan berlian, payung, permata hati, hempedu si Ridhwan ni. Pernah dia cakap, dia risau andaikata kasih sayang dia untuk anak kedua nanti tak sama dengan kasih sayang dia untuk Iklil. Tapi aku yakin, nanti bila dah lahir anak kedua tu, secara automatiknya kasih sayang itu akan hadir sendiri. Insha Allah.

"Iklil lepak dengan mama dia. Ha lupa pulak, Iman sampaikan salam. Dia ada kat luar tu." Balas kawan baik aku. Aku terangguk-angguk sambil menjawab salam Iman.

"Iklil dah pandai apa dah?" Aku bertanya lagi. Baik aku penuhkan fikiran aku dengan anak Ridhwan. Hilang sedikit rasa debar.

"Pandai mintak adik nombor 3." Balas Ridhwan selamba. Senyuman gatal ditayang tanpa segan silu. Aku juling mata dengar loyar buruk dia. Terus aku pusing badan aku membelakangkan dia.

"Take it easy, mate. Makin nak nikah makin sensitif. Hati besar kuman. FYI, Iklil dah pandai baca surah Al-Ikhlas, surah-surah pendek, doa makan, doa tidur. ABC, nursery rhymes semualah." Ridhwan bercerita bangga.

Aku tersenyum lebar dengar progress budak kecil kesayangan aku tu. Dapat aku bayangkan betapa comelnya budak tembam tu menadah tangan sambil baca doa.

"Okay. Sekarang, kau banyakkan istighfar, selawat bagai. Baca doa belajar sekali, mintak Tuhan hilangkan kekakuan kat lidah kau. Malu woi kalau akad nikah lebih dari sekali. Aku yang bebal ni pun sekali je. Takkan kau yang cerdik ni dua tiga kali kan?" Pesanan Ridhwan lagi menambahkan gemuruh di dada aku. Terasa menghempas rusuk jantung.

"Rid, how do I look?" Aku segera menukar topik, mengalihkan perhatiannya.

"Confirm Aki tak nak renggang dari kau punyalah! Tak sabar!" Balasnya sambil memetik jari. Keningnya digoyang nakal. Aku ketawa besar. Macam haram perangai.

"Wudu' dah angkat?" Tanya Ridhwan, checking buat kali terakhir. Aku mengangguk. Nasib baik aku ada kebolehan menahan diri dari membuang angin. Insha Allah, aku mampu bertahan lama.

"Ready mate?" Ridhwan menepuk bahu aku.

"Insha Allah!" Songkok di kepala aku betulkan.

"Bismillahirrahmanirrahiim."

A/U notes:

Tahniah sebab berjaya habiskan muka surat ke 2.  Korang maybe dah boleh agak pattern cerita ni macam mana kot. Yep, cerita dari perspektif dua manusia :

Akira & Hadi

Itu pasal cara baca pun ikut turutan sama. cerita ni akan fokus pada hubungan dua watak ni saja.
That's why tajuk lain cerita ni ialah... H + A = KITA

Selamat membaca ya.
Klik VOTE & tulis komen yeh. 
Your comments buat I berkobar-kobar menulis.

KITATahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon