HADI 15

184 3 0
                                    

Pipi dia merona merah saat aku merapatkan jari-jemarinya ke bibir aku. Bukan setakat pipi, satu muka dia berubah merah. Tangan dia semakin basah dan aku dapat dengar degupan jantung dia yang semakin gila menghempas tulang dada dia.

Mana aku tahu? Sebab jantung aku pun berdegup segila tu. Akira memandang aku malu-malu. Mata hitam galaknya cuba merenung panahan mata aku kembali. Tapi kerana malu, sesekali dia memandang ke dahi, ke hidung aku sebelum kembali ke mata aku.

Dia cuba sorokkan rasa malu tapi dah kalau tuhan sendiri letak malu dalam dada perempuan, brutal macam mana pun, takkan boleh lupuskan sesuatu yang sejak azali.

"Alhamdulillah. Tabarakallah! Tahniah Hadi!" Ridhwan menepuk belakang aku, mengganggu moment sweet aku dengan isteri aku. Sesaat kemudian aku dah berada dalam pelukan erat dia. Tangan Akira terlerai dari pegangan aku.

"Thanks mate for everything. I couldn't pull this off without you." Bisik aku sambil mengeratkan pelukannya.

Mana mungkin aku nak marah kawan mati hidup balik aku ni. Tanpa dia, kelaut hidup aku. Punah. Hancur. Ridhwan, betul sahabat aku dunia dan akhirat.

"Don't mention it mate." Belakang aku ditepuk-tepuknya lagi. Selepas Ridhwan, beberapa orang kerabat Akira bersalaman dengan aku dan tak kurang juga ada yang memeluk aku macam aku darah daging mereka sendiri. Tiba-tiba saja aku dan Akira dikerumuni manusia.

"Jaga anak ayah elok-elok Hadi." Bisik ayah Akira di telinga aku.

Aku mengangguk. Itu janji aku sejak hati aku mula nekad mahu menjadikan dia suri jiwa aku.

"Insha Allah ayah." Sumpah aku perlahan dan jujur. Ayah tersenyum nipis dan mengucup pelipis aku penuh kasih. Terkesima aku dibuatnya.

"Akira, anak ayah ni keras sikit. Hadi kena banyak bersabar dengan dia." Pesan ayah lagi hanya untuk aku. Aku mengangguk perlahan.

Aku tahu Akira bukan sejenis senang personalitinya. Dia bukan dicipta daripada sinar matahari dan pelangi, sebaliknya, intipatinya daripada ribut dan petir. Terasnya ombak tinggi bergelora dan taufan menyinga.

No, definitely she won't be easy.

Tapi aku tak takut hujan dan aku sama sekali tak gentar dengan ribut dan petir, dan aku takkan berhenti berenang mengharungi ombak dan taufan.

Ayah melepaskan pautannya di bahu aku bila umi pula menghampiri dan menarik aku ke dalam satu pelukan erat.

"Menantu umi!" Rintih umi gembira. Dah tak boleh panggil mak cik dah. Sejak kaki aku masuk je dalam rumah dia, dia terus bahasakan diri dia umi. Aku pun jadi terbiasa menggelarnya umi.

Aku takut-takut membalas pelukannya namun bila umi mengusap kepala aku bak anak kecil, aku tahu kasih sayang dia jujur. Aku melingkarkan tangan aku di belikat umi dan membalas pelukannya.

"Terima kasih umi." Ucap aku sambil meleraikan pelukan.

"Terima kasih Hadi." Umi mengusap pipi aku yang ditumbuhi jambang lebat. Seolah dapat aku dengar ayat yang tak kedengaran di sebalik kata-kata umi.

'Jaga Akira, jaga anak umi macam mana umi jaga dia, sayang dia lebih dari umi sayang dia.'

Aku hanya mengangguk perlahan sebelum melontar pandangan ke arah Akira yang dikerumuni sahabat handai dia dan teman keluarga. Masing-masing dibasahi air mata. Haru.

Aku mengorak langkah ke arah isteri aku dan merehatkan tangan aku di lekuk bahagian bawah belakang tubuhnya. Serta-merta lehernya berpusing mendongak memandang aku dengan mata merah dan pipi basah.

"Tahniah korang." Fyn dan Erika menepuk bahu aku dan Akira serentak. Aku melayang senyuman penuh penghargaan.

"Terima kasih Fyn, Eri, tolong mak andamkan cik kak saya ni." Ucap aku ikhlas sambil mengerling Akira di sebelah.

Aku tak tahu nak ucapkan setinggi mana lagi ucapan terima kasih kepada dua orang teman rapat Akira. Mereka berdua sentiasa ada di kiri dan kanan dia, susah senang, tak pernah berganjak. Kental dan setia. Teguh macam dinding konkrit.

"Cantikkan dia?" Fyn bertanya nakal.

Aku memusingkan sedikit muka aku, mahu mendapatkan akses ke wajah Akira. "Hmmm.." Aku memegang dagu sambil menelek wajah isteri aku dalam-dalam.

"Hmm je?" Akira membesarkan mata sambil berdesis. Suaranya jelik betul. Aku tergelak besar.

"Hmmm.. Cantik. Cantik sangat isteri saya ni sampai saya rasa tak nak lepaskan langsung." Bisik aku perlahan, hanya untuk telinga dia.

Semakin merona merah wajah Akira. Kawan-kawannya langsung tak membantu bila mereka bersorak mengejek dia dengan usikan yang ada had umur. Aku di sebelah sudah menggeleng kepala sambil terus menerus merenung isteri aku lama.

Akira menampar lembut lengan aku. Malulah tu kena troll dengan member-member sendiri. "Buruknya muka kau malu-malu macam ni kaki." Naufal menyakat kakak dia tanpa ihsan.

"Diamlah. Aki sepak kau kang." Akira mengacah mahu memukul Naufal yang selamba menekan kamera DLSR dia, berdetik-detik merakam aksi Akira tanpa mengendahkan ugutan kakak dia tu.

"Abang Hadi, tengok kaki ni. Dah jadi bini orang pun nak berlagak gangster lagi. Sekolahkan dia sikit." Naufal cuba mengenakan Akira. Aku pun mengambil kesempatan ini untuk rapatkan muka kami dan aku renung dalam-dalam wajah dia.

"Awak buat apa ni?" Akira menolak pipi aku jauh.

"Tengah tengok awak la. Naufal suruh saya tengok awakkan?" Gurau aku, kembali merapatkan jarak wajah kami. Naufal tak lepaskan peluang merekod aksi nakal aku tu. Akira sekali lagi menolak muka aku jauh-jauh.

"Mental betul."

Aku ketawa besar sambil menarik tangannya dan menggenggam erat ke dada aku. Aku separuh menjangka Akira akan menarik tangannya tapi bila dia malu-malu membalas genggaman erat tangan aku, aku tak mampu tahan senyuman bahagia yang tergantung di bibir.

Indahnya perasaan ni.

A/U notes:

I'm not good at describing clothes because I'm not great at it. But  I think I found the perfect wedding dress for Akira...

Are you ready?

Are you ready?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sweet kannn

Okay vote & review.

KITAWhere stories live. Discover now