HADI 35

180 3 0
                                    

"Awak dengan Ben memang hidup segan mati tak mahu kan?" Aku tanya sambil melirik Akira di sebelah. Dia sedang tekan-tekan butang radio, mencari stesen yang berkenan di hati dia. 

"Dia yang cari pasal dengan saya dulu." Akira cuba bela diri.

"Tukarlah tempat duduk. Tak payah duduk sebelah dia lagi." Aku biarkan suara aku lebih tinggi dari suara DJ di radio. Akira menjeling aku tajam. Aku tahu dalam hati dia dah menyumpah aku berkajang-kajang.

"Tak nak. Saya suka duduk sebelah dia." Balas dia selamba, tanpa memikirkan hati dan perasaan aku. Terus aku toleh kepala tengok dia dengan pandangan membunuh. "Awak dah lama hidup ke?" Soal aku dingin.

"Lama jugak." Balas dia sambil menjungkit bahu.

"Next class jangan duduk sebelah Ben lagi. Saya tak suka." Suruh aku serius. Aku tak boleh beri tumpuan ajar setiap kali isteri aku duduk sebelah budak lelaki tu. "Tak nak. Saya tak suka buat kerja dengan orang lain." Laju dia geleng kepala. 

Aku menggigit bibir menahan kesabaran yang semakin menipis. Kenapalah aku kahwin dengan perempuan paling degil dalam dunia?

"Tak nak? What do you mean you tak nak?" Desis aku rendah di sebalik rahang aku yang terketap ketat. Rasa cemburu meluap-luap dalam dada. 

"He knows my pace and I know his. We work like lock and key." Balas Akira sambil mengerutkan dahi.

Terasa mendidih darah aku dengar dia sebut 'lock and key'. Suatu ketika dahulu aku pernah samakan diri aku dan dia seperti 'lock and key' dan sekarang dia gunakan tu untuk samakan dia dengan budak hingusan tu pulak?

"Excuse me? Are you frigging kidding me? Maksud awak apa awak dengan budak tu fit like lock and key?" Aku menerjah, mula hilang kawalan emosi. Terus aku bagi signal dan berhentikan kereta di tepi jalan. Wajah dia aku renung bagai nak terkam. Akira mengeluh berat sambil mengurut kening.

"Apa awak merepek ni Hadi? Maksud saya, saya dengan Ben work like lock and key, synchronize sama-sama, we need each other when we're working. Awak dengan saya, kita berdua yang perfectly fit like lock and key. We complement each other. Listen betul-betul boleh tak?" Balas dia sambil menggerakkan jari telunjuknya dari dada dia ke dada aku.

"Apa beza dua-dua tu? Sama je kan!" Tengking aku geram. Akira menjulingkan mata. 

"Bezalah! Saya dengan Benji bekerja. Awak dengan saya hidup mati bersama. Faham tak? This is for a lifetime!" Herdik dia kuat sambil menjeling aku sebelum melemparkan pandangan ke luar tingkap kereta. Merajuk.

Aku tercengang tengok dia. Bukan sepatutnya aku yang emosi ke? Ni dah kenapa dia pula yang merajuk? "Are you still going to sit next to him?" Aku bertanya setelah agak lama hanya deru nafas kasar kami yang kedengaran. 

"Yes." Tanpa ragu-ragu dia balas. Aku mengurut leher yang terasa tegang.

"And talking about me behind my back?" Aku mengecilkan mata, memandang dia tajam. "Yes." Sekali lagi dia jawab tanpa sekelumit keraguan. Aku menggigit bibir bawah. 

"Nak mati he?" Soal aku geram.

"Tak nak." Balas dia laju.

Aku memandang dia tak percaya sebelum akhirnya senyuman kecil tergantung di pinggir bibir aku. "Well good. Because I don't want you to." Ujar aku cuba lagak selamba. Akira pandang aku dengan sengihan gatal. Dah kenapa senyum macam tu? 

"Hadi..." Panggil dia dengan suara mengada.

"Apa?" Aku menggerakkan dagu. Muka dia aku pandang besar kecil besar kecil. "Can you wink at me again? Macam kat dalam kelas tadi." Pinta dia tersipu-sipu. Aku menjungkit sebelah kening. Apa?

KITAWhere stories live. Discover now