HADI 2

270 3 0
                                    

Aku tersenyum apabila tepukan gemuruh bergema dalam satu dewan hotel. Gitar aku angkat dan aku silangkan ke belakang sambil berdiri menghadap tetamu-tetamu yang hadir di majlis resepsi perkahwinan Jude dan isterinya, Julie.

"Terima kasih semua. Tak lupa, raja sehari yang kita raikan, sahabat saya, Jude dan Julie, selamat penganti baru." Ucap aku seraya membongkokkan tubuh sebagai tanda terima kasih.

Aku turut sama bertepuk tangan sambil memalingkan sedikit tubuh aku menghadap belakang, menghargai band yang mengiringi alunan akustik gitar aku tadi.

Aku melambai sambil berlari anak turun dari pentas. Jude, si pengantin menyambut aku mesra.

"Thanks mate. You're the best!" Bahu aku diraihnya sambil bibirnya tidak henti-henti mengucapkan terima kasih. Aku sekadar tersenyum apabila Julie turut menzahirkan rasa gembiranya kerana aku sudi mainkan muzik di hari bahagia mereka walaupun last minute call.

"Takda hal la. Untuk member, anytime." Aku menepuk-nepuk bahu Jude.

"Pergi makan bro. For you, the best food I'd offer." Jude mempersilakan aku makan di meja VIP. Aku terangguk-angguk sambil berjalan menuju ke meja VIP.

Sedang menjamu selera, aku terdengar perbualan kuat dua orang lelaki dan seorang perempuan yang duduk semeja dengan aku.

"Kalau I jadi the girl, I lari dari rumah. It's so freaking embarrassing." Kata sang perempuan sambil menggeleng kepala.

"I think it's nice that the mother's trying to find a husband for the daughter, don't you think?" Soal yang lelaki pula.

"It'd be nice if it's done discretely. The mother literally promoted her daughter on every available social media. Can you imagine how embarrassing that is? I feel terrible for the daughter. She must have been horrified." Jawab perempuan itu keras. Berkerut-kerut wajahnya cuba menegakkan pandangannya.

"Excuse me, sorry to interrupt your discussion but could you please pass me that bottle? The mineral bottle over there. Yeah, thanks." Aku menunjuk ke arah sebiji botol air yang terletak di atas meja berdekatan dengan mereka.

Dua orang lelaki dan perempuan itu memandang aku serentak.

"Hey, you look familiar. Didn't you sing on the stage? Oh my gosh, I looooove your voice!" Perempuan itu memegang erat lengan aku. Bersinar-sinar matanya memandang segenap wajah aku dengan penuh minat.

Lambat-lambat aku melepaskan tawa kecil. "Thank you. I'm flattered really. Ahem. Could I have the bottle please?" Aku memandang mereka. "Oh sorry." Perempuan itu menghulurkan botol mineral kepada aku.

"Thanks." Aku melempar segaris senyuman kepadanya. Perempuan itu membalas manis.

"Hey, can I ask you something? What would you do kalau your parents try carikan jodoh untuk you? Behind your back. Apa you buat?" Soal perempuan itu sambil menyilang kaki.

Aku meneguk air dahulu sebelum membalas dalam nada gurau, "Where is she? Can I meet the her now?" Kepala aku toleh ke kiri, ke kanan dan ke belakang, cuba mencari 'the girl'.

Perempuan itu tergelak kecil. "You berminat?" Perempuan itu memberi aku satu pandangan menggoda. Aku sekadar ketawa datar.

"Berminat nak tahu, ya." Balas aku sambil mengangguk. Lelaki yang paling kanan menayang skrin smartphone ke arah aku. Page Facebook.

Nama page itu: Husband Hunting for my daughter.

"Facebook?" Tanya aku separa kagum.

Telefon lelaki itu aku capai dan aku skrol ke bawah, membaca secara ringkas komen-komen dan posts yang ada dalam page itu.

"Yup. Modern mums. What do ya know?" Lelaki itu ketawa kecil.

"Hey you boleh join kalau berminat lebih dari nak tahu." Perempuan itu mengenyitkan matanya.

Aku sekadar menjungkit kening sambil tersenyum nipis. "Maybe I will."

"So, you're a full time singer or part time?" Perempuan itu merenung aku atas bawah sambil merehatkan dagunya atas telapak tangan. Matanya tak segan bercerita tentang niat di hatinya. Aku menampal wajah dungu, seolah tak faham kehendak dia.

"Depends." Jawab aku pendek.

"On what?" Soal perempuan itu perlahan, menggoda.

"On your perception." Balas aku sama nakal.

"Well I percieved you as a full timer. I fancy a full time singer." Perempuan itu merapatkan kerusinya ke arah aku.

"She's hunting for a husband too, you know." Bisik lelaki di sebelah kiri, mengerling ke arah perempuan itu sambil menggeleng kepala, menyilang tangan, memberi isyarat 'no good' kepada aku.

"No, I'm not a full timer. Sorry. But I could sing you a song." Aku mengesat mulut dengan napkin. Perempuan itu memeluk tubuh sambil melancarkan pandangan membunuh ke arah aku.

"Did he just reject me?" Soal perempuan itu kepada teman-temannya.

"Yeah he did." Angguk dua lelaki di sebelah perempuan itu.

"Fine. At least sing me Blurred lines if you're that keen on rejecting me." Pinta perempuan itu selamba. Aku hanya mampu tersenyum meleret.

"Blurred lines for the lady."

~*~

Malam itu aku tak boleh tidur. Kepala aku masih teringatkan page Facebook seorang mak buat untuk cari jodoh untuk anak perempuannya. Luar alam. Takkan anak dia tak tahu? Dan kalau anak dia tahu, takkan anak dia setuju?

Aku bangun dan mencapai laptop. Aku taip 'Husband hunting' namun sesaat kemudian aku tekan backspace selama 5 saat, memadam nama page itu.

Apa masalah aku? Jantan lain taip porno, aku taip page carijodoh. Penat betul aku ni. Aku tutup laptop dan terus pejammata. Lagu Blurred lines terngiang-ngiang di kepala sampai aku tertidur akhirnya.

A/U notes:

Blurred lines isn't a good song both lyrics and video clip btw.

Click VOTE & drop your love bits for him.
Thanks korang.

KITAHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin