BAB 62

4.5K 85 14
                                    

Pagi-pagi lagi Hakimi dan Elina sudah terpacak di depan rumah Dhia. Mereka bercadang untuk membawa Dhia ke satu majlis yang Dhia sendiri tidak tahu di mana.

"Amboi, cantiknye adik angkat abang ni. Tak sia-sia mummy buka butik pakaian. Kalah pengantin nanti."seloroh Hakimi saat terpandangkan Dhia yang sudah siap mengenakan dress yang dibawa dari butik mummynya.

"Kenapa kena pakai baju ni abang? Macam Dhia pulak yang nak kena kahwin. Tak over ke kak?"Dhia tersipu malu apabila diusik Hakimi. Dalam diam, hatinya begitu resah untuk turut serta dalam majlis nanti. Memang dia tidak mahu pergi kerana bukan dia kenal semua rakan-rakan Hakimi.

"Hahahaha..Over apanya. Cantik sangat. Dhia nampak cantik bila pakai baju ni. Mesti ramai yang terpesona nanti."tambah Elina pula. Dia berharap agar hubungan Dhia dan Daniel kembali pulih dan kekal sehingga ke akhirnya.

"Thanks kak. Tapi tak apa ke ikut ni? Bukan kawan Dhia pon kan?" balas Dhia pula.

"Tak ada apa la Dhia. Chill je ok." balas Elina lagi.

Farish yang nyenyak tidur di sofa diangkat ke kereta dan mereka menuju ke destinasi yang dirancang Hakimi dan.....

Satu jam berlalu....

Kedengaran Farish merengek tanda baru bangun dari tidurnya. Mungkin tidak begitu selesa berbantalkan lengan Dhia saja. Pantas tangannya mencari botol susu anaknya.

"Lambat lagi ke bang, akak?"tanya Dhia. Rimas pula dia bila dikenakan make-up oleh Elina. Walaupun nampak simple, tapi dia lebih rela mengenakan compact powder dan lip balm sahaja.

"Ermm, kalau ikut map ni, lagi 10 minit lebih kurang. Kan abang?"balas Elina sambil membetulkan duduknya. Dia sendiri sudah mengantuk kerana terpaksa bangun awal pagi tadi. Biasanya hujung minggu mereka akan berehat sahaja di rumah.

"Sabaq sikit na cik adik manis. Nak sampai dah ni."balas Hakimi sambil mengeyitkan mata ke arah Elina.

"Lagipun Dhia bukan pengantinnya. Buat apa nak cepat-cepat."seloroh Hakimi lagi. Memang sengaja dia mengusik Dhia. Dia juga risau apa reaksi Dhia setibanya di sana nanti.

"Ish abang ni dari dulu asyik nak mengusik Dhia saja. Bagi tahu mummy nanti baru tahu."ugut Dhia pula. Hatinya sudah berdebar-debar sejak semalam selepas Hakimi mengajaknya ke majlis kahwin kawannya. Mungkinkah majlis Daniel.

"Auww sakit la sayang."tiba-tiba lengan Hakimi di cubit oleh isterinya.

"Siapa suruh kacau orang, kan Dhia?"tambah Elina. Dhia hanya tersengih melihat mereka.

'Bahagia sungguh pasangan yang Kau jodohkan ni Ya Allah. Semoga hubungan mereka berkekalan sehingga ke akhirnya.' doa Dhia di dalam hati. Dia juga berharap agar ada insan yang lebih menyayangi dan menerima seadanya selepas ini. Kertas putih di tangannya dipegang kemas.











p/s : hai readers sejati saya. Mintak maaf sangat-sangat sebab lama menyepi.

Busy manjang orang kate...hehe

Ada masa nanti update lagi ya....sorryyyy guys...mintak ampunnn..

SELAMANYA MENCINTAIMUWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu