BAB 32

5.4K 111 3
                                    

6 bulan kemudian....

"Eh abang ni dah sihat ke?"pelik Bella dengan abangnya itu. Kaki tu baru je baik, dah sibuk nak pergi kerja. Daniel hanya diam berlalu ke meja makan. Puan Rohana hanya membiarkan Daniel duduk di meja. Memang sejak dia pulih ni, sikap anaknya semakin dingin.

"Kalau kamu belum sihat sangat, kamu rehat la dulu Daniel."kini papanya pula bersuara.

"Daniel ok lah pa. Bosan la..dah berapa bulan terperap je kat rumah."sengaja Daniel memberi alasan. Dia ingin juga menghirup udara luar.

*****

"Hai encik Daniel. Saya Liza, PA encik."Daniel hanya mengangguk faham. Segera dia meminta fail projek yang masih belum siap sepenuhnya.

Liza hanya menurut dan menyediakan maklumat yang diminta bos kecilnya itu.

"Hello sayang,"sapa Dania manja.

"Oh hai Dania. Ada apa call i pagi-pagi ni?"

"Saja, I rindu la kat you. Jom, kita breakfast"sambung Dania di hujung talian. Ya, kini Dania semakin rapat dengan Daniel. Dia yang banyak menjaga Daniel ketika Daniel sakit dulu.

"Sorry Dania, i dah breakfast tadi kat rumah" memang dia ada memberitahu Dania yang dia akan mula kerja dengan papanya hari ni.

"Ow, lunch baby?"suara manja kedengaran lagi.

"Hmm ok boleh. Nanti I send u location."balas Daniel lantas dia mematikan panggilan.

Keluhan berat dilepaskan. Daniel tidak tahu apa perasaannya pada Dania sekarang ini. Dania banyak membantu menjaganya ketika dia sakit. Dhia? Entah ke mana la dia sekarang. Tiba-tiba hatinya menjadi sakit apabila teringatkan perbualannya dengan mamanya beberapa bulan lepas.

"Ma, Dhia mana?"soalan pertama yang terpacul dari mulut Daniel. Dania yang berdiri di sudut katil hanya membuat muka. 

'Tak tahu ke aku yang selamatkan dia?'getus Dania dalam hati.

"Daniel, tak payah lah tanya pasal budak tu. Mama pun tak tahu."balas Puan Rohana malas.

"Hmm, Daniel nak jumpa Dhia ma, Dhia tak datang tengok Daniel dekat sini ke?"rintihnya lagi.

"Hmm ada Dhia datang masa kamu koma. Tapi, dia datang sekejap dengan Syafiq."terasa panas telinga Daniel mendengarnya.

Dania hanya tersenyum melihat muka Daniel yang sudah berubah tidak puas hati itu.

"Argghhhh, perempuan semua sama"jerit Daniel. Habis barang di atas mejanya berselerak. Mukanya diraup beberapa kali sebelum memulakan tugasnya.

Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Syafiq sejak peristiwa di kedai beberapa bulan yang lalu. Ya, masa itu, Dhia sudah sarat. Pasti sekarang dia dah melahirkan anak. Seketika fikirannya menerawang mengingatkan Dhia yang begitu cantik memakai gaun mengandung ketika itu.

Hatinya tiba-tiba resah memikirkan jika Syafiq berjaya mengambil hati Dhia saat dia membiarkan Dhia sendiri masa dulu. Ah, tidak. Dhia hanya milik aku. Tidak ada sesiapa boleh ambil dia dari aku kecuali Allah. 


SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now