BAB 47

5.6K 104 3
                                    

"Sayang, kenapa lambat?"Daniel sudah mengambil tempat di sisi Dania. Air yang diambilnya di meja tadi dihirup. Dania masih memerhatikan kelakuan buah hatinya.

"I kemas baju tadi. Tu yang lambat."mulut Dania sedikit ternganga mendengar jawapan Daniel. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi. Sampai hati Daniel membiarkannya menunggu lama sendirian di situ hanya kerana ingin mengemas baju.

"You, I dah tukarkan bilik you dengan Bella ya."kata-kata Daniel kali ini menambahkan lagi rasa geram Dania.

"What?"balasnya dengan nada yang sedikit tinggi. Pandangan dari orang sekeliling tidak diendahkannya.

"Why baby. Penat  tau I booking semua bilik tu. You suka-suka hati je nak tukar dan tak bagi tahu I pun."panas betul hatinya sekarang ni. Jus tembikai di depannya pula dihirup bagi menyejukkan hatinya sendiri. Daniel hanya mengeluh melayan rajuk Dania. Tangan Dania kini diraih dan diusap perlahan.

"Dania, dengar sini. Kita datang sini bukan untuk bercuti berdua. Satu syarikat kita bawa ke sini. Nanti apa pekerja lain cakap bila tahu kita duduk sebilik?"Daniel cuba memujuk Dania yang sudah masam mencuka.

"Ala by, Bella adik you kan ada. Apa masalahnya?"Dania cuba menguatkan lagi kenyataannya agar pekerja lain tidak tersalah sangka.

Daniel sudah kembali menyandarkan badannya di kerusi. Tidak tahu apa lagi alasan yang perlu dibuat bagi memastikan Dania tidak sebilik dengannya. Dia baru sahaja bercadang untuk berbaik dengan Dhia.

"Dania please. You sayangkan I kan? Please dengar cakap I kali ni je."wajah Dania yang masih masam itu direnung.

"Hmm,,promise kali ni je k?"akhirnya dia termakan dengan kata-kata yang keluar dari mulut Daniel. Sebenarnya dia sudah tahu mengapa tiba-tiba sahaja Daniel bertukar fikiran menukar bilik mereka.

"Good girl. Lepas makan ni, I nak masuk bilik terus la. Nak rehat. Aktiviti kita pun pukul 5 petang nanti kan?"Daniel memberi helah supaya dapat dia menenangkan fikiran sebelum memujuk Dhia.

"Ya, kita ada match bola tampar petang ni dekat pantai. And guess what? Kita satu team!"jelas terpancar riak wajah teruja Dania memberitahu Daniel. Daniel sudah mengagak yang Dania pasti akan berusaha untuk terus rapat dengannya di sini.

"Ow yeke. Ok. Petang ni kita jumpa kat pantai la. You jangan lupa remind staf kita yang lain ya baby."balas Daniel pula.

                                                                                     *******

"Auch,,hey!!"marah betul kalau ada orang yang melanggarnya. Dania memegang bahunya yang terasa sakit sebab dilanggar.

"Err,,maaf cik. Saya tak sengaja. Tiba-tiba lantai ni licin. Nasib baik cik tak lalu sini, kalau tak, cik yang jatuh."terang Naim jujur. Serba salah juga kerana kecuaiannya, dia telah terlanggar perempuan seksi itu.

"Maaf cik, Naim. Ada apa-apa yang terjadi ke? Ni rakan sekerja saya."terang Dhia seakan tidak mengenali Dania. Dia hanya ingin cepat melindungi rakan kerjanya dari terus dimarahi.

"Eyh, kalau tak salah aku kau ni Dhia kan? Kau buat apa kat sini ha?"soal Dania pelik sambil melihat Dhia atas ke bawah. Dhia tidak menjawab pertanyaan Dania.

"Oh, kau kerja sini rupanya. Kau pesan kat budak ni, lain kali jalan tu tengok depan, bukan kiri kanan sampai langgar aku."sambungnya lagi sambil jari telunjuknya sengaja di arah ke muka Naim. Baru dia perasan yang baju mereka berdua sama.

"Ermm, baiklah. Saya juga nak minta maaf bagi pihak dia. Naim, lain kali jangan cuai ya. Customers are our main priorities, remember that."Naim hanya mengangguk mendengar kata-kata Dhia.

"Ish, tepi la. Aku dah lapar ni."Dania mendengus sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

Tiba-tiba Dania teringatkan pertemuannya dengan Dhia tadi sebelum ke tempat makan. Patutlah buah hatinya sesuka hati menukar bilik mereka. 'Tak apa Dania, lagi senang kau nak pisahkan mereka memandangkan mereka berdua ada di sini' otaknya ligat memikirkan berbagai rancangan jahat untuk membuatkan Daniel benci dan melepaskan Dhia kali ini.

Lamunannya terhenti apabila hidungnya terasa seperti dicuit. Terkejut dia melihat susuk tubuh yang ada di hadapannya sekarang ini. Daniel sudah menghilangkan diri sejak tadi. Ingin sambung berehat katanya.


SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now