BAB 40

5.8K 92 0
                                    

"Dania, masuk!"butang interkom ditekan lagi. Kali ini sudah beberapa kali Dania dipanggil. Cepat-cepat Dania berjalan ke bilik Daniel. Dia perasan mood Daniel hari ini tidak berapa baik. Mungkin sebab kejadian beberapa hari lepas.

"Ada apa Encik Daniel?"Daniel yang sedang menulis sesuatu di bukunya dipandang sekilas.

"Macam ni, I nak buat Family Day hujung bulan ni. You tolong cari dekat mana yang sesuai di Perak tu."entah kenapa hatinya tiba-tiba mengajaknya ke sana. Dania memandangnya pelik seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

"You dah dapat tempat nanti petang kita adakan meeting pukul 3."arah Daniel lagi. 'Adui lah cik abang, sekarang dah nak lunch, sempat ke nak cari?'gerutu Dania.

Dia masih duduk termenung di mejanya. 'Mana nak cari ni?'tangannya sibuk bermain dengan tetikus komputer pula. Tiba-tiba dia teringatkan seorang client.'Yes, puan Intan!' Lega akhirnya dapat petunjuk cepat. Tanpa berlengah, Dania mencari nombor telefon Intan di bahagian maklumat client di komputernya.

"Bella, jom kita lunch sama"Bella hanya mengangguk. Memang dia agak rapat dengan Zafran semenjak dia bekerja di situ. Dia selesa berkawan dengan kawan abangnya itu kerana kematangannya. Zafran juga banyak menunjuk ajar Bella di tempat kerja.

"Abang Zaf ada jumpa kak Dhia?"tersentak sedikit dengan pertanyaan Bella. Dia hanya menggeleng. Syafiq dan Elina juga dia tidak jumpa sejak dia menyambung pelajaran setahun lepas.

"Hmm, Bella tak tahu la apa sebenarnya masalah diorang. Mama pulak tak suka kak Dhia. Bella pun mula-mula tak berapa suka. Yelah, abang kan couple dengan Elina. Mama pun suka. Tiba-tiba, abang kahwin dengan orang lain."terang Bella panjang lebar.

"Abang pun masih tak tahu apa problem diorang. Tapi, Zarul kawan kitorang tu pernah bagitahu Daniel yang Dhia pernah tidur dengan lelaki lain sebelum kahwin." serba salah sebenarnya dia ingin masuk campur. Bella nampak terkejut dengan apa yang didengarnya tadi. Tapi, dia kesian juga dengan Dhia. Sampai bila dia nak gantung Dhia tak bertali macam tu.

"Tu bila Daniel dapat tahu Dhia mengandung, dia suruh gugurkan. Dia fikir Dhia memang betul tidur dengan lelaki lain. Tapi, abang pun tak sure sebenarnya."tambahnya lagi.

"Betul ke bang? Abang Bella dah siasat ke? Tak mungkin lah kak Dhia cam tu. Bella tengok dia macam lagi ok je dari Elina." Walaupun Bella tidak berapa suka tapi jauh di sudut hatinya kakak iparnya pandai menjaga maruah diri kerana Dhia selalu berpakaian sopan masa tinggal di rumah mamanya dulu.

"Tu abang tak tahu la Bella. Abang pun dah lama tak jumpa Dhia dan Elina. Last abang dengar Elina ada bergaduh dengan Daniel dekat pejabat Zarul. Pasal apa pun abang tak pasti. Abang kan dah sambung belajar masa tu. Tak nak lah ambil port sangat."sungguh panjang lebar maklumat yang disampaikannya.

Bella hanya diam dan meneruskan suapan makanannya. Begitu juga Zafran. Bella pasti semuanya bakal terungkai suatu masa nanti. Dia mesti mencari kebenaran untuk kebaikan masa depan keluarganya juga. Selesai makan, mereka beriringan pulang ke pejabat.

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now