BAB 16

5.2K 113 1
                                    

"Mama, boleh Dhia pergi kedai tu sekejap?"Dhia menunjuk sebuah kedai pakaian bayi yang berdekatan dengan kedai fabrik. Puan Sri hanya mengangguk. Dia yang menyuruh Dhia memanggilnya 'Mama'. Sebenarnya Dhia takut untuk memanggil Puan Sri Zila ni mama kerana dia sedar dirinya hanyalah pembantu rumah tetapi Puan Sri Zila berkeras mahu Dhia menuruti permintaannya.

"Ha Syafiq, kamu tercegat apa pulak kat sini? Pergi teman Dhia tu,"sambung mamanya. Syafiq yang sedikit tersentak dek teguran mamanya itu terus melajukan langkahnya mendapatkan Dhia.

"Perut awak tak ada lah besar mana pon lagi. Baru nak masuk 2 bulan kan? Buat apa nak tengok barang baby ni?"tanya Syafiq sedikit hairan.

"Alah, Dhia nak tengok harga je la..boleh budget sikit,"terang Dhia lagi.

"Kenapa abang Syafiq ikut Dhia?Sapa teman mama?"tanya Dhia.

"Mama yang suruh abang Syafiq ikut Dhia la. Takut Dhia kena ngorat sebab cantik sangat,"seloroh Syafiq sambil tersenyum manis.

Dhia hanya menahan malu kerana usikan Syafiq yang terus terang itu. Lama Dhia membelek baju-baju yang ada di kedai itu. Kalau diikutkan, Dhia mahu membeli semua jenis pakaian di situ. Tapi, dia belum tahu lagi jantina anak yang bakal dilahirkan. 

Tanpa mereka berdua sedari, ada beberapa pasang mata yang sedang melihat aksi mereka berdua dengan perasaan geram.

Selesai membeli fabrik untuk butiknya, Puan Sri Zila mengajak mereka berdua makan tengahari di restoran berdekatan. 

"Syafiq, nanti hantar mama pergi butik, lepas tu hantar Dhia balik ya."arah Puan Sri Zila.

"Ok ma,"jawab Syafiq. Sesekali matanya mengerling ke arah cermin belakang melihat Dhia. Entah kenapa hatinya begitu terusik dengan perwatakan Dhia. Orangnya cukup bersederhana penampilannya. 'Ruginya kau Daniel.'bisik hati kecil Syafiq.

Dhia hanya berpura-pura tidur kerana dia tahu Syafiq memandangnya sedari tadi. 

"Dah sampai butik mama ni. Mama pun dah turun, Dhia duduk depan dengan abang. Dah-dah la tu buat-buat tidur."kata Syafiq kepada Dhia.

"Mana ada Dhia buat-buat tidur la abang. Isshh tak habis-habis usik Dhia,"marah Dhia geram dengan perangai Syafiq. Terus Dhia membuka pintu untuk pindah ke bahagian hadapan kereta.

Perjalanan mereka hanya ditemani lagu-lagu yang dimainkan di radio.




SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now