BAB 22

5.4K 111 0
                                    

Jam sudah pukul 9:30 malam. Mata Dhia masih lagi segar tanda masih belum boleh tidur. Puas dia membetulkan posisinya tetapi masih belum boleh melelapkan mata. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengambil angin di luar seketika.

Deruan air pancut di kolam buatan rumah keluarga Syafiq begitu menenangkannya. Gambar perkahwinan yang ada di dalam telefon bimbitnya dilihat satu persatu. Tanpa dia sedar, air matanya merembes keluar dari kelopak matanya sekali lagi.

"Hoi, tunggu sekejap,"arah Daniel kepada Dhia. Dhia tidak dapat mengelak lagi. Daniel sudah terpacak di depan Dhia semasa Dhia hendak memusing ke belakang. 'Rindunya aku pada kau Dhia. Cantik sangat kau hari ni'.Daniel berbisik dalam hatinya. Dia sedang berperang dengan perasaannya sendiri.

"Ya, tuan Daniel panggil saya? Ada apa ya?"soalan Dhia menyedarkan Daniel dari lamunannya.

Daniel hanya menghulurkan sekeping kad tertera jemputan perkahwinan. Dhia hanya membelek dan melihat tarikh majlis mereka. Dhia hanya tersenyum. Daniel terpana seketika dek terlihat senyuman manis Dhia. Sudah lama dia tidak melihat Dhia tersenyum begitu.

"La, tarikh majlis tuan Daniel ni sama tarikh dengan baby saya nak keluar la,,"balas Dhia sambil mengusap perutnya. Ya, 2 minggu lagi majlis mereka akan berjalan.

"By the way, thanks jemput  saya ya. Tapi, saya tak janji nak datang ya. Kesian anak saya nak keluar nanti."sambung Dhia terus berlalu meninggalkan Daniel sendirian.

'Haishhh, kenapa lah nak kena fikirkan Daniel lagi. Dia nak kahwin dah pun'. Marah Dhia dalam hati.

"Abang Syafiq ganggu ke?soal Syafiq yang sedari tadi memerhatikan Dhia dari dalam rumah.

"Eh, abang Syafiq kenapa tak tidur lagi? Esok kerja kan?"soal Dhia pula.

"Abang nak minum air, nampak pintu ni terbuka, ingat kan pencuri ke apa."jelas Syafiq lagi.

"Oh, maaflah. Dhia tak boleh tidur."balas Dhia sepatah. Syafiq hanya mengangguk. Lama mereka berdua senyap sebelum Dhia kembali memulakan bicara.

"Tadi pagi, Dhia terjumpa dengan Daniel. Dia bagi kad kahwin. Abang Syafiq tahu bila majlis diorang?"tanya Dhia memandang Syafiq.

"Entah, bila tu?"balas Syafiq berbasa basi saja. Malas dia nak ambil peduli.

"Lagi 2 minggu dari sekarang. Haha. Dah la sama tarikh dengan Dhia nak bersalin. Macam mana Dhia nak pergi. Ok lah, Dhia masuk bilik dulu. Ngantuk la pulak."balas Dhia tanpa menghiraukan pandangan pelik Syafiq.

'Biar betul budak Dhia ni? Laki nak kahwin lagi pun masih boleh gelak ke?'desis hati Syafiq.

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now