BAB 5

5.1K 123 1
                                    

Hari ini bermula la hari intern Dhia. Dhia hanya memakai baju kurung moden berwarna merah dengan corak bunga berwarna kuning. Tudung yang digayakan mengikut tema bunga pada bajunya. Sedikit lip gloss dioles ke bibirnya yang mungil lagi comel itu. 

"Sayang, tunggulah I."tiba-tiba Dhia menoleh ke arah pemilik suara itu. Seorang perempuan sedang membetulkan tali wedges miliknya. Saat itu juga mata Dhia bertentang dengan Zarul. 'Eh, dia buat apa kat sini?'desis hati Dhia. 

"Hi Dhia, you pon intern dekat sini ke?"tanya Zarul mesra. Belum sempat menjawab pertanyaan Zarul, perempuan tadi terus meluru ke arah Zarul lantas memegang tangan Zarul.

"Siapa budak ni baby?"sengaja perempuan itu melentok manja di lengan Zarul. Macam la Dhia terasa dengan perlakuan tak tahu malu itu. Dia belum tahu lagi berapa ramai kekasih gelap Zarul di universiti dulu.

Dhia yang malas hendak melayan mereka terus menekan butang lif untuk ke pejabatnya. Dia telah diberitahu oleh bahagian receptionist tadi untuk ke tingkat 7. Setelah sampai ke tingkat 7, pintu lif terbuka dan Dhia melangkah keluar. Sempat Dhia melihat keadaan sekeliling dan tiba-tiba matanya tertancap pada seorang lelaki yang sangat dikenalinya. Ya, Daniel Irfan. Pujaan hatinya. Tiba-tiba fikirannya teringat sesuatu yang pahit.

"Eh Dhia. Sini sekejap."laung Daniel apabila terjumpa Dhia. Dhia seakan tidak percaya Daniel yang memanggilnya. Tanpa menunggu masa, Dhia berjalan perlahan ke arah Daniel dan kawan-kawannya. Dibiarkan Shima dan Maya dibelakangnya.

"Aku dengar kau syok kat aku."bidas Daniel sambil mengangkat keningnya. Kawan-kawan lain memandang Dhia seakan tidak percaya. Mana mungkin. Dhia bukan taste Daniel.

"Err...sa..."kata-kata Dhia terhenti di disitu apabila Zarul terlebih dahulu bersuara. "Kesian kau Dhia, kau bukan taste Daniel la. Aku kawan dia, aku kenal dia." Ucapan Zarul disambut oleh gelak tawa Daniel dan yang lain.

"Aku tak nak kau ada perasaan sikit pon pada aku. Kau bukan wanita idaman aku. So, aku rasa kau dah boleh move on la sekarang."perli Daniel lagi sambil melambai ke arah Dhia. Perwatakan Dhia yang bersahaja dan sopan itu dipandang rendah oleh Daniel. Namun, jauh di sudut hati Daniel, dia tahu ciri-ciri wanita idamannya ada pada Dhia. Sungguhpun begitu, dia terpaksa ketepikan perasaan itu dek kerana egonya. Daniel malu untuk membalas cinta Dhia kerana kawan-kawannya akan mentertawakannya jika bercinta dengan budak kampung.

Shima dan Maya berlari mendapatkan Dhia yang sedang menahan marah. Ramai yang memasang telinga dan mata untuk mereka.

"Ingat aku nak sangat ke kat dia."marah Dhia lagi.




SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now