BAB 27

5.4K 108 0
                                    

Lemah lutut Puan Rohana sebaik sahaja melihat anak lelakinya terbaring lesu di katil hospital. Kepala Daniel masih berbalut dan mukanya yang putih bersih itu terdapat beberapa kesan calar dan lebam. Mungkin terkena serpihan kaca cermin keretanya. Kaki kanannya juga sudah disimen.

Elina hanya menangis mendapatkan mamanya yang turut serta hadir selepas dihubungi Elina. Encik Kamal hanya menenangkan isterinya yang sedari tadi asyik menangis. Dia juga berasa sedih tetapi apa kan daya, ini sudah menjadi ujian buat Daniel.

"Elina, bukan Elina keluar dengan Daniel ke tadi?Elina tak cedera ke?"pelik juga mengapa hanya Daniel yang mengalami kecederaan. Elina serba salah untuk menjawab.

Belum sempat Elina menjawab, pintu bilik wad dibuka. Kelihatan seorang perempuan sudah berjalan masuk mendekati mereka.

"Err..maaf mengganggu. Awak semua ni ahli keluarga Daniel ke?"pertanyaan gadis itu dibalas dengan anggukan sahaja. Elina hanya menjeling. 

"Kamu siapa?"tanya papa Daniel pula. Jelingan Elina dibiarkan sahaja.

"Saya Dania. Saya yang tolong call ambulan tadi. Syukur saya bila waris Daniel dah ada. Telefon Daniel dah hancur dan saya tak tahu nak contact siapa."terang Dania sambil melirik ke arah Daniel yang masih tidak sedarkan diri.

"Ya Allah, terima kasih ya Dania. Kalau kamu tak cepat call ambulan tadi, kami tak tahu la Daniel masih hidup atau tak."balas Puan Rohana sambil memeluk Dania. Dania hanya membalas pelukan mama Daniel.

Setelah beberapa minit, Dania meminta diri untuk pulang dahulu. Tanpa dia sedar, langkahnya diikuti seseorang tapi dia membiarkannya sahaja. Dia tahu siapa gerangannya. 

"Kau nak apa lagi ni perempuan?"tak semena-mena tangan lembut Dania ditarik kasar oleh Elina.

"Excuse me. How dare you!"Dania berang dengan perlakuan berani Elina itu. Ya, Elina kenal sangat dengan Dania, sepupunya sendiri. Dania pernah meluahkan isi hatinya saat terpandangkan Daniel dulu. Dia juga tahu masa itu Elina girlfriend Daniel.

"Aku tanya kau nak apa?"jeritan kecil Elina membingitkan telinganya.

"Nothing."pendek sahaja dia membalas. Sempat dia menghadiahkan satu senyuman sinis kepada Elina. 'Kau tunggulah Elina' bisiknya dalam hati. Segera dia berlalu meninggalkan sepupunya itu yang termangu sendirian.




SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now