BAB 48

5.6K 95 1
                                    

Dania tersenyum lebar melihat gerangan yang ada di depannya sekarang ini. Makin senang la kerjanya nanti. Muncul pelbagai idea jahat untuk mengenakan Dhia.

"Ok semua dah ada kat sini ya? Awak semua yang terlibat untuk match bola tampar bolehlah turun kat tepi pantai ya. Mana yang tak terlibat boleh turun sama untuk menyokong pemain ya."Dania memberi penjelasan kepada staf lain yang sudah berkumpul di lobi berhadapan kaunter pendaftaran.

Daniel juga turut berada di situ semasa Dania memberi penjelasan kepada pekerja-pekerjanya. Matanya juga tidak terlepas dari melihat ke arah kaunter pendaftaran untuk mencari kelibat Dhia, namun hampa bila Dhia tiada di sana. Dania sedar yang buah hatinya asyik melihat ke arah kaunter seakan tidak mempedulikannya bercakap.

"Sayang, jom!"Dania memaut tangan Daniel setelah semua pekerja bergerak ke tepi pantai. Daniel hanya membiarkannya. Dia hanya mengenakan t-shirt jersey berwarna hitam dan berseluar tracksuit sama warna dengan bajunya.

Dari jauh, mata Daniel sudah dapat menangkap dua susuk tubuh yang sangat dikenalinya. Tiba-tiba hatinya panas melihat kedua-dua mereka berjalan bersama. Dania perasan perubahan muka Daniel dari ekor anak mata kanannya. Sekejap lagi, rancangannya untuk terus mendapatkan Daniel pasti berjaya.

Perbualannya dengan gerangan lelaki yang muncul di depannya tengahari tadi di imbas kembali...

"Wow, what a surprise!"Dania bersuara setelah lelaki itu duduk di kerusi hadapannya.

"Why, you don't like it? Kalau tak suka I boleh balik."tangan Zarul disambar Dania sebelum dia sempat untuk bangun.

"Ala you ni. Nak merajuk pulak. Dah la Daniel tinggalkan I tadi. Sekarang you pulak nak tinggalkan I." Dania sudah menarik muka. Zarul yang kesian dengan Dania terus mengusap lembut jari jemari mulus milik Dania. Tersentuh dia dengan sentuhan lembut jemari Zarul.

"Alololo manja baby I ni. Kesiannya kena tinggal dengan bos kesayangan. By the way kenapa dia sampai hati tinggalkan perempuan secantik seseksi you ni sorang-sorang?"pelik pula Zarul dengan perangai Daniel.

"Hmm, entah. You nak tahu tak isteri Daniel tu, Dhia. Dia kerja kat sini tau. Baru tadi I terjumpa dengan dia."Zarul terkejut mendengar berita yang baru sampai dipendengarannya.

"Seriously?"Dania hanya mengangguk pertanyaan Zarul. Zarul teringat kembali pertemuannya dengan Dhia bulan lalu semasa di mall. Dhia nampak cantik sangat dengan penampilannya yang baru masa itu.

"Kenapa you senyum sorang-sorang ni? You macam suka je kat isteri dia tu bila dengar I petik nama dia, you kenal ke?"kalau betul lah apa yang difikirkannya sekarang ini, makin cerahlah harapannya sekarang ini untuk mendapatkan Daniel.

"Actually, Dhia was my first love but she don't."semakin pelik Dania mendengarnya. Zarul mengambil nafas panjang sebelum menyambung kata-katanya.

"Wow, amazing. What do you mean by she don't?"Dania tidak faham dengan kata-kata Zarul tadi.

"Hmm, one side love maybe." Dania hanya mengangguk faham apa yang cuba disampaikan Zarul. Berminat pula dia untuk mengetahui perihal cinta bertepuk sebelah tangan Zarul.

"I pun tak tahu kenapa I suka sangat dekat Dhia. I dapat rasa dia tak macam perempuan lain. Dhia pandai jaga diri, tak melayan lelaki sejak dari zaman sekolah lagi."sambungnya lagi sebelum kata-katanya terhenti.

"Ermm sorry. I tak patut cerita semua ni dekat you. Malu pula I." Diraup wajahnya berkali-kali menahan perasaan mungkin kerana teringatkan kejadian cintanya ditolak mentah-mentah oleh Dhia.

"Nah, it's okay la darling. Then?"teruja Dania untuk mendengar lagi.

"One day, I confessed to her about my feeling towards her. She rejected me that time and told me that she need to focus on her studies. But, I heard she really like Daniel that time. Daniel tahu Dhia sukakan dia tapi Daniel dah ada girlfriend. So, dia tak layan Dhia. "ceritanya panjang lebar kepada Dania.

"Ow I see. So, how they married?"soal Dania lagi.

"I yang paksa."Dania sudah mengerutkan dahinya semakin tidak faham. Zarul hanya tersenyum hambar.

"Masa tu Daniel perlukan duit. So, kita orang berempat bertaruh. Kalau Daniel kahwin dengan Dhia, dia menang dan dapat duit taruhan."Dania mengangguk berkali-kali mendengar penjelasan Zarul.

"So, now you nak Dhia balik ke?"soalan itu tiba-tiba terpacul dari mulut Dania. Zarul beriak biasa dan tidak membalas pertanyaan Dania. Benarkah dia mahukan Dhia sebenarnya atau sekadar ingin membalas dendam sahaja setelah ditolak cintanya oleh Dhia.



SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now