BAB 41

5.5K 94 0
                                    

Bilik mesyuarat sudah dipenuhi dengan pekerja-pekerja Daniel. Tak ada lah ramai sangat pekerjanya, dalam 20 orang je. Bella dan Zafran duduk bersebelahan. Dania mengambil tempat di sisi Daniel.

"Assalamualaikum semua, perjumpaan kita petang ini santai sahaja. Saya bercadang untuk mengadakan Hari Keluarga untuk syarikat kita. Rasanya, dah sampai masa untuk saya memberi kamu semua reward atas pencapaian syarikat kita yang baru setahun jagung ni."ucap Daniel panjang lebar.

Rata-rata pekerjanya menyambut baik usul yang dicadangkan tadi. Ada pula yang mengangguk setuju dan ada yang teruja.

"Jangan risau, kos penginapan dan makan syarikat akan tanggung."lega mereka semua apabila mendengarnya.

"Tapi, kalau nak shopping ke apa, awak semua boleh prepare duit sendiri lah ya,"kali ni ucapannya disambut gelak tawa pekerjanya.

"Err,, bos. Boleh bawa anak bini tak?"soal Hafiz.

"Boleh je. Nanti inform saja Dania mana yang ada pasangan tu. Dania akan sediakan borang nanti ya,"balas Daniel sebelum meninggalkan mereka. Dania hanya tersenyum mengangguk. Otaknya ligat berfikir aktiviti untuk dirinya dan Daniel sahaja.

"So, saya akan tinggalkan korang semua untuk berbincang apa aktiviti yang kita boleh buat sepanjang 3 hari 2 malam di sana,"sambungnya lagi sambil matanya melirik ke arah Dania. Dania yang faham dengan pandangan Daniel lantas mengangguk.

Selesai memberi arahan kepada Dania, Daniel keluar dari bilik mesyuarat dan menuju ke biliknya semula. Dania menyambung semula mesyuarat dengan pekerja yang lain. Hampir 1 jam mereka meeting, pelbagai cadangan diterima. Ye lah, interior designer kan. Macam-macam la idea mereka.

Dania segera menyiapkan kertas kerja sebelum diserahkan kepada Daniel untuk disemak. Mana taknya, 3 minggu je lagi. Nasibnya baik kerana chalet yang dibookingnya semalam masih banyak yang kosong.

                                                                                     *****

"Dhia, macam mana status hubungan kamu dengan Daniel nak?"pertanyaan ayahnya menyentakkan lamunan Dhia. Dia sendiri tidak tahu macam mana. Sejujurnya, masih ada sedikit sayang pada Daniel. Dia tidak mahu anaknya tidak mendapat kasih sayang dari ayah kandungnya.

"Hmm, Dhia masih isteri dia yang sah ayah. Cuma..."kata-katanya terhenti sebaik melihat Farish yang sudah menapak ke arahnya. Diangkat anaknya itu dan dicium berkali-kali bagi mengubat kesedihan yang melandanya sekarang ini.

"Hmm, Cuma apa?Cuma atas kertas sahaja?"soal ayahnya sedikit marah. Dhia hanya mampu mendiamkan diri. Dilihat ayahnya sudah berlalu ke dapur. Rancangan di TV tidak begitu menarik perhatiannya sekarang ini.

"Maafkan mummy ya Farish. Mummy tak kuat untuk lepaskan orang yang mummy sayang. Farish pon jangan tinggalkan mummy ya."Dhia sekadar berbisik di telinga Farish. Farish seakan memahami luahan isi hati mummynya hanya melentokkan kepalanya ke dada Dhia.

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now