BAB 36

5.3K 103 0
                                    

Meeting pagi ini hanya diadakan di hotel berdekatan pejabatnya sahaja. Jalan pada waktu pagi pun sudah tidak sesak lagi. Kelihatan Dato' Haris dan Zarul berjalan menghampiri mereka. Perbincangan mereka berlangsung hampir sejam lebih.

"So, Daniel. I harap you boleh sediakan beberapa layout design untuk ruangan pejabat baru saya di Perak ni nanti ya."pesan Dato' Haris sebelum meninggalkan Daniel dan Dania.

"Baik, Dato. Saya akan sediakan secepat yang mungkin."Daniel sekadar membalas. Dia sebenarnya masih tidak puas hati dengan Zarul tadi.

Zarul asyik memerhatikan Dania yang duduk bertentangan dengannya. Bukan dia tidak tahu perangai playboy kawan baiknya itu. Dasar. Dania pula tidak kekok melayan pandangan mata Zarul. Rasa nak halau je dua-dua tadi.

Selesai sahaja meetingdengan kedua beranak tadi, mereka bergegas ke pejabat untuk menyediakan dokumen untuk meeting pada sebelah petang pula. Terasa seperti cepat jarum jam berpusing. Daniel melihat jam di dinding biliknya, sudah pukul 12.30 tengahari.

"Baby, jom lunch. I dah lapar ni."pintu biliknya dikuak dari luar. Wajah Dania sudah terjegul di balik daun pintu.

"Ha sekejap. You tunggu I dekat motor."arah Daniel. Helmet spare dikeluarkan dari almarinya. Dania berlalu pergi seperti yang diarahkan Daniel.

Hari ni, mereka lunch di Seoul Garden. Adiknya awal-awal sudah keluar makan dengan Zafran. Hmm, biarlah. Sekurang-kurangnya dia tahu Zafran ni macam mana orangnya. Dia tidak suka mengambil kesempatan.

                                                                                      *****

Meeting petang ini diadakan di bilik mesyuarat pejabatnya sahaja. Dania sudah menyediakan 2 cawan air untuk Daniel dan Intan. Intan masih belum dapat mengecam wajah Daniel kerana mereka tidak pernah bekerjasama sebelum ini.

"Thanks Dania. So, ms. This is Dania, my secretary." Intan menghulurkan tangan dan bersalaman.

"So, I've seen your email request cuma warna tema tu you belum confirm kan?"jelas Daniel lagi. Intan sebenarnya sudah menambah ball room di chaletnya. Tetapi, design di dalam ball room tersebut masih belum ada. Sebab itu, dia berjumpa dengan Daniel. Laman web milik syarikat Daniel sangat menarik perhatiannya beberapa minggu lepas.

"Yes, do you mind if I take a look of your catalog first?" giliran Intan pula bersuara. Dania segera memberikan beberapa katalog kepada Intan.

Hampir 2 jam perbincangan mereka. Setelah selesai, Intan meminta diri. Daniel hanya bersandar di kerusi bilik mesyuarat itu.

"Hmm baby I penat ke."tangan Dania sudah mengurut lembut bahu Daniel. Daniel yang selesa dengan perlakuan Dania hanya membiarkannya sahaja. Alangkah bagusnya kalau Dhia yang sedang membelainya ketika ini.

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now