BAB 56

6.5K 100 4
                                    

Dhia meleraikan pelukan tangannya setelah mereka berjalan jauh meninggalkan Dania. Daniel terkejut dengan perubahan Dhia namun dia lega kerana Dhia memeluk lengannya dan beraksi manja di depan Dania sebentar tadi.

"Hmm sorry."Dhia bersuara semula setelah melepaskan pelukannya.

"Tak apa sayang. Abang lagi suka bila Dhia buat macam tu."balas Daniel dengan senyuman meleret.

"Saya balik dulu."Dhia malas hendak melayan pandangan penuh makna suaminya. Kakinya terus berjalan laju meninggalkan Daniel. Daniel tidak lagi mengejar isterinya kerana dia yakin bahawa Dhia cemburu dengan kemesraannya bersama Dania.

Stereng keretanya direnung dalam. Dhia kusut dengan perasaannya. 'Benarkah Daniel akan berkahwin dengan Dania? Kalau betul nak kahwin, kenapa perlu memujuk rayu aku?'Dhia hairan dengan suaminya.

Enjin kereta dihidupkan sebelum meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. Dia tidak tahu perasaannya sekarang ini. 15 minit perjalanan ke rumah dirasakan begitu lama sekali. Baru sahaja kakinya ingin mendaki anak tangga rumah uminya, deringan telefon bimbitnya menjerit minta diangkat. Terpapar nombor si pemanggil yang Dhia sendiri tak kenal pemiliknya.

"Assalamualaikum sayang."kedengaran suara Daniel di hujung talian.

"Err..waalaikumussalam. Macam mana awak dapat nombor saya ni?"tanya Dhia pelik.

"Hehe..kawan abang kan ramai. Dhia dah sampai rumah ke?"Daniel sengaja bertanya walaupun dia pasti isterinya memang sudah sampai di rumah. 

"Hmmm, kenapa lah abang Hakimi bagi nombor Dhia."terdengar keluhan kecil di hujung kata-katanya.

"Amboi, dengan Syafiq pun nak ber'abang-abang'. Dengan abang tak ada pun." Daniel sedikit terasa dengan cara Dhia. 

"Hmm, awak nak apa ni? Saya nak masuk rumah ni."Dhia malas untuk melayan rajuk Daniel.

"Hmm, ok lah..take care sayang."talian diputuskan Daniel. Dia telah mengekori Dhia dari chalet sampai ke rumah mertuanya.

Dhia hanya menjongket bahunya selepas melihat skrin telefonnya. Kakinya laju diatur ke dalam rumah. Salam yang diberi berkali-kali tidak dijawab. 

"Mana pulak semua orang dalam rumah ni?"Dhia bertanya sendirian. Telefonnya dicapai dan mendail nombor uminya. Namun, hanya deringan kedengaran.

Daniel sudah memarkir keretanya sebelah kereta Dhia. Dia perlu berjumpa dengan keluarga mertuanya untuk memohon maaf atas segala kesilapan lalunya terhadap Dhia dan anaknya. Baru sahaja dia keluar dari kereta, dia mendengar jeritan Dhia dari dalam rumah.

Kakinya laju masuk ke dalam rumah dan mencari kelibat isterinya. Seraya itu, dia terlihat susuk tubuh seorang lelaki sedang mengacukan pisau belit ke arah Dhia. Namun, badan Dhia telah ditarik kasar oleh lelaki itu apabila Daniel meluru ke arahnya. Kini, pisau itu telah berada di leher Dhia.

"Abang, tolong Dhia bang."Dhia sudah merintih ketakutan. Daniel sudah panas melihat cara lelaki itu memeluk Dhia dari belakang.

"Bro, kau nak duit kan? Aku boleh bagi. Ni aku ada RM 500 cash. Kau lepaskan dia sekarang."Daniel sudah memberi umpan kepada lelaki itu. Duitnya dikeluarkan dan dihulur kepada lelaki itu.

Tanpa berlengah, lelaki tersebut menolak Dhia jatuh ke lantai dan merampas duit yang dihulur Daniel dan terus meluru keluar dari rumah meninggalkan mereka berdua. Dhia sudah terduduk di lantai dengan tangisan ketakutan. Daniel membantu Dhia untuk bangun semula. Tanpa dia sangka, Dhia telah laju memeluknya sambil menangis.

"Dhia takut abang. Jangan tinggalkan Dhia."pelukannya dieratkan. Dia seakan selesa dan lebih selamat dengan kehadiran suaminya sekarang ini.

"Shhh,,abang ada ni. Dhia jangan takut ya sayang."Daniel memujuk Dhia yang masih lagi trauma itu. Jantung nya berdegup laju tatkala Dhia memeluknya. Dia memimpin Dhia untuk ke bilik dan berehat. Dhia telah tertidur kepenatan.

Lama Daniel memandang wajah ayu milik Dhia. Mengapalah dia mengabaikan isterinya selama ini. Perlahan-lahan dahi Dhia dikucup sebelum keluar dari bilik. Barang-barang yang berselerak di dapur dikemaskan semula. Pintu dan tingkap sudah dikunci. Dia bimbang jika perompak tadi muncul semula.


SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now