BAB 18

5.1K 112 0
                                    

"Yo, bro! Sorry lambat bro."tegur Syafiq kepada Daniel.

"Apehal lambat sangat ko ni? Ade bini ke kat rumah tu,"duga Daniel lagi. Syafiq memang ramai peminat dari zaman belajar lagi. Ye lah, anak Tan Sri kan. 

"Haha..ko dah order belum?"jawab Syafiq malas hendak melayan tekaan Daniel.

"Aku dah order la macam biasa."jawab Daniel sepatah. Fikirannya masih runsing dengan tuduhan mamanya.

"Kau ok ke ni? Kenapa tak bawa Dhia sekali?"sengaja Syafiq ingin melihat reaksi Daniel.

"Dia dah lari sebulan lebih. Aku pun tak tahu Dhia pergi mana? Family dia pun aku tak contact."luah Daniel seraya meraup wajahnya yang putih bersih itu.

"What!! Kau buat apa kat Dhia sampai dia lari?"Syafiq berpura-pura terkejut dengan kenyataan Daniel. Sengaja dia ingin mendapatkan kesahihan cerita dari kedua-dua belah pihak.

"Dhia mengandung tapi bukan anak aku. Aku tak pernah sentuh Dhia. Ini ke balasan untuk aku sebab bertaruh kahwin dengan Dhia?"Daniel meluahkan isi hatinya.

"Sabarlah bro. Tapi kau dah cek ke yang kau betul tak sentuh dia? Masa kau mabuk dulu kau ingat apa-apa?"Syafiq sekadar meluahkan pendapatnya. Bahu Daniel sekadar ditepuk perlahan.

Daniel bingung dengan pertanyaan Syafiq. Memang dia selalu mabuk, tapi masa tu...Daniel tidak dapat mengingatinya. 

"Tapi minggu lepas mama dan adik aku ada ternampak Dhia dekat mall. Dhia dengan lelaki lain weyh. Aku rasa Dhia dah jumpa la pak sanggup untuk anak dia."sambung Daniel lagi sambil mengepal penumbuknya menahan marah. 

Syafiq yang mendengar tuduhan Daniel semakin membuak-buak rasa marah dalam hatinya. Tetapi, segera dia menenangkan diri menghirup air fresh oren yang dipesannya tadi.

"Kau tahu, 2 hari lepas aku ada terserempak dengan Zarul. Kau tahu dia dengan sapa?" terang Daniel. Syafiq hanya menggeleng. Sebenarnya dia lebih sakit hati dengan Zarul kerana telah memfitnah Dhia dan Daniel. Apa motif pun dia masih tidak tahu.

"Elina. Bukan main mesra lagi jalan pegang-pegang tangan. Dasar playboy." sambung Daniel.

Syafiq hanya mendengar bebelan Daniel sambil menjamah nasi goreng ayam kesukaannya. Dia tahu memang Zarul kaki perempuan. Baginya, selagi duitnya masih banyak, selagi itu dia akan mengumpan perempuan-perempuan di luar sana. Selesai makan, mereka berdua pulang ke rumah.





SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now