BAB 59

6.5K 91 0
                                    

Setahun setengah kemudian....

"Ha, tulah. Berangan lagi. Kan dah kena cium bola."bebel Hakimi yang baru selesai membeli aiskrim.

"Papa, nak akim,"si kecil Dhia sudah berada di hadapannya. Hakimi segera menyuakan aiskrim tadi ke mulut anak angkatnya itu.

Sudah 3 tahun usianya kini, namun kasih sayang terhadapnya tidak pernah berubah. Hakimi faham akan situasi yang melanda kehidupan Dhia setahun yang lepas. Dia akur dengan setiap keputusan yang Dhia buat.

Hakimi juga sudah selamat diijabkabulkan dengan Elina beberapa bulan yang lepas. Dhia bersyukur walaupun Elina begitu membencinya dahulu, kini mereka sudah berkawan baik.

"Dhia termenung apa? Ada teringatkan sesiapa ke?"Hakimi sekadar menduga.

"Hahaha. Nak ingat kat siapa je bang. Semua dah jadi kenangan kan?"balas Dhia selamba. Dia sebolehnya tidak mahu mengingati kenangan hitam itu lagi. Dhia redha dengan segala yang tersurat buat dirinya.

"Eh, tadi kata nak jemput Elina balik kerja. Pergilah. Nanti lambat."Dhia melambai-lambai tangannya seperti menghalau Hakimi sambil tersengih-sengih. Dia cuba untuk menukar topik sebenarnya.

"Ish budak ni. Yelah, jom abang hantar balik dulu."Farish yang berada di sebelahnya didukung. Lega Dhia apabila Hakimi tidak lagi menyambung perbualan tadi.

"Alah, bukan jauh pun rumah sewa kita tu. Sibuk je nak hantar,"balas Dhia lagi.

"Memanglah tak jauh cik adik. Nanti kalau jadi apa-apa, apa abang nak jawab pada mummy?"sengaja Hakimi menjual nama mummynya.

Dhia tahu mummy angkatnya begitu mengambil berat tentang dirinya dan Farish. Ada juga mummynya mengajak mereka tinggal bersama dirumahnya, tetapi Dhia hormatkan Elina yang sudah menjadi menantu dalam keluarga itu.

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now