BAB 65

3.1K 78 2
                                    

"Sayang abang cari ni ke?"sengaja helaian kertas di tangannya dikibaskan.

"Macam mana.."terkejut Dhia setelah melihat kertas tersebut sudah berada di tangan Daniel.

"Well, abangkan pandai."jawab Daniel selamba.

"So, alang-alang awak dah pegang tu, silalah sain borang tu ya. Senang saya tak perlu nak explain lagi."Dhia kuatkan hatinya yang sedikit terluka itu.

"Hmmm,,borang perceraian..Interesting. Sayang dah fikir masak-masak ke? Dah tak sayang dan cintakan abang lagi macam dulu?"sengaja Daniel ingin bermain kata dengan isterinya. Jauh di sudut hatinya ingin mendapatkan kemaafan yang tulus dari isterinya.

"Dah, saya dah..."belum sempat Dhia menghabiskan ayatnya, Daniel sudah mengoyakkan kertas tersebut.

"Kenapa awak buat macam tu? Tolong lah lepaskan saya Daniel. Awak pun dah bahagia dengan Dania. Saya redha dengan ujian hidup saya. Saya tak minta banyak, cuma nak awak lepaskan saya saja."air mata yang ditahan sedari tadi jatuh juga.

"Maafkan abang, sayang. Sayang saja isteri abang dunia akhirat. Bagi abang peluang untuk jaga sayang selepas ni. Abang harapkan peluang kedua dari sayang. Abang minta maaf sebab dah sakitkan hati sayang selama kita berkahwin. Trust me, u are my first love since we met. Sayang perempuan yang baik, cantik, penyayang, dan sayang dah memenuhi ciri-ciri idaman wanita abang. Bagi abang tebus balik kesalahan abang dengan menjaga sayang dan anak-anak kita hingga akhir hayat abang."panjang lebar Daniel memujuk rayu Dhia. Tanpa dia sedar, air mata jantannya juga mengalir memandang Dhia.

"Dah terlambat, awak dah ada Dania. Awak jaga lah dia sebaik-baiknya. Saya dah bersedia mengundur diri."Dhia membalas sambil mengutip serpihan kertas yang dikoyak tadi.

"Jangan cakap macam tu sayang. Dania bukan isteri abang. Dia isteri Zarul. Abang tak pernah berkahwin dengan mana-mana perempuan kecuali dengan Dhia Nur Alya sahaja.

"Sudah-sudahlah menipu Daniel. Saya nampak awak dengan dia masa di masjid masa tu. Pakaian awak sedondon dengan dia. Apa maknanya tu? Dan hari ni, awak sendiri yang cakap siapa kata dia tak kahwin?suami dia ada saja kat sini"malas benar Dhia nak bergaduh mulut lagi. Dia betul-betul ingin lari dari semua ini.

"Maafkan saya Dhia,,"Dania tiba-tiba sahaja muncul di sebalik pintu bilik mereka. 'Takkan lah Daniel tidak mengunci pintu utama chalet ni. Macam mana Dania boleh ada di situ melainkan memang betul Dania madunya?'macam betul saja tekaan Dhia.

SELAMANYA MENCINTAIMUМесто, где живут истории. Откройте их для себя