BAB 53

6.3K 99 1
                                    

"Eh, you! Bangun, bangun. I datang ni." Dania sudah mengangkat kepala Zarul yang kelihatan begitu lemah sekali dan meletakkannya di pehanya. Muka Zarul yang lebam dilihat penuh kasihan. 

"You, bangun lah.. I datang ni. I tolong bersihkan luka you, lepas tu you rest ya."Dania mula mendapatkan first aid kit yang dimintanya dari pekerja chalet. Makanan juga sudah dipesan.

Hampir setengah jam barulah Zarul betul-betul sedar. Dania yang sedang ralit menyimpan peralatan di dalam kotak first aid kit dipandang penuh geram. Huh, masih tidak sedar juga Zarul ni kan?

"Baby, sakit"adu Zarul sambil memegang perutnya. Dania segera menuju ke arah Zarul yang sudah menyandar di kepala katil. 

"Kenapa you? Sini I tengokkan."belum sempat tangannya sampai di perut Zarul, tangan Zarul terlebih dahulu menariknya sehingga dia hilang keseimbangan dan jatuh di atas Zarul. 

"Aduh, sakitnya you. Berat juga you ni ya?"Zarul mengaduh kesakitan bila Dania mencubit perutnya.

"You ni kan. Nakal tau. Sakit-sakit pun masih nak kacau orang."Dania melentokkan kepalanya di dada Zarul.

"You teman I malam ni ya?"soal Zarul. Tangannya asyik membelai rambut Dania. Dania mengangguk dan membiarkan sahaja perlakuan Zarul. Dia tahu pasti Daniel tak akan pulang semula di chalet malam ini.

                                      *****

"Abang, Bella kat mana ni?" Bella memegang kepalanya yang sedikit berat rasanya. Suasana bilik itu lain benar dengan bilik di chaletnya. 

"Bella dekat hospital ni. Semalam Bella tak sedarkan diri."Daniel yang baru bangon dari tidurnya menggosok-gosok matanya beberapa kali.

"Hmm, kak Dhia mana bang?"Bella bertanya lagi. Seingatnya, dia hanya ingin berjumpa dengan kakak iparnya. Kenapa pula dia pengsan?

"Bella tak ingat apa-apa ke semalam?"Bella hanya menggeleng pertanyaan abangnya.

"Hmm, tak apa lah. Abang dah call Mama, nanti mama datang ambil Bella balik rumah. Bella tak payah la balik chalet. Barang Bella nanti abang bawakan."terang Daniel panjang lebar. 

"Hmm, ok. Abang tak nak balik chalet dulu ke? Kalau abang penat, abang balik la rehat dekat sana. Lagipun aktiviti kita pagi ni masih ada kan?"Bella kesian melihat abangnya hanya tidur di kerusi sejak malam tadi.

"Tak apalah, bila mama dah sampai nanti abang balik."balas abangnya sambil tangannya mengurut belakang tengkuknya yang terasa lenguh. Mungkin kerana dia tidur di kerusi semalaman.

                                        *****

"Assalamualaikum kak Intan, Dhia macam tak sihat la hari ni. Boleh Dhia MC tak?"kedengaran suara Dhia di hujung talian.

"Waalaimumussalam Dhia. Boleh je. Dhia rehat la. Nanti akak panggil Fina gantikan waktu kerja Dhia pagi ni ya."balas Intan.

"Ok kak,  thanks. Da sihat nanti Dhia masuk kerja macam biasa ya."segera dia mematikan talian. Dia sebenarnya malas juga hendak menghadap muka ketat Daniel tu. Tepi bibirnya dipegang. Terasa sakit tamparan yang hinggap di pipinya. 

'Tapi kenapalah aku boleh terlepas cakap malam tadi ya? Nampak macam betul je aku yang jahat di mata dia selama ni.' bisik hati Dhia semula.

"Farish, jom mamam. Mummy ada buat bubur untuk Farish ni."panggil Dhia dari dapur. Farish juga sudah menapak ke arah mummynya. 

"Kesian anak mummy ni. Lapar ya."Dhia menyuakan bubur tadi ke mulut anaknya. Bahagia rasanya bila anaknya berselera dengan masakannya.

'Maafkan mummy ya Farish. Farish belum sempat merasa kasih sayang seorang ayah kandung' ubun-ubun kepala Farish diusap lembut. Sedih juga hatinya mengenangkan nasib anaknya.

"Dhia tak kerja ke hari ni?"soal Puan Khadijah.

"Tak umi. Macam tak sihat pulak badan ni."jawabnya.

"Ow, baguslah tu. Umi nak pergi rumah Mak Senah nanti. Nak tolong rewang. Esok kenduri anaknya. Boleh la kamu jaga Farish ni ha."jelas uminya. 

"Ow, ok la umi. Maira pon ada kan. Kitorang jaga rumah ya."balasnya lagi sambil menyuap anaknya.

SELAMANYA MENCINTAIMUWhere stories live. Discover now